Sekitar zaman 1960-an, sepasang suami isteri bernama Sushil dan Anjana Patel berhijrah ke United Kingdom. Mereka mempunyai anak bernama Priti. Anak ini membesar dengan cemerlang, menimba ilmu di Universiti Keele dan kemudian Universiti Essex. Pada 24 Julai 2019, Priti menjadi Menteri Dalam Negeri United Kingdom dalam Kabinet Boris Johnson. Segala urusan seperti imigrasi berada dibawah tanggungjawabnya. Imigrasi yang dimaksudkan bukan sama sekali pendatang haram. Ramai dalam kalangan pendatang adalah golongan pencari suaka (asylum seeker) yang ingin keluar daripada kancah konflik.

Bulan lalu, Jabatan Dalam Negeri mengumumkan sesuatu yang luar biasa. Kerajaan United Kingdom ingin menghantar semua pencari suaka untuk diproses di Rwanda. Justifikasi mereka: pelan ini akan membendung kedatangan pencari suaka. Umumnya, seramai 4,500 pencari suaka melintasi Selat Inggeris daripada Perancis pada tahun ini. Mereka datang dengan menggunakan bot-bot kecil.

Kedatangan pencari suaka.

Jadi ikut apa yang dipersetujui antara United Kingdom dan Rwanda, semua pencari suaka akan diterbangkan terus ke Rwanda dimana mereka akan ditahan dalam pusat-pusat penahanan sementara permohonan suaka mereka diproses. Persetujuan ini ditandatangani Priti Patel sendiri (Ridgwell, 2022).

Pembangkang Tidak Berpuas Hati

Ada beza antara pendatang asing tanpa izin dan pencari suaka. Semua orang tahu kedatangan tanpa izin adalah salah di sisi undang-undang. Tetapi pemohon suaka membawa pemberat moral pada kerajaan tempatan. Maka pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan laluan suaka sebagai lubuk untuk masuk keluar secara haram. Sebab itulah Priti berkata, “menumpaskan perniagaan orang jahat seperti penyeludup adalah kewajiban moral.” Jadi Priti diwajibkan menggunakan semua alat yang patut untuk mendapatkan solusi yang baru.

Namun langkah ini tidak popular langsung sampai Ketua Paderi Canterbury (Archbishop) masuk campur. Dalam sebuah khutbah, kata beliau tindakan ini bersifat “subcontract” kepada negara yang ingin membantu (Rwanda). Hujah ini mendapat persetujuan kumpulan Detention Action, yang menegaskan tentang kos terlalu tinggi tetapi tidak efisyen.

Kumpulan ini juga berkata langkah Priti tidak relevan.

Priti Patel

Kalau betul ingin mematahkan gerombolan penyeludupan, lagi elok buat laluan selamat untuk pelarian masuk terus ke United Kingdom. Maksudnya, bekerjasama dengan Perancis menyempurnakan visa kemanusiaan. Semua pelarian di Perancis mohon saja untuk diproses terus. Tidak perlu proses di Perancis… dan kemudian proses semula di United Kingdom. Keluar Brexit tidak bermakna tidak boleh bekerjasama lagi.

Dalam pada itu, kita semua ada akal untuk berfikir. Apabila Ukraine berdarah, pihak United Kingdom dengan cepat membuat Pusat Permohonan Visa (VAC) di semua negara berhampiran Ukraine. Mereka hanya perlu lari ke negara Eropah yang lain saja. Tidak perlu pun hantar ke Rwanda untuk pemprosesan bagai. Alih-alih untuk pelarian “bukan kulit cerah” kena banyak birokrasi bagai. Rwanda bukan main dekat. 6,000 kilometer jauh siap.

Nak tahu pasal wanita ini?

Gambar di atas adalah seorang pelarian Ukraine bernama Sofiaa Karkadyn. Visa pelariannya lulus dan dia ditempatkan bersama sebuah keluarga di Bradford. Keluarga ini bahagia selama ini. Datang saja Sofiaa, terus retak dan berpisah bagai. Kenapa? Kerana Sofiaa jadi orang ketiga.

Yang Tahu Saja Yang Tahu

Nampak sangatlah ironinya. Maka asas di sebalik idea Rwanda ini memang patut dikecam. Ia tidak berkesan pun. Tengok macam mana Australia pernah hantar ribuan pelarian ke pusat-pusat penahanan di Papua New Guinea misalnya. Sampai hari ini pelarian tunggu giliran. Tetapi sampai hari ini juga, pelarian rentas laut untuk masuk secara haram sampai Australia terpaksa menghentikan kerjasama pelarian dengan Papua (BBC, 2021).

Jadi solusi yang sepatutnya menjadi solusi nampak jelas hanyalah ilusi. Dan secara jangka pendek dan panjang sekalipun, ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Badan tetap masuk. Mulut pula bertambah. Mungkin ada yang tertanya-tanya: kenapa perlu lari? Kenapa tidak berjuang? Persoalannya, konflik di Timur Tengah sebagai contoh tidak sama langsung untuk dibandingkan dengan Ukraine.

Di Ukraine, musuh adalah seorang iaitu pakatan Rusia dan Belarus. Kalau di Syria? Cakap ini, blok kerajaan marah. Cakap itu, blok SNA marah. Cakap sini, blok IS marah. Cakap sana, blok AANES/CJTF-OIR marah. Itu baru setakat cakap. Kalau angkat senjata dan berperang? Apabila negara pecah berderai, semua orang adalah musuh.

RUJUKAN:

BBC. (2021, Oktober 6). Australia ends controversial asylum detention deal with Papua New Guinea.

Ridgwell, H. (2022, April 21). British Plan To Send Migrants To Rwanda Draws Backlash. VOA.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply