Mongol di bawah Dinasti Yuan ialah kuasa dunia yang sangat menggerunkan. Negara China yang ketika itu di bawah Dinasti Jin dan Song serta Xia Barat dihabiskan oleh bala Monggol. Maka, Monggol di bawah Dinasti Yuan mula merancang untuk meluaskan empayar yang mereka bina.

Dan mangsa seterusnya yang bakal berdepan dengan bala askar yang diumpamakan dari neraka ini ialah sebuah kerajaan kecil di IndoChina, iaitu Dai-Viet. Dan antara pertempuran melibatkan Dinasti Yuan dan Mongol, yang harum dalam sejarah adalah Pertempuran Bach Dang. Sebuah startegi perang yang masih lagi mekar diperkatakan akan dibincangkan oleh kita bersama. Ini ialah kisah bagaimana 50 000 orang askar Dai Viet menang ke atas 120 000 orang askar Mongol dari Dinasti Yuan, China.

Pada tahun 1288, Mongol berjaya menawan kota Dai Viet bernama Thang Long (dikenali sebagai Hanoi hari ini). Tetapi malangnya ketika mereka hampir menang, orang Viet telah memastikan tiada makanan atau bekalan yang tinggal untuk askar Mongol di Than Long. Maka, pemimpin askar Mongol iaitu Omar Khan dan juga Putera Toyan mahu meninggalkan kota yang ditawab oleh mereka. Seorang jeneral perang yang harum namanya dalam sejarah Vietnam, iaitu Tran Hung Dao menyedari akan niat askar Mongol ini. Armada kapal Mongol di bawah Omar Khan, jeneral perang Mongol ini akan menggunakan laluan Sungai Bach Dang sebagai laluan keluar untuk kembali ke China.

Maka, Tran Hung Dao pun merencanakan sebuah strategi perang yang sangat mengagumkan. Jeneral perang ini mahu membalas dendam dan memastikan selepas ini, Mongol tidak akan mengacau kerajaan Dai Viet lagi. Lalu Tran Hung Dao pun mengkaji pasang surut air sungai. Kemudian, disuruh askarnya untuk memacakkan tiang-tiang besi di dasar sungai Bach Dang. Perkiraan Tran Hung Dao mengatakan bahawa ketika askar Mongol sampai ke tempat itu, maka ketika itu air sungai akan menjadi pasang.

Dan masanya sudah tiba. Bala askar Mongol yang berjumlah 120 000 orang, dan ratusan buah kapal pun tiba di tempat yang diramalkan oleh Tran Hung Dao. Maka, Tran Hung Dao pun mengarahkan bot-bot kecil untuk menyerang kapal Mongol yang cuba lari ke lautan dari Sungai Bach Dang. Bot-bot kecil itu akan bertahan seberapa lama mungkin sehinggalah air sungai surut. Ketika itu, kapal-kapal besar Monggol pun tersangkut pada tiang-tiang besi yang dipacakkan di dasar sungai.

Dan dalam masa yang sama, ratusan rakit yang dibakar dengan api pula sedang menuju ke arah kapal mereka. Askar Mongol terpaksa terjun ke dalam sungai untuk mengelakkan rakit berapi itu. Maka kesempatan ini diambil oleh askar Dai Viet untuk menghapuskan saki baki askar Monggol. Habis armada kapal Monggol dihabsikan sehinggakan tiada sebuah pun yang selamat. Omar Khan, jeneral perang Mongol berjaya ditangkap dalam pertempuran ini. Sehingga hari ini, pertempuran ini adalah antara pertempuran dalam sejarah yang diingati kerana kebijaksanaan Jeneral Tran Hung Dao. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply