Undescended Testis – Testis Tidak Turun Ke Kantung

1
949
views

Ammar, sudah beberapa malam (minggu lepas) bangun di tengah malam dan komplen sakit. Dia tunjuk lokasi sakit di bebirdnya serta lokasi berdekatan pelvis (yang dipanggil ari-ari)

Jenuh cari minyak angin untuk kasi kurang sakit. Lega sedikit baru dia dapat tidur.

Saya memang perasan Ammar terkadang tidur merengkot dan kadangkala mengadu ‘sakit yut’ (sakit perut tetapi tunjuk kat kawasan pelvis serta bebirdnya). Saya sangka dia kena phimosis. Sebab sesekali dia kelihatan seolah meneran bila mahu membuang air kecil.

Beberapa hari selepas itu, saya bawa Ammar jumpa surgical team (yang kebetulan ada kes di dewan bedah hari itu). Medical officer (MO) palpate sedikit kawasan berhampiran pelvis pun Ammar sudah komplen sakit. Kawasan scrotum (kerandut zakar) juga diperiksa.

“Penisnya tidak menunjukkan ciri Phimosis sebab masih boleh retract bila ditarik” ujar MO.

Apabila memeriksa scrotum, tiada testis (telur) disitu. Dan pemeriksaan mendapati telurnya terletak di kawasan ari2. Maka, doktor mencadangkan saya untuk melakukan pemeriksaan ultrasound (ultrabunyi) bagi mengenal pasti lokasi testis itu. Kemungkinan Ammar mengalami Undescended Testis.

Isnin (31/7/17), saya dan suami membawa Ammar melakukan pemeriksaan di Hospital Manipal, Klang dan hasil pemeriksaan mendapati;

1) Testis berada di bawah inguinal canal.

2) Pemeriksaan mendapati kedua-dua testis sekejap berada di scrotum kemudian naik semula ke atas yang dikenali sebagai Retractile Testis.

Setelah direfer semula kepada Surgical Team, mereka mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan yang dinamakan Orchidopexy iaitu testis itu dibebaskan daripada lekatan tisu-tisu, dan dibawa turun ke scrotum dan ditanamkan di situ dengan jahitan. Lagipun Ammar sudah mengadu sakit lebih-lebih lagi apabila disentuh.

======

Apa itu Undescended Testis?

Buah testis tidak turun sampai ke kantung scrotum yang sepatutnya sudah berlaku sebelum lahir ( antara 30 – 40 minggu dalam kandungan). Mengikut statistik, lebih kurang 1% daripada bayi lelaki mempunyai masalah ini. Bayi lelaki yang lahir pra-matang akan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat masalah ini.

Sebab Berlakunya Undescended Testis;

1) Kekurangan hormon testosteron yang mempengaruhi pergerakan testis ke kantung serta perkembangan testis sendiri.

2) Anatomi pergerakan testis ke dalan inguinal canal tidak sampai kerana tisu disekelilingnya, spermatic cord yang pendek atau saiz testis itu sendiri yang kecil.

Retractile testis pula merupakan keadaan di mana buah testis sudah pun sampai ke kantung skrotum tetapi seringkali kedudukan testis itu adalah di luar scrotum dan biasanya dapat dirasa. Testis tertarik ke atas oleh otot yang mengecut semasa berlaku suatu refleks.

Undescended Testis, jika tidak dirawat (jika tidak turun secara semulajadi), testis itu mempunyai risiko untuk hilang fungsinya seperti kemandulan, tercedera ataupun barah testis.

Testis yang tidak turun sepenuhnya, boleh menyebabkan berlakunya penyimpulan, kesekatan mengaliran darah dan mungkin testis boleh gangrene (mati).

Jika ditanya tentang komplikasi pembedahan, ia juga sama seperti pembedahan lain iaitu lokasi jangkitan pada luka pembedahan, perdarahan, risiko kecederaan pada tisu sekeliling kawasan pembedahan (jika pembedahan complicated).

Pemeriksaan waktu bayi lahir terutama bayi lelaki perlu ditekankan juga kepada pemeriksaan testis juga, bagi memastikan ianya dalam kerandut zakar. Jika ia tiada, temu janji akan diberikan supaya intervensi awal boleh dibuat jika masih belum turun apabila mencapai usia 12-18bulan.

====

Oleh kerana Ammar mengalami masalah di kedua2 testisnya (Bilateral), maka pembedahan bagi menurunkan kedua2 testis akan dilakukan serentak (Bilateral Orchidopexy).

Jika ditanya, tidak kasihankah anak kecil dibenarkan untuk dibedah. Tipulah kalau saya cakap tidak kasihan, tetapi masa depan anak saya sebagai lelaki juga harus saya titik beratkan. Lagipun, saya tahu bahawa pembedahan anak saya dikendalikan oleh mereka yang pakar dalam bidang mereka. Malahan, saya tahu cara kerja mereka bagaimana kerana saya merupakan scrub nurse mereka.

Notakaki;

Hati ibu mana yang sanggup tengok anak diberikan bius penuh atau menahan kesakitan selepas pembedahan? Tetapi nak taknak hati kena sado kan. Anak saya tidak ada masalah kesihatan, rakan lain dengan anak yang ada masalah kesihatan lagilah diuji pelbagai.

 

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah

Jururawat Terlatih

1 COMMENT

  1. Salam puan..anak saya 1thn7bln dan masaalah yang sama.tak lama lagi nak kena operate.nak tanya puan selepas operate macam mana perkembangan anak puan..ambil masa lma x nk sembuh..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.