Perasan tidak, lagu-lagu dahulu sungguh membuai jiwa walaupun maksud bait-bait liriknya kurang jelas. Disebalik alunan muzik yang mengasyikkan Qalbu, bait-bait liriknya juga menenggelamkan Aqal. Lagu dendangan M. Nasir, Saleem, Mawi dan penyanyi lain yang benar-benar berjiwa seni, akan membuat fikiran kita terpana disebalik kerancakkan bernyanyi. Selalunya, bait lirik lagu Melayu dahulu diambil dari Kitab-Kitab puisi lama. Manakala alunan muziknya pula juga adalah dari gubahan penyair silam.

Untuk lagu “Sahabat Dalam Tubuh” ini, Ibn Jawi cuba menafsirkan makna-makna tersirat yang hendak disampaikan oleh penyanyi iaitu Mawi dan Filsuf dalam lagu yang penuh balaghah ini. Namun, penggubah lagu ini lebih tahu akan makna sebenar yang hendak disampaikan. Lagu ini menggabungkan elemen muzik Arab Klasik, Melayu Asli dan rentak pop. Terdapat juga sebahagian bait lirik lagu ini diambil dari Pantun-Pantun lama. Mari selami lagu ini…

– Budak-budak pergi mengaji, Pergi mengaji di waktu hujan.
(MUJAHADAH DALAM MENUNTUT ILMU)

– Sudahkah engkau mengenal diri, Kau kata dah kenal Tuhan.
(KENAL TUHAN MAKA FANA’ DIRI, KENAL DIRI MAKA KENAL TUHAN)

– Sahabat siapa yang bergelar sahabat.
(AR-RUH)

– Yang didepan kita hanyalah sebagai syarat
(JASAD BADAN ADALAH TUMPANGAN JIWA RUHANI DI ALAM JISIM/FIZIK)

– Sahabat siapa yang sebenar sahabat
(AR-RUH)

– Sukar nak dicari payah juga nak mendapat
(AR-RUH ITU URUSAN TUHAN, HANYA SEDIKIT ILMU TENTANGNYA PADA KITA, AL-ISRA’:85)

– Satu jiwa dalam tubuh yang berbeza
(*TAUHID TINGGI)

– Ya cinta Ya nyawa Ya rindu Ya kalbu
(MENYERU MAHABBAH DALAM HATI)

– Siapakah kita di dalam kita
(AR-RUH DALAM JASAD)

– Kamu adalah Aku tapi Aku bukanlah kamu. Kamu menjadi Aku yang sebenar-benarnya Aku.
(*TAUHID TINGGI)

– Kita sentiasa bersama tapi tidak pernah bersua, Kamu selalu disisi aku yang selalu mencari
(TUHAN “LEBIH DEKAT” –PENGETAHUANNYA- DARIPADA URAT LEHER KITA, QAF:16)

– Cubalah kita pejamkan mata, Adakah kita sudah sedia
(MUHASABAH DIRI MENGENALI HAKIKAT AR-RUH DAN JASAD)

– Tinggalkanlah sejenak dunia
(HUBBUD DUNYA MENGHALANG MAKRIFAH)

– Orang arab balik arab berjubah labuh
(PAKAIAN ZAHIR TIDAK MELAMBANGKAN KEZUHUDAN BATIN)

– “Teman jauh” jangan harap jadi sahabat dalam tubuh
(MELINDUNG DIRI DARI BISIKAN SYAITAN, AL-ZUKHRUF:36)

– Tiada yang dapat merasa apa yang kita rasa
(JAZBAH HANYA UNTUK MAJZUB)

– Apabila kita sedih, apabila kita duka, Apabila kita pilu, apabila kita hiba
(PENYAKIT RUHANI)

– Tapi pernahkah kita bertanya kepada dia, Setiap hari pabila kita sedang mencerminkan diri ini
Apa khabar kamu, Apa khabar hati, Apa khabar jiwa dan seluruh tubuh ini
(RENUNGI KEADAAN ISI HATI)

– Jikalau masih ada yang belum faham dan mengerti, “Mawi” marilah kita bicara dari dalam hati ke hati.
(ILMU TASAWWUF MEMBICARAKAN AL-KASYAF)

– Dapatkah aku terima dengan hati yang terbuka, Andai sudah sampai waktu tuk berada di depan ku
(FITNAH MUWASWAS AKAN TIBA PADA HADITS AL-NAFS)

– Mungkin di kiri kanan ku mungkin, di depan belakang ku. Mungkinkah aku bersyukur ataupun menunduk malu
(IBLIS MENDATANGI BANI ADAM HINGGA SEDIKIT SAHAJA YANG BENAR-BENAR BERSYUKUR –TAAT-, AL-A’RAF:16-17)

Pengajaran lagu ini adalah agar kita sentiasa memeriksa tahap keimanan kita. Tuntutlah ilmu kerana melalui ilmu akan meningkatnya iman. Ilmu ini agar kita mengenali kelemahan Hamba, dan kekuasaan Allah. Bersihkan lah hati. Buanglah sifat-sifa tercela kerana ianya datang dari bisikan syaitan.

Sesungguhnya, lagu-lagu rentak Melayu Asli sememangnya indah untuk didengari.

P/S : Al-Faqir hijabkan segala Sirr pada bait-bait yang bertanda *, Maaf.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Leave A Reply