Jika diamati sejarah para pemerintah Mongol, sejarah mereka sentiasa dipenuhi dengan darah dan penaklukan. Tetapi disebabkan dua faktor inilah, mereka digeruni ramai pihak. Bagi Tamerlane, baginda bukan sekadar penakluk dan pengasas Dinasti Timurid. Pada masa sama, sumpahan baginda dikatakan turut menjadi pencetus pertempuran paling berdarah dalam Perang Dunia Kedua (WWII): Stalingrad!

Tamerlane atau nama sebenarnya Timur dilahirkan pada 9 April 1336 di Kesh (kini Shakhrisabz), Uzbekistan. Timur dalam Bahasa Chagatai (salah satu cabang Bahasa Turki yang telah pupus) bermaksud besi. Dan jika diamati, nama baginda mirip dengan nama asal moyangnya Genghis Khan, Temujin.

Tamerlane. Sumber: shakko/CC BY-SA 3.0

Semasa zaman remajanya, Tamerlane dikatakan menyertai pasukan tentera seorang khan yang berpangkalan di Sistan (kini wilayah yang merangkumi timur Iran dan selatan Afghanistan) sebagai tentera upahan. Jika tidak terlibat dalam operasi ketenteraan, baginda bersama kumpulannya akan merompak para pengembara bagi mendapatkan barangan termasuk kuda, lembu dan kuda.

Bagaimanapun, pada satu hari, nasib malang menimpa Tamerlane. Semasa merompak satu kumpulan pedagang, salah seorang daripada mereka berjaya memanah sebanyak dua kali terhadap baginda. Satu panah mengenai tangannya dengan satu lagi panah mengenai kaki kanannya. Akibatnya, Tamerlane terpaksa memotong dua jarinya dan terpaksa berjalan tempang untuk sepanjang hayatnya. Disebabkan peristiwa ini, orang Eropah menggelar baginda sebagai Timur the Lame (Timur Si Tempang) atau Tamerlane.

Tetapi sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan SOVIET DI HUJUNG JARI. Stalingrad merupakan babak penting Kesatuan Soviet dalam WWII kerana ia pencetus kebangkitan mereka dalam mengusir Jerman dari Motherland. Nak tahu lagi pasal Stalingrad, dapatkan buku ini sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Soviet-Di-Hujung-Jari-i.238336777.6768174598

Sepanjang hayatnya, Tamerlane dikenali kerana kebijaksanaan dan karismanya sebagai pemimpin. Dua ciri ini bukan saja membantu baginda menjadi pemimpin puak Barlas (puak Mongol yang telah mengalami banyak proses penturkian)nya. Malah, ia sebenarnya menjadikan Tamerlane lebih licik dalam mengatur pakatan dan menguasai pentadbiran lebih-lebih lagi jika situasi yang dihadapinya memberi kelebihan kepada baginda.

Misalnya, pada 1361, baginda mengisytiharkan taat setia kepada seorang khan dari Kashgar, Tughluq Temur. Tamerlane berbuat demikian berikutan Temur telah berjaya menakluk Transoxiana termasuk kota Samarkand ketika itu. Sebagai menghargai kesediaannya memberi taat setia kepadanya, baginda dilantik sebagai salah seorang menteri kerajaan Kashgar ketika itu.

Bagaimanapun, Tamerlane menghidu peluang untuk mengkhianati Temur dengan bergabung dengan kekanda iparnya Amir Husayn. Gabungan kekuatan kedua-dua figura ini membawa kepada kejatuhan Transoxiana. Namun begitu, hubungan kedua-duanya mula renggang sekaligus mendorong Tamerlane menghukum mati Husayn pada 1370. Dengan kemangkatan baginda, kekuasaan puak Chagatai kini dipegang sepenuhnya oleh Tamerlane sekaligus memberinya hak untuk memulihkan semula Empayar Mongol.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Empayar yang dibina baginda tidaklah sebesar empayar yang dibina oleh Genghis Khan. Tetapi ia masih lagi sebuah empayar yang luas meliputi wilayah dan negara seperti Uzbekistan, Turkmenistan, Kazakhstan, Tajikistan, Afghanistan, Iran, Iraq dan Kuwait. Lebih mengagumkan, Tamerlane berjaya mengatasi cabaran kerajaan-kerajaan yang wujud ketika itu seperti Turki Uthmaniyah, Mamluk dan Kesultanan Delhi. Malah, pada satu ketika, baginda sudah merancang untuk menjatuhkan Dinasti Ming yang bertapak di China.

Bagaimanapun, ia masih tidak menghilangkan sikap kejam baginda sebagai pemerintah. Bagi mana-mana kota yang menyerah kepada Tamerlane tanpa melawan, mereka akan diberi layanan baik. Tetapi kota Isfahan, Parsi membuat satu kesilapan besar dengan membunuh pengutip cukai dan pasukan tentera baginda yang ditempatkan di situ.

Sebagai tindak balas, kota tersebut digempur oleh Tamerlane pada 1387. Populasi Isfahan yang berjumlah 100,000 hingga 200,000 orang ketika itu dihukum bunuh dengan 28 buah menara tengkorak didirikan di situ. Setiap menara didirikan menggunakan 1,500 tengkorak. Kekejaman yang dilakukan Tamerlane bersebab sebagai cara mengingatkan mana-mana wilayah untuk terus taat setia kepada baginda. Jika mereka enggan berbuat demikian, maka bersedia sajalah terima akibat macam Isfahan.

Tetapi jika dibandingkan dengan semua kempen berdarah Tamerlane, ia tidak sehebat kempen yang berlaku beratus tahun selepas kemangkatan baginda pada 18 Februari 1405. Semuanya kerana sumpahan pada makamnya di Gur-e-Amir, Samarkand yang berbunyi, “Sesiapa yang membuka makamku, maka dia akan melepaskan seorang penakluk yang jauh lebih kejam daripada aku.” Sumpahan ini diukir pada makamnya dan diketahui oleh penduduk tempatan selama bertahun-tahun.

Makam Tamerlane di Gur-e-Amir, Samarkand, Afghanistan. Sumber: Willard84/CC BY-SA 4.0

Jadi, siapa tak mengamuk apabila saintis Kesatuan Soviet, Mikhail Mikhaylovich Gerasimov membuka dan mengeluarkan rangka Tamerlane dari Gur-e-Amir pada 19 Jun 1941. Orang tempatan sudah ingatkan jangan buka tapi Gerasimov tetap berdegil dan melakukannya. Pemeriksaan pada rangka baginda mendapati Tamerlane mempunyai ketinggian 172 cm dan memang tempang pada kaki kanannya.

Setelah diperiksa, ia dibawa ke Moscow untuk analisis selanjutnya. Tetapi keinginan saintis Rusia itu mengetahui rahsia Tamerlane dikatakan menjadi pencetus sumpahan Tamerlane. Tak lama selepas makam baginda dibuka, Jerman menyerang Soviet menerusi Operasi Barbarossa.

Pastinya, hal ini bermain dalam kepala pemerintah Soviet ketika itu, Joseph Stalin selepas diberitahu tentang sumpahan Tamerlane. Agaknya tak mahu undang lagi banyak bala, beliau mengarahkan rangka baginda dimakamkan semula di Samarkand pada 20 Februari 1942. Tak lama selepas itu, Pertempuran Stalingrad tercetus yang menyaksikan lebih sejuta orang tentera dan orang awam terbunuh. Tetapi Stalingrad turut menjadi permulaan pihak Soviet mengusir Jerman keluar dari tanah air mereka.

RUJUKAN

Brophy, M. (2022, 8 Ogos). Did The Curse of Tamerlane Cause One of the Bloodiest Battles in World War II?. Ancient-Origins.

Sofrep. (2022, 20 Mei). Did The Ancient Curse Of Tamerlane Almost Doom The Soviet Union In WWII?.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply