Tentang Komanwel

0
1589
views
Info Gambar: CHOGM MALTA 2015, Dailynews

Komanwel merupakan sebuah persatuan yang sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh British.  Komanwel diketuai oleh Ratu Elizabeth, yang merupakan keluarga diraja Britain. Komanwel tertubuh apabila termeterainya Deklarasi Balfour ( 1926 )

Sebanyak 52 negara menunjangi pertubuhan ini antaranya Brunei Darulsalam, Malaysia, Bangladesh, Uganda dan Tuvalu dan 4 negara telah menarik diri daripada pertubuhan ini iaitu Gambia ( 13 Oktober 2013 ), Ireland ( 18 April 1949 ), Maldives ( 13 Oktober 2016 ) dan Zimbabwe ( 7 Disember 2003 ). Selain itu, Kepulauan Fiji dan Nigeria telah digantung keahlian mereka daripada Komanwel.

Negara-negara ahli yang bukan ditubuhkan atau pernah dijajah oleh British:

  1. Mozambique ( bekas jajahan Portugis )
  2. Rwanda ( bekas jajahan Belgium )

Negara-negara yang mengiktiraf Ratu Elizabeth sebagai ketua negara ( Alam Komanwel ):

  1. Antigua dan Barbuda
  2. Australia
  3. Bahamas
  4. Barbados
  5. Belize
  6. Kanada
  7. Grenada
  8. Jamaica
  9. New Zealand
  10. Papua New Guinea
  11. Saint Kitts dan Nevis
  12. Saint Lucia
  13. Saint Vincent dan Grenadines
  14. Kepulauan Solomon
  15. Tuvalu
  16. United Kingdom

Negara-negara Komanwel yang mempunyai sistem beraja sendiri:

  1. Brunei Darulsalam
  2. Lesotho
  3. Malaysia
  4. Swaziland
  5. Tonga

Manakala, negara-negara yang lain menggunakan sistem republik. Selain itu, 4 negara yang telah memohon untuk menjadi sebahagian daripada Komanwel antaranya Somaliland ( memohon pada 2009), Sudan ( memohon pada tahun 2009 ), South Sudan ( memohon pada tahun 2011 ) dan Suriname ( memohon pada tahun 2011 )

RUJUKAN

  1. Laman Web Rasmi Komanwel, www.thecommonwealth.org

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here