Perang Dunia Kedua adalah satu peristiwa hitam dalam sejarah manusia. Setiap negara-negara kuasa besar ketika itu tidak terlepas daripada peristiwa ini. Namun disebalik peperangan oleh negara-negara ini, sudah pasti dibelakangnya mempunyai angkatan tentera yang utuh.

Kuasa-kuasa besar sememangnya akan mempunyai tentera yang akan menjaga kedaulatan dan kepentingan mereka. Di sebalik kekuatan ini, terdapat hierarki dan sistem pemerintahan yang lengkap bagi memastikan setiap angkatan tentera mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

Pemerintahan, Pangkat dan Penjawatan 

Suka untuk kita melihat dahulu pangkat-pangkat dan penjawatan-penjawatan yang biasa kita dengar di dalam angkatan tentera yang terbahagi kepada Darat, Laut dan Udara. Di sini, kita akan melihat pangkat-pangkat di dalam tentera dikalangan negara besar ketika Perang Dunia Kedua iaitu British, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Jerman, Itali, China dan Kesatuan Soviet.

Lain-Lain Pangkat

Prebet, merupakan pangkat paling bawah yang menjadi ‘tangan dan kaki’ bagi setiap angkatan tentera.

 Nama lain ialah Private (British/Amerika), Nito Rikushi (Jepun), Soldat-eme (Perancis), Soldat (Jerman), Soldato (Itali), Lie Bing (China), Krasnoarmeyets (Soviet).

Lans Koperal, merupakan pangkat yang diberi tanggungjawab untuk menjaga sekumpulan kecil prebet atau memegang senjata-senjata bantuan kecil

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Nama lain ialah Lance Corporal (British), Private 1st Class (Amerika), Itto Rikushi (Jepun), Soldat de premiere (Perancis), Gefreiter (Jerman), Caporale (Itali), Shang Deng Bing (China), Efréĭtor (Soviet).

Koperal, merupakan pangkat yang diberi tanggungjawab sebagai Penolong Ketua Seksyen atau pembantu Sarjan.

Nama lain ialah Corporal (British/Amerika), Rikushichō (Jepun), Caporal (Perancis), Unteroffizier (Jerman), Corporale Maggiore (Itali), Xia Shi (China), Mládshiy Serzhánt (Soviet)

Pegawai Tidak Tauliah Kanan atau Non-Commissioned Officer (NCO)

Sarjan, merupakan pangkat senior yang bertangungjawab sebagai Ketua Seksyen bagi memimpin satu seksyen yang berkekuatan seramai 8 orang anggota.

Nama lain ialah, Sergeant (British, Amerika), Santō Rikusō (Jepun), Sergent (Perancis), Unterfeldwebel (Jerman), Sergente (Itali), Zhong Shi (China), Serzhánt (Soviet).

Staf Sarjan, merupakan pangkat senior yang bertanggungjawab sebagai Penolong Ketua Platun bagi membantu pegawai yang berpangkat Leftenan.

Nama lain ialah, Staff Sergeant (British, Amerika), Nitō Rikusō (Jepun), Sergent-Chef (Perancis), Feldwebel (Jerman), Sergente Maggiore (Itali), Shang Shi (China), Stárshiy serzhánt (Soviet).

Pegawai Waran II, merupakan pangkat senior yang bertanggungjawab sebagai Kompeni Sarjan Mejar (KSM) bagi menguruskan pentadbiran anggota di peringkat kompeni. Beliau juga merupakan mata dan telinga bagi Ketua Kompeni.

Nama lain ialah, Warrant Officer II (British), First Sergeant (Amerika), Ittō rikusō (Jepun), Adjudant (Perancis), Oberfeldwebel (Jerman), Sergente Maggiore Capo (Itali), Er ji jun shi zhang (China), Starshyná (Soviet).

Pegawai Waran I, merupakan pangkat super-senior yang bertanggungjawab sebagai Rejimen Sarjan Mejar (RSM) bagi menguruskan pentadbiran anggota dan membantu Pegawai Memerintah di peringkat Batalion.

Nama lain ialah, Warrant Officer I (British), Master Sergeant (Amerika), Rikusōchō (Jepun), Adjudant-Chef (Perancis), Stabsfeldwebel (Jerman), Aiutante di battaglia (Itali), Yi ji jun shi zhang (China), Starshina (Soviet).

Pegawai dan Komander Rendah

Leftenan Muda, merupakan pangkat pegawai tauliah rendah yang bertangjungjawab memimpin satu platun seramai 25 orang lain-lain pangkat

Nama lain ialah 2nd Lieutenant (British/Amerika), Rikugun-shōi (Jepun), Sous-Lieutenant (Perancis), Leutnant (Jerman), Tenente (Itali), Shaowei (China), Leytenant (Soviet)

Leftenan, merupakan pangkat pegawai tauliah yang lebih senior daripada Leftenan Muda yang bertanggungjawab memimpin satu platun seramai 25 orang lain-lain pangkat.

Nama lain ialah Lieutenant (British), 1st Lieutenant (Amerika), Rikugun-chūi (Jepun), Lieutenant (Perancis), Oberleutnant (Jerman), Primo Tenente (Itali), Zhongwei (China) Stárshiy leytenánt (Soviet).

Kapten, merupakan pangkat pegawai tauliah yang bertanggungjawab memimpin satu platun atau menggalas jawatan sebagai Penolong Ketua Kompeni atau 2nd-in-Command (2iC).

Nama lain ialah, Captain (British/Amerika), Rikugun-tai-I (Jepun), Capitane (Perancis), Hauptmann (Jerman), Capitano (Itali), Shangwei (China), Kapitan (Soviet).

Mejar, merupakan pangkat pegawai tauliah atau komander rendah yang bertanggungjawab sebagai Ketua Kompeni atau Officer-in-Charge (OC) dan juga boleh menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Memerintah.

Nama lain ialah, Major (British/Amerika), Rikugun-shōsa (Jepun), Commandant (Perancis), Major (Jerman), Maggiore (Itali), Shaoxiao (China), Majór (Soviet).

Leftenan Kolonel, merupakan pangkat pegawai tauliah kanan yang bertanggungjawab sebagai Pegawai Memerintah atau Commanding Officer (CO) sesebuah Batalion.

Nama lain ialah, Lieutenant Colonel (British/Amerika), Rikugun-chūsa (Jepun), Lieutenant-Colonel (Perancis), Oberstleutnant (Jerman), Tenente Colonnello   (Itali), Zhongxiao (China), Podpolkóvnik (Soviet).

Kolonel, merupakan pangkat pegawai tauliah kanan yang bertanggungjawab memimpin sebuah rejimen atau pemangku komander/panglima bersaiz Briged. Kolonel juga biasa menjawat jawatan sebagai ketua staf (Chief of Staff) di formasi bersaiz Briged.

Nama lain ialah, Colonel (British/Amerika), Rikugun-taisa (Jepun), Colonel (Perancis), Oberst (Jerman), Colonnello (Itali), Shangxiao (China), Polkovnik (Soviet).

Panglima dan Komander Kanan

Brigadier Jeneral adalah panglima yang memimpin sebuah ketumbukan tentera bersaiz Briged dengan jumlah kekuatan lebih kurang 1,000-3,000 orang. Merupakan panglima bertaraf satu bintang.

Nama lain ialah, Brigadier (British), Brigadier General (Amerika), Rikugun-shōshō (Jepun), Général de brigade (Perancis), Generalmajor (Jerman), Generale di brigata (Itali), Shaojiang (China), Generál-mayór (Soviet).

Mejar Jeneral adalah panglima yang memimpin sebuah ketumbukan tentera bersaiz Divisyen dengan jumlah kekuatan lebih kurang 4,000-8,000 orang. Merupakan panglima bertaraf dua bintang.

Nama lain ialah, Major General (British/Amerika), Rikugun-chūjō (Jepun), Général de division (Perancis), Generalleutnant (Jerman), Generale di divisione (Itali), Zhongjiang (China), Generál-leytenánt (Soviet).

Leftenan Jeneral adalah panglima yang memimpin sebuah ketumbukan tentera bersaiz Kor atau Corps dengan jumlah kekuatan lebih kurang 10,000-50,000 orang. Merupakan panglima bertaraf tiga bintang.

Nama lain ialah, Lieutenant General (British/Amerika), Rikugun-taishō (Jepun), Général de corps d’armée (Perancis), General der Infanterie/Panzertruppe/Artellerie (Jerman), Generale di corpo d’armata (Itali), Erji shangjiang (China), Generál-polkóvnik (Soviet)

Jeneral, adalah panglima yang memimpin sebuah ketumbukan tentera bersaiz Tentera Medan dengan jumlah kekuatan lebih kurang 50,000-150,000 orang. Merupakan panglima bertaraf empat bintang.

Nama lain ialah, General (British/Amerika), (Tiada pangkat Jeneral 4 bintang Jepun), Général d’armée (Perancis), Generaloberst (Jerman), Generale d’armata (Itali), Teji shangjiang (China), General armii (Soviet)

Fil Marsyal, adalah panglima yang memimpin sebuah ketumbukan kumpulan tentera atau Army Group atau Front (digunapakai Soviet) atau sebuah teater operasi sesebuah kawasan besar. Sebagai contohnya gabungan 2 atau 3 atau lebih tentera medan boleh membentuk satu organisasi kumpulan tentera baru dibawah pimpinan seorang Fil Marsyal. Merupakan panglima bertaraf 5 bintang.

Nama lain ialah, Field Marshal (British), General of the Army (Amerika), Gensui (Jepun), Maréchal de France (Perancis), Generalfeldmarschall (Jerman), Maresciallo d’Italia (Itali), (Tiada pangkat 5 bintang panglima untuk China), Marshal Sovétskogo Soyuza (Marshal of the Soviet Union).

Tentera Laut dan Tentera Udara

Kebanyakan pangkat dan organisasi tentera laut dan tentera udara banyak diambil oleh tentera darat. Namun begitu namanya mungkin cukup berbeza. Berikut merupakan ringkasan bagi pangkat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan perbezaanya dengan British era Perang Dunia Kedua;

  1. Lain-Lain Pangkat

Laskar Kelas II (Prebet) (Junior Able rate)

Laskar Kelas I (Lans Koperal) (Able rate)

Laskar Kanan (Koperal) (Leading rate)

Bintara Muda (Sarjan) (Petty Officer)

Bintara Kanan (Staf Sarjan) (Chief Petty Officer)

Pegawai Waran II (Warrant Officer II)

Pegawai Waran I (Warrant Officer I)

  1. Pegawai dan Komander Kanan

Leftenan Muda (Leftenan Muda)

Leftenan Madya (Leftenan) (Sub Lieutenant)

Leftenan (Kapten) (Lieutenant)

Leftenan Komander (Mejar) (Lieutenant Commander)

Komander (Leftenan Kolonel) (Commander)

Kepten Kapal (Kolonel) (Captain of the Sea)

Laksamana Pertama (Brigadier Jeneral) (Commodore)

Laksamana Muda (Mejar Jeneral) (Rear Admiral)

Laksamana Madya (Leftenan Jeneral) (Vice Admiral)

Laksamana (Jeneral) (Admiral)

Laksamana Armada (Fil Marsyal) (Admiral of the Fleet)

Berikut merupakan ringkasan bagi pangkat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan perbezaanya dengan British era Perang Dunia Kedua;

  1. Lain-Lain Pangkat

Laskar Udara (Prebet) (Aircraftman)

  Laskar Udara Kanan (Lans Koperal) (Leading aircraftman)

  Koperal Udara (Koperal) (Corporal)

  Sarjan Udara (Sarjan) (Sergeant)

  Flait Sarjan (Staf Sarjan) (Flight sergeant)

Pegawai Waran Udara II (Pegawai Waran II) (Warrant Officer II)

  Pegawai Waran Udara I (Pegawai Waran I) (Warrant Officer I)

  1. Pegawai dan Komander Kanan

Leftenan Muda TUDM (Leftenan Muda) (Pilot Officer)

 Leftenan TUDM (Leftenan) (Flying Officer)

 Kapten TUDM (Kapten) (Flight Lieutenant)

 Mejar TUDM (Mejar) (Squadron Leader)

Leftenan Kolonel TUDM (Leftenan Kolonel) (Group Captain)

 Kolonel TUDM (Kolonel) (Group Captain)

 Brigadier Jeneral TUDM (Brigadier Jeneral) (Air Commodore)

 Mejar Jeneral TUDM (Mejar Jeneral) (Air Vice Marshal)

 Leftenan Jeneral TUDM (Leftenan Jeneral) (Air Marshal)

 Jeneral TUDM (Jeneral) (Air Chief Marshal)

 Marsyal Tentera Udara (Fil Marsyal) (Marshal of the Royal Air Force)

 Kegunaan Pangkat Tertinggi oleh Pemerintah Ketika Perang Dunia Kedua

Ketika Perang Dunia Kedua, pemerintah tertinggi bagi sesebuah negara ialah Raja dan Presiden namun begitu kebanyakkan hanyalah ‘sekadar wayang’ atau simbol sahaja.

Sebagai contohnya, Raja British iaitu Raja George VI dianugerahkan pangkat Field Marshal, Marshal of the Royal Air Force dan Admiral of the Fleet of the Royal Navy iaitu pangkat panglima 5 bintang. Namun pangkat tersebut hanyalah simbol kerana Angkatan Tentera British bersumpah taat setia kepada raja yang merupakan pemerintah tertinggi. Sama juga macam Malaysia.

Yang Dipertuan Agong Malaysia memegang pangkat Fil Marsyal, Marsyal Tentera Udara dan Laksamana Armada sebagai simbol bahawa baginda merupakan pemerintah tertinggi dan seluruh Angkatan Tentera Malaysia akan bersumpah taat setia dibawahnya.

Tetapi lain pula dengan Amerika Syarikat. Benar, Presiden Amerika merupakan Komander Turus (Commander-in-Chief) Angkatan Tentera Amerika tetapi beliau tidak dikurniakan pangkat disebabkan oleh Perlembagaan Amerika itu sendiri.

Admiral of the Fleet, Sir Dudley Pound

Sama juga dengan negara Komunis, Soviet Union, Pengerusi Presidum Agung Soviet (Ketua Negara) iaitu Mikhail Kalinin tidak memegang apa-apa jawatan dalam ketenteraan Soviet. Namun begitu, Majlis Angkatan Tentera telah memilih Perdana Menteri (Premier) dan Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet iaitu Joseph Stalin sebagai Commander-in-Chief Angkatan Tentera Soviet dan dikurniakan pangkat Marshal of the Soviet Union. Namun ikrar taat setia tentera Soviet bukanlah terhadap Stalin tetapi terhadap pemerintah dan komander yang terpilih (hmm secara teknikalnya, Stalin).

Perkara ini selalu terjadi dalam sejarah peperangan. Biasanya yang mengemudi pertempuran atas padang bukanlah pemerintah negara, raja atau presiden tetapi panglima-panglima 4 bintang dan kebawah. Pemerintah tertinggi tersebut hanya perlu ambil tahu sahaja dan jarang-jarang masuk campur urusan ketenteraan seperti Raja British dan Raja Itali.

Bagi pemerintahan kuku besi seperti Itali dan Jerman, pemerintahan ketenteraan mereka juga ‘unik’.

Pemerintah Jerman pada masa itu tidak memegang apa-apa pangkat ketenteraan namun sebagai pemimpin agung, beliau mengarahkan seluruh Angkatan Tentera Jerman bersumpah setia diatas namanya. Pemimpin Jermanjuga banyak masuk campur dalam urusan ketenteraan dan peperangan yang menjadi salah satu sebab Jerman kalah di dalam Perang Dunia Kedua.

Angkatan Tentera “Diraja” Itali pula bersumpah taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Victor Emmanuelle III sebagai Komander Turus Angkatan Tentera. Namun, baginda hanyala figura dan simbol sahaja. Kebanyakkan tugas ketenteraan jatuh diatas bahu Benito Mussolini sebagai Duce of Fascism dan Perdana Menteri Itali serta konco-konco partinya. Uniknya Itali ketika Perang Dunia Kedua ini apabila Raja Itali dan Perdana Menteri sama-sama berkongsi pangkat yang sama iaitu panglima ENAM BINTANG, First Marshal of the Empire, lebih tinggi daripada Marshal of Italy.

Hirohito mengenakan Dai-Gensui.

 Bagi Angkatan Tentera Imperial Jepun juga unik. Maharaja Jepun iaitu Hirohito dianugerahkan pangkat yang istimewa iaitu panglima enam bintang, Dai-Gensui atau Marsyal Agung. Namun Angkatan Tentera Imperial Jepun akan mengambil kata putus yang terakhir oleh baginda Maharaja Jepun sebelum melakukan sesuatu serangan besar seperti Serangan Jepun Keatas Pearl Harbor. Pangkat Fil Marsyal Imperial Jepun (Gensui) begitu jarang-jarang sekali untuk diterima dan biasanya dianugerahkan oleh super-senior komander dan kerabat diraja seperti Gensui Shunroku Hata, Gensui Count Hisaichi Terauchi.

Penggunaan Panglima 5 Bintang

Namun begitu, terdapat juga komander lima bintang yang bukan datang dari keluarga diraja atau pemerintah negara. Hanya pemerintah negara atau majlis angkatan tentera sahaja yang boleh menganugerahkan pangkat Fil Marsyal kepada mereka-mereka yang berkelayakan.

Sebagai contohnya, Erwin Rommel dianugerahkan pangkat Generalfeldmarschall diatas kejayaan beliau dalam memenangi beberapa siri pertempuran menentang British di Afrika Utara. Ketika Perang Dunia Kedua, pemimpin Jerman menganugerahkan 27 orang komander kepada pangkat lima bintang tersebut (dua daripadanya ialah Laksamana Armada atau Grossadmiral iaitu Erich Raeder dan Karl Doenitz).

British juga mempunyai beberapa orang Field Marshal, Marshal of the Royal Air Force dan Admiral of the Fleet of the Royal Navy selain daripada Raja George VI seperti Bernard Montgomery (Tentera Darat), Charles Portal (Tentera Udara) dan Andrew Cunningham (Tentera Laut). Sebelum ini, panglima 5 bintang hanya dianugerahkan jika mereka menjawat jawatan sebagai Panglima Pertahanan British (Chief of the Defense Staff) atau ketua bagi setiap servis masing-masing.

Di bawah pemerintahan Fasis Itali pimpinan Mussolini, beliau menubuhkan satu pangkat 5 bintang pertama selepas mengambil alih tampuk pemerintahan demi tujuan politik. Pemilik pertama ialah Luigi Cardona dan Armando Diaz, hero Perang Dunia Pertama yang diberikan pangkat Maresciallo d’Italia pada 1924. Ketika kemudian Mussolini menggunakan pangkat ini untuk “membeli kesetiaan” para panglima dan ahli politiknya seperti Emilio de Bono dan Rodolfo Graziani. Komander Turus Tentera Udara Diraja Itali, Italo Balbo dianugerahkan pangkat 5 bintang istimewa iaitu Maresciallo dell’Aria atau Marsyal Tentera Udara.

Tentera Perancis pula tidak pernah atau tidak sempat memiliki seorang Fil Marsyal ketika Perang Dunia Kedua. Mungkin disebabkan kekalahan pantas Perancis keatas Jerman. Namun begitu, terdapat Marshal of France yang masih hidup dan aktif tetapi bukan dibahagian ketenteraan sebaliknya di bidang politik. Philippe Petain merupakan Marshal of France yang masih hidup selepas dianugerahkan pangkat tersebut pada Perang Dunia Pertama. Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan di penghujung Serangan Jerman keatas Perancis 1940. Selepas Perancis tewas, beliau menjadi boneka Jerman dan menubuhkan serta menjadi Ketua Negara boneka Vichy France.

Angkatan Tentera Amerika Syarikat tidak menggunakan nama “Field Marshal” sebagai panglima lima bintang sebaliknya menggunakan General of the Army. Hal ini kerana Ketua Staf Angkatan Tentera ketika itu iaitu George Marshall dicalonkan untuk menjadi panglima 5 bintang yang pertama. Namun agak pelik jika pangkat Fil Maryal dianugerahkan kepada beliau kerana ia akan berbunyi “Field Marshal Marshall”. Oleh itu Kongres Amerika bersetuju untuk memberi nama General of the Army, General of the Airforce dan Fleet Admiral bagi membezakan panglima 4 bintang yang lain.

Pangkat-Pangkat Unik Dalam Angkatan Tentera

Di Malaysia, tiada siapa yang pernah memegang pangkat Fil Marsyal, Marsyal Udara atau Laksamana Armada melainkan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Namun, hanya Yang Dipertuan Agong sahaja yang boleh menjadi Komander Turus Tertinggi dalam pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia. Oleh itu, tidak mustahil suatu hari nanti ada Panglima Malaysia yang akan memegang pangkat lima bintang tersebut. Mungkin ketika perang besar? Atau ketika ketumbukan tentera Malaysia melepasi angka 150,000 orang?

Ketika Perang Dunia Kedua terdapat pangkat-pangkat unik yang dianugerahkan kepada panglima atau ahli politik yang tertentu.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Antara yang paling terkenal ialah Hermann Goering, Komander Turus Tentera Udara Jerman (Luftwaffe). Selepas pencapaian beliau dalam perang keatas Poland dan Perancis, pemimpin Jerman menganugerahkan pangkat 6 bintang iaitu Reichsmarschall. Goering merupakan “Orang Nombor 2 ” dan akan mewarisi tampuk pemerintahan jikalau pemimpin Jerman mati dalam Perang Dunia Kedua.

Selain itu, Itali juga mempunyai pangkat yang unik. Selepas kejatuhan Ethiopia dalam perang dengan Itali pada 1936, Benito Mussolini mencadangkan kepada parlimen (yang 90% orang Parti Fasis) untuk mewujudkan satu pangkat panglima 6 bintang setaraf dengan kejayaan Itali menjadi sebuah Empayar (Impero Italiano). Oleh hal yang demikian, parlimen bersetuju untuk menganugerahkan pangkat First Marshal of the Empire (Primo Maresciallo dell’Impero) kepada Raja Itali Victor Emanuelle III dan Duce of Italy Benito Mussolini.

China dibawah pimpinan Chiang Kai Shek dipilih secara tidak langsung sebagai panglima 6 bintang dengan pangkat Tèjí shàng jiàng atau Generalissimo pada tahun 1935. Chiang merupakan Komander Turus Tentera China ketika Ekspedisi Utara menentang pemberontak dan pembesar (Warlords) diberi penghormatan tersebut selepas berjaya membentuk sepasukan tentera Republik China yang moden seterusnya meletakkan dirinya sebagai Pemerintah Tertinggi China serta Angkatan Tenteranya.

Majlis Agung Soviet telah meminta Setiausaha Agung Joseph Stalin untuk menerima pangkat yang dipersetujui oleh ahli-ahli majlis iaitu panglima 6 bintang, Generalissimus of the Soviet Union selepas kemenangan Soviet keatas Jerman pada 1945. Namun, Stalin enggan menerimanya kerana lebih selesa dengan pangkat Marshal of the Soviet Union yang diberikan pada 1943. “Tidak ada pangkat yang lebih tinggi daripada Marshal” kata Stalin.

Field Marshal Bernard Montgomery dan Marshal Joseph Stalin

Sebelum Amerika bersetuju untuk menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, Pemerintahan Tertinggi Tentera Amerika telah merangka pelan Operasi Downfall iaitu serangan besar-besaran terhadap tanah besar Jepun dengan kekuatan 5 juta tentera. Kongres Amerika kemudian menyarankan Douglas MacArthur dinaikkan pangkat daripada General of the Army kepada panglima 6 bintang iaitu General of the Armies. Mujur, serangan ini tidak dilakukan. Hanya 2 orang sahaja yang pernah memegang pangkat panglima 6 bintang ini iaitu Hero Amerika ketika Perang Dunia Pertama, John Pershing dan Presiden Pertama Amerika, George Washington.


Banyak buku-buku menarik menanti anda dalam halaman Shopee kami: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

  1. Encyclopaedia Britannica: Or, A Dictionary of Arts, Sciences, and Miscellaneous Literature, Enlarged and Improved. Archibald Constable. 1823. pp. 484. generalissimo.
  2. Mollo, Andrew (2001). The Armed Forces of World War II: Uniforms, Insignia & Organisation. Leicester: Silverdale books. ISBN 1-85605-603-1.
  3. Rosignoli, Guido (1983). Badges and insignia of World War II: Air Force, Naval, Marine. Blandford Colour Series. New York: Blandford Press Ltd. ISBN 0-671-06008-2.
  4. “Kategori Pangkat”. army.mod.gov.my/ (in Malagasy). Malaysian Army. Retrieved 10 July 2021.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang lepasan UPNM berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi yang kini berkhidmat di dalam Rejimen Renjer Diraja. Penulisan yang lebih cenderung kearah sejarah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Leave A Reply