Sepertimana tajuk yang tertulis diatas, peranan tokoh hebat ini sebenarnya kurang diambil berat oleh sesetengah dari kita terutamanya anak muda. Jika kita lihat filem-filem serta drama di TV jarang sekali watak tokoh besar ini dimainkan. Masyarakat kita lebih sibuk dengan watak Hang Tuah yang masih menjadi misteri kepada ahli-ahli sejarah sehingga ke hari ini.

Namun tokoh besar ini tak perlu kita susah-susah memikir dari mana dia berasal dan siapa keturunannya kerana maklumat tentang tokoh ini lebih realiti dari Hang tuah. Kalau kita ibaratkan sejarah England Hang Tuah ialah King Arthur dan pedang saktinya yang menjadi lagenda dan misteri yang penuh dengan mitos manakala Tun Perak pula sesuai disamakan dengan Sir Francis Walsingham atau juga William Cecil yang melahirkan banyak keturunan perdana menteri dan ahli politik.

Amat mengejutkan apabila saya baca bahawa ada pihak yang lansung tidak mengenal siapa Tun perak malah ada juga pihak yang mencemuh mereka apabila mereka mahu mewartakan tapak perkuburan Tun perak.

Anda tahu apa yang mereka kata? ‘Tun perak tu siape, tak penting pun lainlah kalau hang tuah semua orang kenal’. Terkedu dan sayu rasa dihati saya menatap tulisan tersebut. Saya tidak sangka ada juga orang yang berfikiran cetek, jumud dan buta sejarah seperti ini! Kalau lah Tun Perak masih ada tentu dia kecewa. Maka atas dasar simpati terhadap keluarga Tun Perak yang sekarang masih ada di Melaka maka saya akan paparkan untuk anda artikel mengenai tokoh agung ini.

Hari ini kita akan memperbincangkan satu persatu sumbangan beliau dan melihat betapa besarnya pengaruh dan kepimpinan beliau dalam membangunkan Melaka dan bangsa Melayu itu sendiri. selepas ini diharap jangan ada lagi yang mempersoal siapa itu Tun Perak berbanding hang tuah. jika tiada Tun Perak saya percaya Hang tuah juga tidak akan kemana.

Para pembaca semua, sebenarnya ada banyak aspek yang melibatkan sumbangan beliau dalam menjadikan Melaka sebuah negara yang maju, antaranya adalah seperti berikut:

1. Kuasa Melantik Sultan

Bendahara merupakan pemilik wibawa fizikal yang terbesar dalam kalangan pembesar-pembesar Melaka . Oleh itu, Tun Perak selaku bendahara Melaka mempunyai kuasa untuk melantk seseorang raja. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai pertalian darah dengannya. Misalnya, seperti perlantikan Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik sebagai sultan Melaka merupakan anak saudara kepada Tun Perak.

Selain itu, boleh dilihat juga peranan dan sumbangan Tun Perak dalam menjadi penasihat sultan. Tun Perak juga merupakan king maker penting dalam membuat pilihan yang tepat dalam memilih seorang putera yang akan ditabalkan menjadi sultan.

Walau bagaimanapun, tidak semestinya seorang putera raja akan terus diangkat atau ditabalkan menjadi sultan. Kuncinya adalah muafakat dan keadilan, baik bagi raja atau sultan yang akan menduduki takhta kerajaan mahupun dalam kalangan individu yang dipertanggungjawbkan tugasnya.

Secara idealnya, selain dari adil, raja-raja Melaka juga harus memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hal ini terkait rapat dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui diantara Demang lebar daun dan Sri tri buana.Terdapat empat syarat bagi menegakkan daulat sebagai seorang pemerintah. Hal ini dubuktikan dengan lebih jelas dalam undang-undang perlantikan seorang sultan ;

“adapun syarat segala raja-raja itu atas empat perkara : pertama ampun

(merciful), kedua murah (generous), ketiga perkasa (courageous),

keempat melakukan hukumannya dengan kaharnya

(to give his verdict decislvely). Itulah sifat segala raja-raja itu

pada zamandahulu kala, turun-temurun, datang sekarang.

Inilah kanun namanya ”

Raja yang adil akan dihormati dan disanjungi oleh rakyat. Perkara inilah yang sering ditekankan oleh Tun Perak ketika menjadi bendahara Melaka. Bukan sahaja dalam menasihati raja malahan ketika melakukan tugas yang lain juga seringkali Tun Perak menasihati pengikut-pengikutnya mengenai hal ini.

Hal ini dilihat jelas sewaktu Tun Perak mengecam perbuatan Temenggung Seri Maharaja kerana Temenggung telah meminta agar Sultan Mahmud membunuh seorang anak tempatan yang tidak besar kesalahannya sehingga perlu dijatuhkan hukuman bunuh.

Hal ini amat ditentang oleh bendahara Tun Perak kerana beliau kuatir perbuatan membunuh itu akan menjadi kegemaran sultan. Bendahara mengecam perbuatan Temenggung itu dengan berkata bahawa ;

“hai, hai ; lihatlah Seri Maharaja, anak harimau di ajarnya makan daging,

dia kelak ditangkapnya.”

2. Merancang Strategi Ketenteraan Yang Ampuh

Jawatan dan amanah yang diberikan oleh sultan dan penduduk Kelang telah mendorong Tun Perak untuk menceburi bidang pentadbiran lalu menjadi sebahagian daripada birokrasi kerajaan Melaka. Pada awal abad ke-15 telah timbul persaingan antara kerajaan-kerajaan di seluruh kepulauan Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan siam mempunyai agenda yang tersendiri iaitu untuk menakluki kesemua kerajaan di kepulauan Melayu termasuklah Melaka.

Oleh itu, kesemua negeri di Tanah Melayu haruslah menghantar wang emas dan menyembah raja siam bagi menunjukkan kesetiaan dan pengakuan mereka akan ketuanan Melayu-siam Sri Dharmaraja terhadap negeri mereka. Namun, akibat daripada kesedaran kerajaan Melaka yang tidak mahu negeri itu bertuankan raja siam, maka mereka telah mengingkari segala perintah tersebut.

Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan kerajaan siam Sri Dharmaraja, lalu mereka telah menghantar angkatan tentera yang telah diketuai oleh Panglima Awi Cakri (Ok-P’ya Cakri). Dalam serangan inilah telah memperlihatkan kebijaksanaan dan bakat yang ada pada diri Tun Perak.

Dibawah institusi ‘kerah’, kerajaan Melaka telah mengarahkan agar kesemua pembesar dan penghulu di setiap daerah untuk mencari tenaga tentera dalam kalangan rakyat bagi memperthankan kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu termasuklah daerah kelang. Tun Perak selaku penghulu Kelang pada ketika itu telah diarahkan untuk mengerah pengikut dan hulubalangnya ke Melaka. Disinilah bermulanya perlaksanaan strategi Tun Perak dalam mempertahankan Melaka.

Antara strategi beliau adalah Tun Perak telah mengarahkanseluruh penduduk Kelang sama ada lelaki, wanita, dan kanak-kanak untuk bersama-sama menyertai misi mempertahankan Melaka. Walaupun strategi ini dikatakan pelik, namun ianya sangat praktikal. Menurut Tun Perak, tentera lelaki kelak akan berperang untuk mempertahankan Melaka dengan bersungguh-sungguh,

“…..kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang di-Pertuan, lebiah ia berlawan (kerana) anak dan isterinya.”

Dalam perlaksanaan strategi ini dapat dilihat bahawa ramai tentera siam mati lalu mereka telah mengalah lalu berundur dari Melaka.

Kejayaan perlaksanaan strategi mempertahankan Melaka daripada serangan siam telah membuktikan kepada semua akan bakat yang dimiliki oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, hal ini telah menyebabkan sultan Melaka beranggapan bahawa tidak wajar sekiranya Tun Perak terus mentadbir Kelang lagi kerana bakatnya amat diperlukan untuk membangunkan kerajaan Melaka.

Oleh itu, Tun Perak telah diarahkan untuk berpindah dan mendiami Melaka. Selain itu, beliau juga telah dilantik menjadi Bentara Melaka. Seperti yang kita ketahui, Tun Perak merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip dan falsafah, “…dianugerahi oleh raja Melakapedang sebilah…peliharalah baik-baik, usahakan, jangan diberi berkarat, kemakanan matanya.”

Berdasarkan prinsip ini, maka beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga diangkat menjadi Perdana Menteri, duduk di Seri balai Istana, setara dengan Seri Nara Diraja yang ketika itu memegang jawatan sebagai Bendahara Melaka.

Kehebatan ilmu dan strategi dalam peperangan yang terajui oleh Tun Perak memang sudah teruji dalam awal penglibatan beliau dalam bidang pentadbiran Melaka. Selepas menjawat jawatan sebagai seorang Bendahara Melaka, tugas utama yang diberikan kepada beliau adalah untuk mengetuai angkatan tentera laut Melaka untuk menangkis dan mengalahkan serangan tentera laut siam.

Menyedari akan kelemahan yang dimiliki dalam menangani serangan hebat dari siam, Tun Perak telah tampil dengan dengan satu lagi strategi yang baik iaitu strategi psikologi yang mana beliau telah menggunakan “puntung api” berdekatan dengan pantai Batu Pahat iaitu pantai sebelum sampai ke kawasan pantai Melaka.

Walaupun strategi ini nampak sangat melucukan tetapi ia merupakan satu serangan psikologi yang dapat melemahkan semangat tentera siam apabila mereka melihat puntung api berada di seluruh kawasan pantai mereka mula beranggapan bahawa tentera Melaka adalah sangat ramai dan hal ini amatlah menakutkan tentera siam kerana bilangan tentera siam tidak dapat menangani tentera Melaka yang begitu ramai.

Hasilnya, Melaka telah menang dalam pertarungan ini. Kekalahan siam juga telah memberi peluang kepada Melaka untuk menyerang Pahang yang pada ketika itu berada tanah taklukan Sri Dharmaraja. Semasa peperangan yang berlaku di Pahang, Tun Perak sekali lagi telah mengetuai angkatan tentera Melaka.

Sebagai seorang pemerintah yang berkaliber akhirnya Tun Perak telah dilantik untuk menjadi Bendahara Melaka yang merupakan jawatan eksekutif tertinggi dalam hirarki pentadbiran awam dan ketenteraan. Tome Pires dalam catatannya telah menyatakan bahawa ;

“…captains-general, whom they call Paduca Raja. These are a kind of viceroy,

who is the next to the king. To this man all the mandarins do reverence…the

Bemdara is the hingest in the kingdom. The Bemdara is a kind of chief-justice

in all civil and criminal affair…He can order any person to be put to death, of

whatever rank and condition, whether nobleman or foreigner, but first of all

he must inform s the king , and both decide the matter in consultation with

the Laksamana and the Tumunguo.”

Selepas tahun 1440-an, dengan kedudukan dan kuasa fizikal tertinggi yang dimiliki oleh Tun Perak telah menjadikan kedudukannya dalam birokrasi pentadbiean Melaka semakain selesa. Selepas kemangkatan Seri Nara Diraja Tun Ali yang merupakan iparnya, jawatan Penghulu Bendahari ini telah diserahkan kepada Tun Tahir bin Tun Ali dan memegang gelaran yang sama iaitu Seri Nara Diraja.

Selain itu, Tun Mutahir bin Tun Ali juga telah dilantik untuk menjadi Temenggung Melaka dan memegang gelaran Seri Maharaja. Seterusnya, Tun Abdullah yang merupakan anak bongsu kepada Tun Ali juga telah dilantik menjadi pembesar istana dan digelar Seri Nara Wangsa. Dalam keadaan ini dapa dilihat hampir semua raja-raja dan pembesar Melaka mempunyai pertalian persaudaraan dengan Tun Perak.

Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa Tun Perak sewaktu menjadi bendahara Melaka, beliau telah dikelilingi oleh kaum kerabatnya sendiri.4 Hal ini telah memberikan stu peluang yang baik kepada Bendahara Tun Perak untuk membangunkan dan memperkukuhkan lagi kedudukan Melaka sebagai sebuah empayar yang berjaya.

3. Pakar Hubungan Diplomatik

Kejayaan-kejayaan yang diperoleh daripada peperanagn telah menyebabakan Melaka mengubah strategi hubungan diplomatiknya dengan siam terutamanya. Dalam hal ini Tun Perak telah menyarankan agar melaka berbaik-baik dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan siam.

Hal ini kerana Tun Perak dapat melihat manfaat sekiranya kedua-dua buah kerajaan ini berdamai dan menjalinkan hubungan secara profesional. Keadaan ini ditambah lagi dengan hubungan baik yang terjalin antara China dengan Melaka iaitu China telah mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negeri yang berada dibawah jagaannya.

Perkara ini telah menjadi anatra faktor utama siam bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomatik secara profesional dengan Melaka. Dalam hal ini Tun Perak telah menyatakan bahawa ;

“…..daripada banyak seteru, baik banyak sahabat.”

Hal ini telah dititikberatkan oleh sultan dan akhirnya kedua-dua buah kerajaan ini telah bersetuju untuk sama-sama berhubungan dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai keamanan dan keharmonian dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan kedua-kedua buah negeri ini.

4. Membangun dan Memperluaskan Ekonomi Melaka

Dasar politik serta hubungan diplomatik yang diamalkan oleh Tun Perak telah berjaya menarik perhatian seluru dunia untuk menjalinkan hubungan negeri ini. Hal ini ditambah lagi dengan perkembangan ekonomi di selat Melaka sekaligus menjadikan Meaka sebagai sebuah pusat perdagangan dunia. Pengawalan laluan perdagangan laut dan penguasaan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Melaka telah menyebabakan empayar ini terus berkuasa di seuruh kawasan perdagangan selat Melaka.

Kebijaksanaan Tun Perak dalam menarik para pedagang datang ke Melaka merupakan satu sumbangan yang tidak dapat dinilai oleh kita. Perlaksanaan undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka amat menitikberatkan hal keadilan pedagang, pembeli, dan faedah yang bakal diperoleh oleh kerajaan telah menjadi satu platform bagi pembangunan ekonomi Melaka.

Dalam kaedah dan tatacara tertentu dalam urusan pengawlan baranagn dan penghasilan dari kegiatan berdagang dan berniaga, bandar Melaka telah bangun menjadi sebuah emporium antarabangsa. Selain itu, kebajikan para pedangan juga telah dititiberatkan oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, gudang-gudang dan rumah tumpangan telah diwujudkan di pelabuhan Melaka bagi menarik perhatian para pedagangan untuk singgah ke Melaka. Di samping itu, diwujudkan juga tempat untuk membaiki kapal-kapal dagangan yang telah rosak akibat daripada ditiup angin monsun.

Selain itu, penguasaan politik secara langsung terhadap kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu dan sumatera melalui penaklukan telah membolehkan pengawalan keatas bahan-bahan mentah serta barang dagangan untuk dibekalkan kepada pedagang asing. Contohnya pedagang dari China yang amat memerlukan bahan-bahan dan barangan daripada kepulauan Melayu untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Selain daripada dasar perluasan kuasa, dasar diplomatik yang diamalkan oleh Melaka dengan negeri-negeri lain di sekitarnya telah memberikan seribu satu kebikan kepada Melaka. Seperti yang dikatakan oleh Tun Perak mengenai hubungan diplomatik yang terjalin antara Melaka dengan siam bakal memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak terbukti apabila kerajaan siam membekalkan beras ke Melaka untuk diperdagangkan dan menampung keperluan masyarakat Melaka. Persengketaan yang telah ditamatkan oleh Tun Perak ini akhirnya telah membuahkan hasil seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi.

5. Mewujudkan Sistem Pentadbiran yang berkesan

Kebijaksanaan Tun Perak sebagai bendahara Melaka telah berjaya mewujudkan satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang amat efektif dan sistematik sehingga boleh bertahan selama empat generasi pemerintahan sultan. Hal ini dapat dibuktikan dalam catatan Tome Pires yang menyatakan bahawa ;

“..Bemdara (Bendahara) is the highest in the kingdom.”

Hal ini dapat dilihat sekiranya sultan berangkat ke tempat lain atas urusan rasmi, maka segala urusan pentadbiran akan diserahkan kepada pembesar-pembesar dan ia diketuai oleh bendahara Tun Perak. Keadaan ini dapat dilihat sewaktu Sultan Mansur Sah dan rombongannya telah berangkat ke Majapahit atas urusan rasmi.

Oleh itu, sultan telah menitahkan agar bendahara yang akan menjaga dan menerajui pucuk pimpinan kerajaan sewaktu ketiadaan baginda di Melaka. Hal ini dapat dibuktikan apabila sultan bertitah dengan menyatakan bahawa ;

“maka Bendahara Paduka dan Seri Nara Diraja dan Seri Bija Diraja dan

segala menteri hulubalang yang besar-besar sekaliannya ditinggalkan

oleh Sultan Mansur Syah menunggui negeri”

Oleh yang demikian, segala tugas sultan akan dipikul oleh Tun Perak ketika ketiadaan sultan di Melaka. Para pembesar yang lain juga akan mempunyai tugas mereka iaitu turut bersama-sama menerajui pentadbiran negeri seperti yang telah diamanahkan oleh sultan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pembesar telah menunjukkan berlakunya persefahaman dan saling bergantungan antara pembesar-pembesar untuk terus menjaga keharmonian kerajaan Melaka.

Setelah lebih kurang sepuluh tahun Tun Perak memegang jawatan sebagai bendahara Melaka dibawah Sultan Mahmud, iaitu setelah berkhidmat kepada empat orang sultan Melaka. Pada tahun 1498, Tun Perak telah meninggal dunia dalam usia yang lanjut. Dibawah pentadbiran Tun Perak, empayar Melaka telah berkembang dengan pesat sehingga beliau dianggap sebagai ‘Pembina Empayar’.

Pelbagai perubahan dan pembaharuan telah dilakukan oleh Tun Perak utuk memastikan Melaka muncul sebagai sebuah kuasa yang besar dan disanjungi hingga keseluruh pelusuk dunia. Kewibawaannya sebagai seorang pemimpin amatlah dikagumi hingga ke hari ini kerana kebijaksanaannya dalam mengatur pelbagai strategi telah menyebabkan Melaka dapat meluaskan pengaruhnya hingga ke luar semenanjung Tanah Melayu.

Selepas kematian Tun Perak, Sultan Mahmud telah melantik Tun perpatih Putih yang merupakan adik kepada Tun Perak untuk menjadi bendahara dan mendapat gelaran sebagai Bendahara Putih. Bendahara baru masih lagi meneruskan segala dasar yang dilakukan oleh Tun Perak, namun beliau tidak dapat mengawal segala tindakan yang dilakukan oleh Sultan Mahud dan akhirnya kerajaan Melayu Melaka telah jatuh ketangan Portugis. Maka disini dapat dilihat berakhirnya zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan pembesar-pembesarnya. Sekian wallah hu a’lam.

~ASJ~


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) UKM. Bukan pakar sejarah tetapi peminat seumur hidup.

2 Comments

  1. Assalamua’laikum.berdasarkan artikel ini,sbelum Tun Perak menjawat sbagai bendahara,beliau terlebih dahulu menjawat sbagai perdana menteri.ada perbezaankah antara dua jawatan tersebut?mohon penerangan.kalau boleh dalam blog yg akan datang.mohon juga penerangan tentang jawatan2 di zaman kesultanan seperti orang besar yg empat & lain

Leave A Reply