
Sebelum ini saya telah berkongsi raksasa jerung iaitu Megalodon. Kali ini saya ingin berkongsi kehebatan The Great White Shark yang seakan-akan Megalodon.

Ciri-ciri
Great white adalah ikan pemangsa yang tersebar selepas ikan paus. Mereka mampu membesar shingga 15 kaki walaupun ada sesetengah specimen mampu mencecah 20 kaki panjangnya dan beratnya yang pernah direkodkan sehingga 5000 paun.
Mulut Great white seluas 0.9 hingga 1.2 meter dan gigi pada rahang atas dan bawah bekerjasama apabila menangkap mangsa mereka ia menggunakan gigi bawahnya untuk memegang mangsanya dan pada gigi atas pula akan mengoyakan isi daging.
Warna pada permukaan atas badan ia berwarna kelabu yang menggabungkan dengan permukaan dasar laut yang gelap akan tetapi, Great white diberi nama kerana warna dibahagian perutnya berwarna putih. Dengan kekuatan ekornya, ia mampu berenang sepantas 40 kilometer sejam.

Jangka Hayat/Umur
Jangka hayat Great white boleh ditentukan dengan mengira bilangan gegelung yang terbentuk pada vertebra mereka. Baka mereka dipercayai berumuru diantara 9 tahun hingga 23 tahun dan jangka hayat mereka dianggarkan sehingga 30 tahun hingga 40 tahun.
Populasi
Di jumpai dalam air yang sejuk seperti perairan pantai di serata dunia, populasi Great white masih tidak dapat direkodkan dengan jitu. Walau bagaimanapun, ahli saintis berpendapat populasi Great white kian merosot akibat pemburuan haram oleh manusia dan kadang-kala yang tersangkut pada jaring-jaring ikan.
Peranan di dalam ekosistem
Great white adalah salah satu rantaian makan di dalam laut yang utama. Ini bermaksud mereka memberi kesan besar terhadap populasi mangsa-mangsa yang terutamanya singa laut dan anjing laut.

Tahukah anda?
1. Great white boleh mengesan setitik darah di dalam air sebanyak 95 liter atau 25 galon air.
2. Dianggarkan daya gigitan Great white shark boleh melebihi 4000 daya paun per inci.