Tengu: Goblin Legenda Dari Gunung

0
1528
views

• Nama Tengu pertama kali disebutkan di dalam buku Nihon Shoki yang ditulis pada tahun 720M.

Pada ketika itu sebuah meteor telah melintasi di dada langit malam Jepun & seorang sami Buddha yang melihat kejadian itu mengatakan ia adalahTengu yang bererti ‘Anjing Dari Syurga’.

• Mitos tentang Tengu bermula pada abad ke-6M sejalan dengan tibanya ajaran Buddha dari wilayah China memasuki ke wilayah Jepun.

Dalam mitos Cina,Tengu dipanggil dengan nama lain, iaitu Tien Kou.

• Tengu dilahirkan dari sebiji telur yang besar & menetap di dalam pokok-pokok di kawasan pergunungan.

• Tengu digambarkan mempunyai dua rupa bentuk fizikal iaitu:

1) Karasu Tengu yang memiliki kepala & paruh seperti seekor burung.

2) Konoha Tengu yang memiliki bentuk fizikal manusia serta mempunyai sepasang sayap seperti burung & hidung yang panjang.

Dipanggil juga dengan nama Yamabushi Tengu yang bermaksud ‘berhidung panjang’.

• Dalam kisah Konjaku Monogatari-sh, Tenju digambarkan dapat berlari di ruangan udara & merasuk tubuh manusia.

Kehebatan lain Tengu adalah dapat mewujudkan dirinya dalam bentuk fizikal manusia yang sempurna bertujuan untuk memperdayakan manusia.

• Tengu akan berubah menjadi seekor burung hitam yang tercedera jika dikalahkan dengan kuasa sihir atau seni bela diri yang kuat.

• Menurut legenda kuno, seorang pahlawan terhebat dalam sejarah Jepun, Minamoto no Yoshitomo (1159-1189) pernah menuntut ilmu bermain pedang daripada Raja Tengu iaitu Raja Soujoubou di Gunung Kurama yang terletak di Kyoto, utara Jepun.

• Sebuah mumia menyerupai Tengu ada disimpan di dalam sebuah muzium di Jepun iaitu Muzium Hachinohe, Aomori, Jepun.

Sumber: Issue Vol.2, Summer-Fall 1994 of Furyu: The Budo Journal, by Charles C.Goodin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here