https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH)

0 167

Latar Belakang

Di Jabatan Ketua menteri Sarawak terdapat satu unit yang dikenali sebagai Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH)

UPUIH bermula sebagai bahagian perancangan  dan Penyelidikan di bawah Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri pada tahun 1998.

Namun ada beberapa perubahan yang telah dilakukan dan UPUIH kini di bawah kelolaan Timbalan Menteri. Tumpuan khusus diberikan kepada pembangunan usahawan bumiputera melalui pendekatan yang lebih efektif dan menyeluruh.

Pembangunan perniagaan yang agresif telah dilakukan bukan sahaja dalam bentuk latihan diberikan malah dari aspek seperti promosi, pemasaran, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan, peruntukan pembiayaan dan juga premis perniagaan.

Bagaimana Dana Dari Teraju Membantu?

Mengikut Warta Kerajaan Sarawak yang diterbitkan pada 31 Mei 2016, Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) Sarawak dan UPUIH di bawah jabatan Ketua Menteri telah digabungkan dan akan dijenamakan semula menjadi Kementerian Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Perdagangan ,Pelaburan (MIETI) Sarawak pada masa hadapan.

Pembangunan Industri Halal & Keusahawanan (HIED) di bawah MIETI

Sarawak bertanggungjawab untuk menerajui dan menyusun perancangan, hala tuju dan pembangunan perniagaan di Sarawak.

Objektif utama HIED adalah untuk memudahkan dan menyokong pembangunan keusahawanan dan industri Halal di Sarawak, di samping meningkatkan dan membangunkan serta menarik penyertaan bumiputera dalam bidang industri Halal di Sarawak

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.