Yayasan Tabung Haji

0
379
views

17 Mei 2016 menjadi titik bersejarah buat Yayasan Tabung Haji kerana telah diperbadankan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai ‘Syarikat Berhad Menurut Jaminan’ atau “Company Limited By Guarantee” yang tidak mempunyai saham.

Penubuhan Yayasan Tabung Haji ini bermula dengan rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat kepada umat Islam melalui program Corporate Social Responsibility (CSR). Sekaligus Yayasan tabung Haji seakan menyahut seruan Kerajaan di mana YAB Perdana Menteri berharap agak pihak korporat dan bersama sama dalam aktiviti social.

Berbeza dengan Tabung Haji, Yayasan Tabung Haji akan ditadbir secara berasingan oleh Lembaga Pemegang Amanahnya sendiri bagi memastikan semua aktiviti aktiviti CSR mereka dijalankan dengan teratur dan berkesan. Contoh aktiviti CSR yang dijalankan oleh mereka ialah memberikan bantuan atau sumbangan kepada mangsa bencana alam.

Terdapat beberapa objektif penubuhan Yayasan Tabung Haji ini.
• Untuk mentadbir dan menguruskan dengan berkesan serta bersistematik dana yang diperuntukkan oleh TH dan anak syarikat bagi tujuan biasiswa yang akan ditawarkan kepada anak-anak anggota, anggota di anak syarikat TH dan pesara TH yang layak serta program atau kegiatan berkaitan pendidikan.

• Untuk menggalakkan kajian dalam bidang Pendidikan Islam, Perbankan Islam, perubatan dan lain-lain cabang perundangan Syariah yang akan memberi faedah kepada rakyat Malaysia dan masyarakat global.

Dana pertama yang diperolehi oleh Yayasan Tabung Haji ialah berjumlah RM 5 Juta setahun untuk fasa pertama dimana diserahkan sendiri oleh Tabung Haji bertujuan untuk program biasiswa dan pendidikan.

Selepas mendapat kelulusan YB Menteri, Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pengecualian cukai, Fasa kedua pun bermula dengan Yayasan Tabung Haji menjemput rakan rakan korporat yang lain untuk menyumbang dana ke Yayasan Tabung Haji,

Selain itu, golongan asnaf juga turut dibantu oleh Yayasan Tabung Haji bagi meringankan beban dan tanggungjawab mereka di samping memfokuskan kepada menyalur bantuan kepada individu dan keluarga yang ditimpa musibah,

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here