Television Tropes & Idioms

0
656
views

PENAFIAN

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas pembaziran masa yang dilakukan pembaca akibat perasaan ingin tahu dan ketagihan melampau berkenaan dengan isi artikel ini.

Isi artikel ini berpotensi meningkatkan kualiti hidup atau menghancurkan hidup pembaca. Risiko lain seperti kelembaban PC atau laptop juga akan ditanggung oleh pembaca sendiri.

Segala nama yang digunakan di penulisan ini adalah tiada kena mengena dengan yang hidup dengan yang sudah meninggal dunia. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Figure 1: Elakkan diri dari jerangkap samar tvtropes.

PERINGATAN

Laman web yang dirujuk di artikel ini mempunyai tatabahasa yang kurang sesuai digunakan bagi urusan rasmi. Sila rujuk kepada guru bahasa Inggeris anda, atau kepada sesiapa yang betul-betul mahir dalam jurusan bahasa Inggeris.

Segala bentuk dan jenis terminologi, konsep, dan media akan ditulis dalam bentuk asal tanpa diolah, seperti ‘fora’, ‘humanatarian’, dan sebagainya bagi kemudahan rujukan pembaca.

Sila komen SELEPAS anda HABIS membaca dan memahami penulisan ini. Segala komen yang ditulis pembaca sebelum proses ‘baca dan hadam’ isi artikel tidak akan dilayan. Barang siapa yang mengulas tanpa memahami, maka dia tergolong dalam golongan yang melampaui batas.

PENGENALAN

Figure 2: Tanpa tropes, karya tidak dapat wujud.

‘Figure of Speech’, atau suatu pernyataan yang mempunyai maksud yang lain dari apa yang dikatakan, iaitu bukan harfiah, dimana ia digunakan oleh penulis kreatif bagi memaparkan suatu konsep tanpa memerlukan penceritaan terperinci.

Konsep-konsep kreatif yang digunapakai di mana-mana penceritaan dari pelbagai media seperti tulisan, lukisan, dan tayangan adalah dikenalpasti sebagai ‘tropes’.

Dalam teknik-teknik penceritaan yang dipaparkan sama ada dalam bentuk fiksyen atau kisah benar, ‘tropes’ adalah konsep yang wajib dimasukkan bagi kemudahan lakaran plot, watak dan jalan cerita bagi dibentangkan dalam pelbagai bentuk media seperti television, buku komik, novel, dan laman sesawang internet.

tvtropes.org

Laman sesawang diatas diwujudkan bagi menghimpunkan segala ‘tropes’ yang telah dicipta sejak cerita pertama ditulis dan disebarkan, sehingga ke hari ini, serta menghimpunkan beribu jutaan cerita dan siri dari pelbagai media yang menggunakan ‘tropes’ sebagai teknik penceritaan.

Bagi dunia penceritaan, ‘tropes’ merupakan konsep yang menggunakan ‘figure of speech’ sebagai medium penceritaan bagi lakaran jalan cerita dan watak cerita tersebut yang boleh diterima pakai oleh peminat cerita tersebut.

Laman ini juga membincangkan berkenaan ‘tropes’ yang digunakan, cara penggunaan, penetapan, teknik memanipulasi, dan cara-cara bagi menggabungkan atau memisahkan sebahagian dari sifat-sifat ‘tropes’ yang sedia ada tersebut, bagi mencipta sebuah ‘tropes’ yang baru.

‘Tropes’ bukan klise. Klise bermaksud kaedah penceritaan yang ‘hambar dan stereotaip’, dalam erti kata lain, membosankan dan tidak menarik akibat terlalu kerap digunapakai oleh penulis yang kurang berpengalaman dan berpengetahuan. Laman ini direka bagi memaparkan artikel atau entri yang menarik tanpa mempersendakan ‘tropes’ yang sedia ada.

Laman ini mengenalkan ribuan jutaan ‘tropes’ kepada para pembaca serta ‘bermain’ dengannya dengan cara mengkaji teknik yang digunakan oleh penulis bagi mencipta sebuah cerita yang kaya dengan plot yang hebat, dan watak yang menarik pembaca atau penonton sama ada secara umum atau khusus.

Laman ‘TV Tropes & Idioms’, atau ‘Kiasan & Ungkapan’, memerlukan pemahaman bahasa Inggeris asas, serta minat terhadap apa-apa jenis media. Laman ini memaparkan informasi ‘tropes & idioms’ secara bersahaja dan selamba, tidak seperti pendekatan serius yang digunakan di laman Wikipedia, dimana ia lebih terperinci dan bersumber.

I’m just gettin’ started. Stay tuned, and keep reading.

KEPELBAGAIAN ‘TROPES’

Figure 3: Perkaitan ‘tropes’ bergantung dengan taktik penceritaan.

Atas sebab kewujudan beribu-ribu ‘tropes’, maka ianya perlu disusun supaya tampak kemas dan mudah dihadam. Ianya dipanggil sebagai ‘Indexes’ atau indeks. Empat indeks ‘tropes’ yang utama adalah:-

1) Genre Tropes

Terdapat pelbagai jenis cara dan gaya penceritaan. Sebahagian dari ‘tropes’ yang ada akan dikaitkan dengan genre yang tertentu. Sebagai contoh, kita lihat karya Helmi Effendi. Salah satu genre penulisan beliau adalah ‘horror’ atau seram. Bagi ‘horror’, kita dapat lihat ‘tropes’ yang berkaitan seperti ‘Abandoned Area’, ‘Artifact of Doom’, dan ‘I’m a Humanitarian’.

2) Media Tropes

‘Tropes’ yang dikaitkan di medium tertentu. Media tidak hanya terbahagi kepada penulisan, lukisan dan tayangan semata-mata. Pembikin, tujuan pembikinan dan ‘target audience’ juga diambil kira bagi pengkelasan ‘tropes’ dan media, seperti alat permainan atau ‘toys’.

Untuk pembacaan lebih lanjut, sila rujuk subtopik ‘PENGKELASAN MEDIA’, iaitu selepas subtopic ini.

3) Narrative Tropes

Bagi ‘tropes’ yang menggunakan unsur-unsur penceritaan yang sebagai medium penyampaian, ianya dikelaskan di sini. Teknik penceritaan adalah seperti penciptaan watak, dialog, konflik yang berlaku, motif penceritaan, dan penggunaan simbol bagi mewakili sesebuah idea atau kualiti. ‘Character’, ‘Conflict’, ‘Dialogue’, dan ‘Plot’ adalah antara contoh indeks ini.

4) Topical Tropes

‘Tropes’ juga mempunyai topik yang tertentu yang menggunakan pelbagai kejadian di sekeliling kita sama ada hasil dari takdir, alam, dan tangan manusia. Sebagai contoh, ‘Abuse’ Tropes’ yang menghimpunkan segala bentuk salah guna kuasa, kedudukan, dan hierark, ‘Betrayal Tropes’ yang berkait rapat dengan pengkhianatan, dan ‘Intelligence Tropes’ yang sarat dengan  ‘tropes’ yang berkaitan dengan kecerdikan dan kebijaksanaan.

Contoh indeks ‘Tropes’ yang lain adalah:-

1) Creators

Kepada sesiapa individu atau organisasi yang mencipta sesebuah karya untuk sesebuah media, tahniah, anda juga ada tempat di artikel ini, cuma, bukan hanya terhad di sini.

Para pencipta karya bukan hanya eksklusif kepada penulis, malah artis, pelakon, penyanyi, penari, pelukis, komposer, pengarah, penyampai, ahli falsafah, penerbit, ahli muzik, wartawan, para pengkritik dan pengulas, jurugambar, serta para animator juga mempunyai hak mutlak bagi kategori ini.

Kepada sesiapa yang mencipta sesebuah karya yang mampu menyumbang ke dunia pengkaryaan, anda ada tempat di sini.

2) Fandom

Trope yang digunakan bagi menggambarkan para peminat sesebuah cerita. Setiap orang yang celik berkenaan dunia pengkaryaan akan tahu akan kepelbagaian peminat-peminat mereka, yang akan mencipta ‘fanbase’ masing-masing apabila sesuatu karya sudah cukup menarik bagi disukai ramai. Contoh ‘tropes’ yang berkaitan adalah ‘Fanon’, ‘One of Us’, dan ‘Silent Majority’.

3) Forgotten Tropes

Di sini tersenarai ‘tropes’ yang amat jarang digunakan oleh pengolah karya atas sebab-sebab tertentu seperti ditelan zaman, dan ada ‘tropes’ yang lebih baik untuk digunapakai berbanding ‘tropes’ di sini, seperti ‘All Women are Lustful’, dan ‘30 Minutes, or It’s Free!’.

4) Just For Fun

Keseronokan dan hiburan diperlukan bagi menampan atau menghapuskan rasa bosan, sedih, marah, dan perasaan negatif yang lain bagi setiap individu yang bernyawa. ‘Tropes’ yang tergolong di sini adalah pada kebiasaannya dicipta hanya untuk keseronokan dan kesantaian dalam berkarya semata-mata. Tanpanya, sesebuah karya akan membosankan dan menghilangkan minat pembaca bagi mengikut perkembangan karya tersebut. Contohnya ‘42’, ‘Chekov’s Gun’, dan ‘Grammar Nazi’.

5) Laws and Formulas

Sebahagian dari puluhan ribu ‘tropes’ yang ada boleh dikaitkan dengan undang-undang dan formula yang datang dari dunia realiti. Namun, ia bukanlah versi undang-undang dan formula yang sebenar, walau ada indeks yang mengkategorikan ‘tropes’ berkenaan perundangan secara langsung. Antaranya ialah ‘Authority Equals Asskicking’, ‘Rule of ___ (e.g.: Cool, Funny, Sexy) ’, dan tropes berkaitan dengan ‘Chechov’s’.

6) Trope Overdosed

Suatu siri atau cerita yang terlalu sarat dengan ‘tropes’ sehinggakan sukar untuk mencari ‘tropes’ yang masih belum digunapakai. Contohnya siri Batman, Dragon Ball, dan Final Fantasy.

7) Useful Notes

Indeks ini mengumpulkan segala ilmu-ilmu yang berkaitan dengan konsep, ideologi, dan media yang membawa kepada sebahagian penciptaan ‘tropes’, sambil membongkar stereotaip yang direka media, membantu pembaca memahami dengan lebih lanjut berkenaan sesebuah media, dan untuk mendidik, memberitahu dan menghiburkan para pembaca. Contoh ilmu yang baik adalah berkenaan dengan budaya, bahasa, agama, perundangan, perubatan, musik, ketenteraan, politik, dan sebagainya.

Terdapat puluhan lagi klasifikasi lain ‘tropes’, saya hanya meminjam sebahagian sahaja dari semua yang ada. Kebanyakan ‘tropes’ yang sedia ada berkongsi dengan pengkelasan yang berbeza. Dengan kata lain, pengkelasan ‘tropes’ tidak hanya terhad terhadap sesebuah pengkelasan yang ada.

PENGKELASAN MEDIA

Media berfungsi sebagai teknik pembawaan ‘tropes’ bagi sesebuah karya. Terdapat pelbagai jenis media yang mewakili jenis-jenis gaya penceritaan yang terdapat pada waktu sekarang yang menggunakan ‘tropes’ sebagai nadi penggerak sesebuah penceritaan. Antaranya ialah:-

1) Advertising

“Nini cokolat celup. Nini cokolat celup. Rasa kacang strawberi, cukup enak sekali. Nini…… NINI!” Pilihan anda!”

– Iklan Nini Coklat Celup

Iklan yang dibuat oleh pelbagai organisasi di seluruh dunia, sama ada secara ‘stand alone’ atau bentuk kempen.

2) Arts

Ukiran dan lukisan. Bagi lukisan bersiri, ianya menggunakan pelbagai nama bergantung terhadap cara dan gaya persembahan.

Ukiran dan lukisan yang dilukiskan oleh pelukis dan pengukir yang mahir di seluruh dunia sejak permulaan tamadun manusia hingga ke zaman moden. Bagi lukisan bersiri, sila teruskan pembacaan.

3) Print Media

Karya yang menggunakan kertas dan dakwat sebagai medium pembikinan sesuatu kerja adalah dipanggil sebagai ‘Print Media’. Lukisan bersiri juga tergolong di sini.

Segala bentuk penceritaan seperti ‘Billboards’, ‘Comic Books’, ‘Literature’, ‘Magazines’, ‘Manga’, ‘Manhua’, ‘Manhwa’, ‘Newspapers’, ‘Newspaper Comics’, ‘Picture Books’, dan ‘School Study Media’ adalah antara persembahan lukisan yang sering digunakan pada masa kini.

4) Audio

Kesemua hasil kerja yang berkaitan dengan lagu, lirik, dan bunyi-bunyian. Pengecualian digariskan terhadap mana-mana dialog yang digunakan diluar konteks audio.

Bagi karya audio asli yang mampu ‘stand alone’ tanpa penglibatan mana-mana medium lain, ia digunapakai di radio, audio plays, podcast, laman sesawang original, dan permainan irama.

Manakala bagi media yang menggunakan audio sebagai salah satu taktik persembahan seperti games, movies dan anime, maka ianya dalam bentuk lagu, BGM, dan Drama CDs.

5) Film

“Moving pictures with sounds that tells stories”, begitulah maksud filem. Kebiasaanya bertempoh 90-300 minit, filem dimainkan dalam bentuk ‘series’, ‘animated’, dan ‘newsreel’.

Bagi filem yang berdurasi kurang dari 90 minit, ianya dipanggil ‘short film’. Manakala animated pula boleh jadi samaada ‘cartoon’, ‘anime’, atau ‘3D’.

6) Games

Kita sedia maklum bahawa betapa banyaknya jenis-jenis permainan yang ada di seluruh dunia. Permainan tak semestinya hanya berbentuk video dan ‘tabletop saja, malah juga Alternate Reality Game, Live-Action Role-Play, Parlor Games, dan Pinball.

Subtopik video game adalah seperti RPG, RTS, FPS, Visual Novel, MOBA, MMORPG, dan sebagainya. Tabletop game ialah permainan yang memerlukan meja atau ruang kosong diantara pemain sebagai syarat permainan, seperti ‘Board Games’, ‘Card Games’, ‘Deckbuilding Game’, ‘Collectible Card Game’, ‘Tabletop RPG’, dan ‘War Gaming’.

7) The Internet

Internet adalah sebuah network yang menghubungkan jutaan komputer di seluruh dunia, dan tempat dimana anda berada sekarang. Anda cuma perlu wifi dan device yang berkenaan sahaja. Perlukah saya masukkan juga pasal sejarah dan konsep tentang internet? Apakah ini kelas sejarah dan teknologi?!

Internet kebiasaannya digunakan bagi melayari laman yang mengandungi pelbagai konsep seperti ‘Fora’, ‘Friending Network’, ‘Let’s Play’, ‘Online Encyclopedias’, ‘Online Games’, ‘Virtual Worlds’, ‘Websites’, dan ‘Web Originals’ yang terdiri daripada ‘Animation’, ‘Comics’, ‘Games’, ‘Logs’, Video, dan Novel.

8) Sporting Event

Pernah menonton tayangan sukan sama ada secara langsung atau melalui televisyen? Inilah panggilan yang digunakan untuk mengkelaskan hobi anda ini. Tidak kisah sama ada bola sepak, ragbi, badminton, baseball, cricket, tinju, malah ‘professional wrestling’ sekalipun adalah termasuk dalam kategori ini.

9) Stand-up Comedy

Pernah tonton ‘Maharaja Lawak’? Yup, contoh terbaik bagi rakyat Malaysia.

10) Television

“Television tastes funny.” – Cheese, Foster’s Home for Imaginary Friends

Zaman sekarang setiap rumah, ada TV adalah hampir menjadi satu kemestian. Ada saluran TV3, NTV7, TV8, Astro dan sebagainya. ‘Animated Shows’, ‘Broadcast Live’, ‘Teletext’, ‘TV Movies’, dan ‘TV Series’ adalah rancangan biasa yang dimainkan di setiap saluran televisyen.

11) Theater

Cukup mudah untuk menerangkan kategori ini. Persembahan di  pentas bertirai. Titik. Contoh? ‘Ballet’, ‘Opera’, dan ‘Vaudeville’. Ada soalan lain? Nyatakan di komen. Terima kasih atas kerjasama anda.

12) Theme Parks

Diertikan sebagai ‘Taman Tema’, direka dengan menggunakan tema tertentu seperti hiburan, seram, dan sebagainya, adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan kekasih. Pernah pergi ke Sunway Lagoon, Legoland atau Disney Land?

13) Toys

“Tora datang lagi dengan permainan baru!”

Apa apa objek yang kebiasaanya tiada fungsi bergerak yang digunakan untuk bermain, atau cuma untuk ‘display’ semata-mata.

Variasi antara mainan plastic RM2, patung-patung permainan comel dan lembut, hingga figura-figura watak dari siri games, siri dan filem. Masakan tidak kenal permainan ‘Tora’, ‘Ding Dang’, ‘Barbie’, ‘Bionicle’, ‘Hello Kitty’, ‘G.I. Joe’, dan sebagainya yang mewarnai zaman kanak-kanak bagi yang sudah dewasa sekarang?

14) Multiple Media

Mana-mana media yang tidak tergolong dari 13 kategori di atas berada di sini.

Antaranya ialah ‘Fairy Tales & Folklore’, ‘Franchises’, ‘Legends’, ‘Mythology’, dan agama. Batu Belah Batu Bertangkup, Lagenda Malim Deman, Cerita 1001 Malam, Lagenda King Arthur, Cinderella, Rapunzel adalah contoh media di atas.

Still with me? My, you’re quite diligent. I like you style, bravo!

DARTH WIKI – THIS EXISTS

Figure 4: Beliau sudah berada terlalu lama di sini.

“Good, good! Let the hate flow through you!” – Darth Sidious, Star Wars 6 – Return of the Jedi

Sukar untuk dilupakan betapa dahsyatnya ‘Darth Vader’, watak ‘villain’ Star Wars. Nafasnya saja mampu mengubah suatu situasi yang tenang, kelakar atau gembira menjadi tegang, serius dan menakutkan secara tiba-tiba.

Kebenciannya terhadap musuh, sekutu, guru, dan dirinya sendiri menjadi bahan bakar dan senjata yang merbahaya yang berjaya menggerunkan sekutu dan musuhnya. Watak yang mahu dijauhi sejauh-jauhnya oleh hampir semua orang.

Waqaf Saham

Darth Wiki adalah sisi gelap tvtropes. Hanya yang cekal saja yang mampu berhadapan dengan sisi gelap ini, dan sempat hidup untuk menceritakan kisahnya.  Kalau tak cekal, maka tak faham apakah tujuan sisi gelap ini diwujudkan. Kalau tak faham, bagaimana mahu ceritakan atau terangkan pasal ini, itu saja.

Sisi gelap ini menceritakan dan mengumpulkan sebanyak mungkin siri-siri dari pelbagai media yang dikategorikan sebagai buruk dan patut dijauhi, dimana hanya segelintir kecil saja yang mengetahui kewujudannya. Tropes yang digunapakai dalam site ini adalah sememangnya amat tidak bertimbang rasa dan bersifat jahat, amat berlainan dari apa yang digambarkan di sisi biasa tvtropes.

Sebagai contoh, trope ‘So Bad it’s Good’, yang bermaksud sesuatu karya yang teramat teruk ianya berubah menjadi sangat bagus. Bagi sisi gelap, ianya berubah menjadi ‘So Bad it’s Horrible’, bermaksud karya yang teramat teruk, hingga tahap langsung tidak kelakar, dan mahu dilupakan secepat mungkin, seperti sebuah trauma yang berlegar di minda kita dalam sesuatu tempoh.

Terdapat banyak lagi trope gelap dalam sisi gelap ini. Saya gagal mencari ruang lebih untuk menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan dengan Darth Trope, malah tidak sanggup untuk menunjukkan contohnya, dikhuatiri pembaca terkena sampuk dan trauma akibat menonton/membaca contoh yang saya beri.

‘Darth Wiki’ ini dibincangkan kerana kita perlu menerima hakikat bahawa kejahatan juga boleh datang dalam bentuk media, walau betapa baiknya kita.

SUGAR WIKI – SWEET EXISTS

Figure 5: Masa beliau terlalu banyak dihabiskan di sini.

“Kau tengok watak ‘Joker’ dari siri ‘Batman’. Betapa hebatnya dia memperkudakan Batman yang mempunyai martial arts yang tinggi, latihan-latihan survival dan alatan yang canggih hanya dengan kemahiran dan akal yang dia miliki disamping mampu mempermainkan prinsip Batman. Dia adalah watak jahat yang… tiada sesiapa pun yang mampu jadi seperti BELIAU!”

Apabila sesebuah karya yang pada asalnya agak gelap dan dahsyat,tiba-tiba ianya diubah dengan kadar mendadak, menjadi ‘family friendly’ atau untuk tontonan umum, maka ianya wajar digelar ‘Lighter and Softer’. Selamat datang ke versi ‘lighter and softer’ tvtropes.

Lawan kepada Darth Wiki, ini adalah sisi terang tvtropes, dimana ianya penuh dengan puji-pujian dan sanjungan yang kadangkala agak berlebih-lebihan terhadap sesebuah trope, watak, atau siri dari pelbagai jenis media. Kadang-kadang, kemanisannya mampu sampai ke tahap meloyakan dan menjengkelkan, disebabkan betapa terlalu manisnya sisi terang ini.

Bagi memudahkan pemahaman, saya beri contoh yang boleh difahami di bawah, yang dipetik dari laman web tvtropes, berkenaan dengan siri popular yang sudah tamat, Naruto:-

“Naruto: The trailer of ‘The Last’ movie, which will be the first Canon movie! It basically sent thousands, if not millions of NaruHina shippers worldwide to the hospital due to joy seizures!”

Mujurlah ianya dipetik oleh si pemerhati gelagat ‘fanboy’ dan ‘fangirl’ Naruto dari jauh. Kalau tidak, muntah hijau saya dibuatnya.

Kesederhanaan dan etika yang baik diperlukan bagi melahirkan minat yang sihat dan baik bagi sesebuah siri. Kalau tidak, jadi macam kes movie ‘Twilight’, atau penyanyi Justin Bieber, dimana peminatnya dibenci kerana faktor ini.

Y.M.M.V.

Figure 6: ‘Nightmare Fuel’ Gred Premium ‘RON99’ disyorkan!

Singkatan dari “Your Mileage May Vary”, ianya berkenaan dengan pandangan dan penilaian sesetengah peminat terhadap sesebuah karya, dimana ianya tidak semestinya dipersetujui oleh pihak lain. Kepala sama hitam, hati lain-lain.

‘Tropes’ yang mereka masukkan di sesebuah karya tidak semestinya diakui oleh peminat lain, dan berhak disanggah oleh mereka. Apapun diharap mereka menjauhi permusuhan dan mencari titik persamaan sesama mereka.

YMMV mengumpulkan ‘tropes’ di setiap hasil karya yang dipaparkan di laman ini atas tujuan yang sama.

W.M.G

Figure 7: Dalam perkongsian terbuka wiki, kami mendedahkan sumber yang paling boleh dipercayai bagi ‘fanon’.

“Wild Mass Guessing”, dimana ia adalah lanjutan dari YMMV di atas. Juga dikenali sebagai Teori ‘Crackpot’, atau lebih mudah ditakrifkan sebagai ‘Teori Konspirasi’ versi ‘tropes’ kerana ianya diambil secara serius.

Kadang-kala ianya nampak boleh dipakai, kadang-kala ianya tak masuk akal, dan jarang sekali ianya menjadi tepat. Itulah penerangan ringkas tentang ‘tropes’ yang dimasukkan oleh para peminat dan disenaraikan di WMG bagi mengelakkan ‘tropes’ yang mengarut dari mencampuri ‘tropes’ yang asal.

Tiada halangan yang saya buat, silakan masuk di bahagian ini jika ada, namun jangan bermukim di sana terlalu lama, atau anda akan dapati ianya boleh dipakai walhal sebenarnya tidak.

Still with me? C’mon, the fun part lies just ahead!

PENGUBAHSUAIAN ‘TROPES’ MENGIKUT SITUASI TERTENTU

Kita sedia maklum bahawa ‘tropes’ adalah alat bagi penggerak sesuatu penceritaan. Namun, kita juga boleh lakukan pengubahsuaian kepada sebahagian ‘tropes’ yang ada. Antara contoh-contoh terbaik bagi sesi pengubahsuaian ‘tropes’ yang boleh dilakukan ialah:-

1) Jantina

Kita sedia maklum bahawa setiap manusia hanya akan lahir menjadi lelaki atau perempuan sahaja.Orang khunza juga perlu memilih salah satu jantina apabila mereka sudah mencapai umur yang tertentu. Walau apapun, nama sesebuah ‘trope’ yang terlibat akan berubah, walaupun ia berkongsi makna yang sama kecuali jantina.

‘Tropes yang berkaitan dengan Jantina ialah:-

  1. ‘Battle Butler’ ↔ ‘Ninja Maid’
  • Pembantu rumah lelaki/perempuan yang mahir dalam pertempuran.
  1. ‘Fan Boy’ ↔ ‘Fan Girl’
  • Peminat lelaki/perempuan
  • ‘Mama Bear’ ↔ ‘Papa Wolf’
  • Ibu/bapa yang membela anak-anak mereka dari bahaya.
  1. ‘Salaryman’ ↔ ‘Office Lady’
  • Pekerja kolar putih lelaki/perempuan.
  1. ‘The Good King’ ↔ ‘The High Queen’
  • Raja/Permaisuri baik yang dicintai rakyat.

2) ‘Trope’ watak/sifat Baik vs Trope watak/sifat Jahat

Sememangnya sifat seseorang manusia biasa, ada yang baik, ada yang jahat. Selagi manusia masih wujud, kedua-dua sifat ini pasti ada, walau sedikitpun. Ianya juga boleh digunakan menjadi penjana ‘tropes’.

Contoh ‘trope’ yang menggunakan tema ini ialah:-

  1. ‘Big Good’ vs ‘Big Bad’
  • Ketua watak baik vs. ketua watak jahat
  1. ‘Anti-Hero’ vs. ‘Anti-Villain’
  • Watak baik yang tiada kualiti seseorang hero vs watak jahat yang tiada kualiti seseorang penjahat.
  • ‘Good Parents’ vs. ‘Abusive Parents’
  • Ibubapa yang baik dengan anak-anak vs. Ibubapa yang tidak baik dengan anak-anak.
  1. ‘Deus ex Machina’ vs. ‘Diabolus ex Machina’
  • Keajaiban yang membantu watak baik vs. Tragedi tiba-tiba menimpa watak baik.
  1. ‘Good vs. Good’ vs. ‘Evil vs. Evil’
  • Pihak baik bermusuhan sesama sendiri vs. Pihak jahat bermusuhan sesama sendiri.

3) Kata Lawan Lain

Setiap perkara di alam semesta kita dicipta secara berpasang-pasangan dan berlawanan antara satu sama lain. Kanan dan kiri, utara dan selatan, siang dan malam, tambah dan tolak, zahir dan batin, hitam dan putih, hidup dan mati.

Contoh ‘tropes’ berlawanan lain yang digunakan ialah:-

  1. ‘Awesome, but Impractical’ vs. ‘Boring, but Practical’
  • Sesuatu yang amat berguna, namun banyak kelemahan vs. Sesuatu yang kurang menarik, namun ianya berguna dan praktikal.
  1. ‘Apologizes a Lot’ vs. ‘The Unapologetic’
  • “Maafkan kami! Maafkan kami! Maafkan kami!” vs. “Pergi mati aku nak minta maaf!”
  • ‘Tsundere’ vs. ‘Yandere’
  • Watak yang angin satu badan, namun hatinya baik vs. watak yang berpura-pura baik, namun sebenarnya ada niat buruk, dimana kadang-kadang ada simptom mental kurang stabil.
  1. Face–Heel Turn vs. Heel–Face Turn
  • Watak yang pada asalnya baik vs. watak yang pada asalnya jahat.
  1. Hero with Bad Publicity vs. Villain with Good Publicity
  • Watak baik yang dibenci orang awam vs. watak jahat yang disayangi orang awam

Ladies and gentleman, this is where the fun begins!

BERMAIN DENGAN ‘TROPE’

Figure 8: Gambaran cara permainan ‘tropes’ bagi pemahaman lanjut.

Jika anda menyangka pengetahuan anda terhadap ‘tropes’ hanyalah berkisarkan ‘tropes’ semata-mata sudah memadai bagi sesebuah penceritaan, sesungguhnya anda adalah orang yang sangat naif. Terus terang saya katakan anda seorang yang comel kerana berpendapat sedemikian.

Untuk membuktikan kenyataan saya diatas, mari kita bermain dengan ‘tropes’. Caranya ialah kita terangkan sesuatu ‘tropes’ dengan menggunakan cara piawai sesebuah pengistilahan dengan cara yang berbeza-beza dan pelbagai.

Ada 27 cara yang ditemui bagi permainan tropes setakat ini. Izinkan saya menggunakan penerangan ringkas dan mudah bagi setiap cara, dengan menggunakan trope ‘Big Good’:

1) Straight

‘Trope’ yang digunakan secara linear tanpa putar belit.

Contoh:-

  • Jamalee adalah watak baik yang paling gagah dan perkasa serta berkuasa, juga merangkap sebagai ketua ‘The Patriot’s Hero’ yang amat dihormati rakan seperjuangannya dan digeruni lawannya. Hanya ketua-ketua besar organisasi agung seperti ‘Grand Flat-Earth Federation’, ‘The Great Scammerz Gatherings’ dan ‘Cholaria Revolutionary Army’ mampu mencabar beliau dalam medan pertempuran.

(RAD, HE, jangan gelak!)

2) Exaggerated

‘Trope’ digunakan secara keterlaluan.

Contoh:-

  • Jamalee secara harfiahnya adalah seorang dewa (baca: God).

3) Downplayed

‘Trope’ tersebut direka lebih ringan atau lebih lemah dari yang sepatutnya.

Contoh:-

  • Jamalee ialah hero yang amat hebat, dimana beliau pereka strategi untuk pasukannya, namun dia digambarkan sebagai orang biasa sahaja sesama insan yang lain.

4) Justified

Ada sebab yang munasabah kenapa ‘trope’ itu digunakan.

Contoh:-

  • Sejak kecil lagi, Jamalee telah dipilih dan dilatih oleh Mahaguru Penglipurlara Kayangan, Cik Srikandi bagi memastikan beliau menjadi ketua ‘The Patriots Hero’.

5) Inverted

‘Trope’ tersebut diterbalikkan (reversed) dan digunakan semula.

Contoh:-

  • Jamalee ialah seorang ‘Big Bad’, atau ‘Hero Antagonist’.

6) Subverted

Sesebuah ‘trope’ telah ditetapkan, namun penonton berjaya ditipu oleh penulis; ‘trope’ tersebut tidak berlaku sama sekali.

Contoh:-

  • Jamalee meninggal dunia menyebabkan ‘The Patriot’s Hero’ kehilangan pemimpin mereka.
  • Jamalee ialah seorang hero. Apabila tugasnya selesai, beliau berubah menjadi jahat.
  • Rupa-rupanya Jamalee ialah seorang ‘Big Bad’. (‘Big Bad’ merupakan lawan kepada ‘Big Good’)

7) Double Subverted

‘Trope’ tersebut di’subverted’ sekali lagi, sekaligus membenarkan ia digunakan kembali.

Contoh:-

  • Jamalee hidup semula, dan menjadi lebih gagah dari sebelumnya.
  • …sehinggalah beliau menyedari tentang kemanisan berbaik dan berkebajikan, akhirnya dia kembali ke pangkal jalan.

8) Zig-zagged

Berlaku beberapa ‘subvertion’ di ‘trope’ tersebut.

Contoh:-

  • Rupa-rupanya Jamalee ialah watak jahat, namun bukan bertaraf ‘Big Bad’, dimana rupa-rupanya beliau tidak sekuat yang disangka dan teramat cuai. Kecuaiannya telah mensabotaj ‘Big Bad’, dan sebaliknya mengangkatnya sebagai hero. Ternyata bahawa beliau sengaja berbuat demikian kerana beliau sememangnya seorang ‘Big Good’, dan semua orang menyanjungi jasa beliau. Namun, pada akhir cerita, hakikat mencatatkan walaupun Jamalee ialah seorang hebat dan mulia, namun beliau adalah seorang yang cuai, malas, tidak boleh diharap, malah langsung tidak ada apa-apa kuasa sebenarnya.

9) Parodied

Bentuk ‘trope’ tersebut diputarbelitkan, dan digunakan bagi menggelikan hati penonton.

Contoh:-

  • Pakaian hero yang dipakai Jamalee terpampang perkataan ‘THE PATRIOT’S HERO’ di bahagian dada baju, dan ianya menjadi nama panggilan beliau.

10) Unparodied

‘Trope’ yang dihasilkan oleh ‘parody’ mengalami proses ‘subvertion’ sama ada kepada versi ‘straight’, atau digunakan secara serius.

Contoh:-

  • Sebenarnya perkataan tersebut hanyalah sebagai suatu pengalih perhatian, kerana Jamalee mahu menyembunyikan identiti beliau atas sebab-sebab yang munasabah.

11) Averted

‘Trope’ tersebut tidak berlaku atau tidak wujud.

Contoh:-

  • Jamalee cumalah salah seorang dari belasan hero di cerita ini.

12) Enforced

‘Trope’ tersebut diletakkan secara paksa oleh pengkarya atas sebab-sebab yang tertentu.

Contoh:-

  • Penulis mahu mencipta seorang watak lagenda dimana kesemua ahli kumpulan memandang baik beliau demi menunjukkan kepada penonton apakah ciri superhero yang terpuji.

13) Lampshaded

‘Trope’ ditegaskan oleh salah satu watak dalam cerita tersebut secara verbal bagi memperkukuhkan lagi kewujudan ‘trope’ tersebut.

Contoh:-

  • “Itulah Bro Jamalee! Adiwira terhebat dunia!” – Zamir Mohyedin

14) Invoked

Watak cerita tersebut memasang ‘trope’ tersebut dengan sengaja atas sebab tertentu.

Contoh:-

  • Jamalee sedar para-para hero memerlukan seorang ketua, lalu menawarkan dirinya menjadi pemimpin.
  • ‘Yang Maha Kuasa’ menghantar Jamalee turun dari langit bagi memimpin para hero, kerana Dia tahu apakah ciri-ciri pemimpin hero yang dimahukan oleh para hero lain.

15) Exploited

Watak cerita tersebut mendapat tahu sebuah ‘trope’ akan berlaku, dan mengambil kesempatan diatasnya.

Contoh:-

  • ‘Big Bad’ berjaya mengawal minda Jamalee, atau menyusup masuk menjadi ‘Big Good’ supaya pihak jahat dapat meneruskan agenda mereka tanpa gangguan besar dari para hero.

16) Defied

Watak cerita tersebut mendapat tahu sesebuah ‘trope’ akan berlaku, dan mengambil tindakan bagi mengelakkannya dari berlaku.

Contoh:-

  • Ahli-ahli pasukan ‘The Patriots’ termasuk Jamalee bersetuju untuk berkongsi kuasa dan pengaruh mereka secara sama-rata

17) Discussed

‘Trope’ tersebut mungkin tidak digunakan, namun dibincangkan oleh watak dalam cerita tersebut tentang kemungkinan ianya boleh berlaku.

Contoh:-

  • Para ahli pasukan ‘The Patriot’s Hero berbincang sesama sendiri apa sebab mereka memandang tinggi terhadap Jamalee.

18) Conversed

Berlakunya perbualan sesama watak berkenaan dengan ‘trope’ yang berlaku. Cuma ianya tidak begitu terperinci dan serius seperti ‘discussed’.

Contoh:-

  • Para peminat Jamalee mengikut perkembangan tentang dia dan berbual sesama mereka tentang kehebatan beliau.

19) Implied

‘Trope’ tersebut dibayangkan ada, walau ianya tidak ditunjukkan secara langsung.

Contoh:-

  • Tiada seorangpun pernah berbicara secara khusus berkenaan Jamalee merupakan ketua pasukan mereka, namun mereka sentiasa menurut arahan beliau dan seolah-olah kehilangan arah tanpa beliau.

20) Deconstructed

‘Trope’ yang digunakan adalah hasil dari realiti yang berlaku.

Contoh:-

  • Jamalee merupakan lambang hero yang terbaik di kalangan rakan hero lain, terlalu baik hingga mereka fikir mereka tak mampu menjadi sehebat beliau. Mereka berhenti dari menjadi hero dan menyebabkan pemecahan pasukan mereka.
  • Menyambung kenyataan diatas, sekiranya Jamalee berubah menjadi jahat, maka ianya pasti akan meluluhkan harapan dan pegangan hero-hero lain. Pada masa itu, mereka fikir “hero yang terbaik di kalangan kita pun jadi jahat, tunggu masa saja kita jadi jahat juga”. Akhirnya para hero tersebut terpaksa menyertai pakatan gelap Jamalee atas sebab kesetiaan atau telah putus semua harapan.
  • Apabila Jamalee, dengan bantuan pasukan hero lain iaitu ‘Royal Pseudoscience Watcher’ berjaya mengalahkan Abu Hannah al-Neneni, ketua besar ‘The Great Scammerz Gatherings’, beliau sebenarnya secara tidak sengaja membantu ‘Grand Flat-Earth Federation’ menghapuskan musuh-musuh mereka, kerana tanpa Abu Hannah, organisasi gelap ‘The Great Scammerz Gathering’ tidak boleh berfungsi.

21) Reconstructed

‘Trope’ yang sudah mengalami proses ‘deconstruction’ mengalami pula proses ‘invertion’.

Contoh:-

  • Jamalee membantu hero lain keluar dari keraguan mereka, dan menyatukan semula pasukan mereka.
  • Ahli pasukan hero tersebut telah disekolahkan semula oleh RAD, dimana beliau berkata “Jamalee mungkin berubah jadi jahat, tapi prinsip yang kita pegang masih bermakna, dan berbaloi untuk diperjuangkan,” sekaligus menggalakkan mereka menjadi lebih baik dari Jamalee.
  • Jamalee kemudian berjaya meng’hijack’ kumpulan ‘The Great Scammerz Gathering’ bagi menjatuhkan ‘Flat-Earth Federation’.

22) Played For Laughs

‘Trope’ yang ‘straight’ dinyatakan secara jelas oleh salah satu watak di cerita tersebut.

Contoh:-

  • Semua orang memberi komen betapa hebatnya Jamalee, dan HE membuat lawak jenaka dengan menyebut betapa rapat dan intimnya Jamalee sesama ahli pasukan yang sama jantina.

23) Played For Drama

‘Trope’ tersebut mengandungi unsur drama, sama ada secara serius, atau untuk tujuan komedi.

Contoh:-

  • Jamalee meragui tentang kemampuan beliau sebagai seorang ketua dan takutkan kegagalan.

24) Logical Extreme

‘Tropes’ tersebut digunakan sehingga ke tahap limit, namun tidak sampai ke tahap ‘exaggerated’.

Contoh:-

  • Jamalee ialah seorang hero dan pemimpin yang tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa jenis kejahatan, dan akan memburunya hingga ke lubang cacing. Beliau juga mempunyai kuasa yang menggerunkan, dimana hanya beberapa entiti lain di dunia yang beliau duduki sahaja yang mempunyai peluang mengalahkan beliau, kerana beliau bukan ‘immortal’.

25) Gender Inverted

‘Trope’ yang hanya sesuai digunakan oleh salah satu jantina, dipasang keatas jantina yang lain.

Contoh:

  • Jawatan ketua ‘The Patriot’s Hero’ ialah jawatan khusus untuk perempuan sahaja kerana peraturan ‘feminazi’ dipakai di seluruh alam. Namun, Jamalee ialah satu-satunya lelaki yang layak menjadi ketua pasukan ini tersebut.

26) Untwisted

Penonton telah menjangka ‘subvertion’ akan berlaku terhadap ‘trope’, namun ianya tidak berlaku, malah dimainkan secara ‘straight’.

  • Jamalee digambarkan mempunyai sifat-sifat cuai, berperwatakan lemah, tidak boleh diharap dan suka berbohong. Namun, ia hanya satu ‘facade’ beliau, dimana beliau tahu, ‘bagi menipu musuh, perlu tipu kawan sendiri dulu’. Hanya seorang dua sahaja tahu sifat sebenar beliau.

27) Intended Audience Reaction

Penulis mahu reaksi yang tertentu dari penonton dengan ‘trope’ yang digunakan.

  • Penulis mencipta watak Jamalee ‘The Big Good’ dan memasukkan permainan trope ‘zig-zag’, ‘deconstruction’ dan ‘reconstruction’ bagi mewujudkan trope ‘untwisted’ supaya pembaca terkesima dengan watak tersebut, iaitu watak paling hebat yang dicipta beliau.

KESAN ‘TROPES’ DALAM DUNIA PENGKARYAAN

Figure 9: Elakkan dari mengambil masa terlalu lama di laman sesawang ini.

Penggunaan tropes yang sesuai dalam teknik penceritaan akan menghasilkan sesebuah karya yang baik dari segi plot dan watak. Begitu juga sebaliknya. Pengkarya yang bijak dan berpengalaman akan bukan sahaja menggunakan ‘tropes’ semata-mata, malah berani bermain dengan ‘tropes’ yang mereka masukkan di cerita mereka dengan jayanya.

Mana-mana teknik pengkaryaan dari pelbagai jenis media wajib menggunakan ‘tropes’ dalam kerja mereka. Sesuatu cerita tidak akan wujud tanpa ‘tropes’. Ia bagaikan sel darah merah yang berfungsi untuk menghantar bekalan makanan, air, oksigen, hormon, dan bahan-bahan lain ke seluruh tubuh badan. Tanpanya, jasad akan mati. Perumpamaan ‘roh’ juga boleh digunakan dalam konteks ini.

Bagi saya, sesiapa yang berjaya menghafal dan memahami kesemua ‘tropes & idioms’ yang terdapat di dalam laman ini, serta mampu bermain dengannya, maka mereka berpotensi untuk merekacipta sebuah cerita yang terbaik di dunia yang belum pernah direka oleh sesiapapun sebelum ini, dan akan tetap diminati walau ribuan tahun telah berlalu dari tarikh penayangan cerita tersebut.

CERITA TANPA ‘TROPES’

Figure 10: “??? ???”

Mustahil. Tak apa, kita cuba buat.

Watak utama yang tiada perasaan, tiada peranan, tiada jantina, tiada asal-usul, tiada daya penggerak, tiada lain-lain. Watak lain yang berkongsi sifat sama dengan watak utama, cuma dia watak lain. Plotnya ialah tiada perjalanan, tiada naik turun, tiada konflik, tiada musuh, tiada penerangan, tiada klimaks, tiada anti-klimaks.

Hah?! Cerita apa kejadahnya kau nak reka kalau tak ada ‘tropes’? Akhirnya kepala kau dengan aku pun meletup. Kojol.

PENUTUP

Figure 11: Gambar depan filem ‘The Expendables’, versi TVtropes.

Sekiranya saya menerangkan setiap satu indeks ‘tropes’ yang ada, maka artikel ini akan menjadi terlalu panjang. Maka saya pendekkan untuk kemudahan saya dan pembaca. Hal ini kerana saya sendiri kurang memahami sebahagian dari indeks ‘tropes’ dan media yang tersenarai.

Kepada sesiapa yang ingin memahami dan mendalami dengan lebih lanjut berkenaan dengan ‘tropes’ yang disebutkan di artikel, anda boleh ‘copy & paste’ di ruang ‘search’ di laman tvtropes.

Di sini dapat saya rumuskan bahawa ‘tropes’ adalah konsep ‘figure of speech’ yang digunakan dalam pelbagai jenis media seperti jenis, tema, peranti, tetapan, unsur, dan sebagainya. Laman ini mengumpulkan, menyenaraikan, membincangkan, mengolah, dan memberi contoh penggunaan tropes sedia ada di dunia ini.

Tujuan penulisan ‘Darth Wiki’ dan ‘Sugar Wiki’ adalah bagi menunjukkan garis dan had limit berkenaan dengan emosi seseorang peminat terhadap sesebuah karya, iaitu sama ada kebencian ataupun kesukaan. Mestilah diingatkan bahawa sifat fanatik haruslah dijauhi sejauh-jauhnya.

Jutaan terima kasih saya ucapkan bagi sesiapa yang berjaya menghabiskan pembacaan artikel ini tanpa tertinggal apa-apa isi penting yang disampaikan oleh saya. Sepuluh jari disusun bagi permohonan maaf sekiranya saya terlanjur kata di artikel ini.

Namun, penulisan saya belum lagi berakhir. Hanya anda, para pembaca, yang berhak mengakhiri penulisan ini, bukan saya, kerana andalah yang akan pergi ke website tvtropes dan teruskan pembacaan yang saya gagal masukkan di sini.

Kepada sesiapa yang sudah memahami secara umum berkenaan dengan ‘tropes’ dan ‘media’, saya akan tinggalkan sebuah plot cerita yang tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati kepada anda di sini.

Kepada sesiapa yang ingin turut serta, sila berpegang kepada topik dan elakkan daripada menyimpang dari tujuan asal penulisan ini, iaitu berkenaan ‘tropes’, dan penggunaannya bagi penyampaian sesebuah cerita. Kerana tiada sesiapa yang suka dengan ‘party pooper’, atau manusia bangsat yang menjadi penjahanam untuk keseronokan bagi sesebuah aktiviti.

Plotnya adalah:- “Helmi Effendi, salah satu pengasas The Patriots, menceburi dunia politik!”

Kepada sesiapa yang faham, mereka akan tahu bahawa plot yang seringkas ini mempunyai potensi tanpa limit di dunia penceritaan, terutama kepada sesiapa yang kenal siapa ‘Helmi Effendi’. Bagaimana kita mahu meng‘engineer’ plot ini daripada ‘impossible’ kepada ‘possible’?

 

Terpulang kepada cara anda mengolah plot ini dalam bentuk 5W dan 1 H (what, who, when which, whom, how), dan menggunakan ‘tropes’ sebagai pembawa cerita. Cuma saya minta jasa baik anda elakkan dari perbuatan yang boleh merosakkan keseronokan penghayatan penulisan ini dengan unsur-unsur hasad dengki, dendam, sifat-sifat buruk lain manusia, dan penambahan yang tidak diperlukan. Anda mampu mengubahnya.

P/S: Kepada sesiapa yang tidak faham berkenaan dengan ‘tropes’, media dan contoh yang digunapakai, saya membuka sesi soal jawab (Q&A) kepada semua pembaca. Anda juga boleh meminta saya menulis artikel berkenaan ‘tropes’ yang tertentu. Bersama-samalah kita memahami keseronokan dunia pengkaryaan melalui pemahaman ‘tropes’.

SUMBER

  1. Laman Sesawang TV Tropes, tvtropes.org

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.