Konflik besar antara Rusia dan Ukraine telah mengembalikan sentimen Perang Dingin yang membelahkan dunia kepada dua blok. Kalau tengok macam mana Barat membalas selepas Crimea diambil Rusia, memang jelas berbeza. Sekatan ekonomi dan ‘keruntuhan diplomasi’ kali ini lebih serius berbanding tahun 2013 terdahulu. Walau bagaimanapun, Eropah masih lagi bergantung pada gas asli Rusia… bayangkan, hampir 10 tahun sudah berlalu – tetapi mereka masih perlu Rusia.

Dan Vladimir Putin tidak melepaskan peluang langsung. Pentadbiran Moscow sekarang menggunakan gas asli sebagai strategi perang. Pertama sekali, Putin ada ‘pet project’ iaitu Laluan Gas Asli Nord Stream 2. Bagi yang ingin tahu kenapa Nord Stream penting, kalian dipelawa beli buku PUTIN : TSAR MODEN RUSIA. Dalam buku ini, kisah kebangkitan Vladimir Putin diterangkan secara rapi… termasuk juga punca sebenar kejadian konflik Rusia-Ukraine ini. Link pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Putin-Tsar-Moden-Rusia-i.238336777.17912981320?

Nord Stream 2 sekarang menjadi tanda tanya besar. Syarikat pengurusannya sudah mengisytihar bankrap selepas Jerman memboikot Nord Stream 2 (Marsh & Chambers, 2022). Jadi semua gas asli daripada Rusia sekarang sedang guna saluran-saluran sedia ada. Namun Putin juga pernah menolak gear ‘reverse’, tarik balik saluran gas asli daripada Jerman kembali ke Rusia untuk ‘mengajar’ Eropah (Hernandez, 2022). Hasilnya, harga gas asli dalam Eropah melambung… dan kos elektrik pun melambung sekalilah.

Putin Guna Game Lama

Strategi ini tidak membawa hasil yang Vladimir Putin mahu. Eropah masih menyokong Ukraine. Dan Putin tiada sebarang ‘leverage’ untuk menghalau pengaruh Amerika Syarikat keluar. Pihak Pentagon sekarang ini pun sedang berusaha untuk menghantar misil-misil HIMARS ke Ukraine (Carbonaro, 2022). M142 HIMARS adalah teknologi pelancar roket yang dipasang pada lori.

HIMARS

Masalah mula timbul kerana Rusia semakin terasing daripada pasaran global. Dua benda telah berlaku sekarang. Pasaran Eropah mula bergantung dengan pengeluar terbesar gas asli dunia, iaitu Amerika Syarikat (BBC, 2022). Ikut statistik, Rusia menghasilkan gas asli sebanyak 669.5 bilion m3. Pengeluaran Amerika Syarikat bagi tahun sama pula adalah 831.8 bilion m3. Apabila pasaran beralihan, tentu sekali pengeluaran Rusia akan menurun. Dan memang pengeluaran semakin turun sekarang… kerana Rusia ‘tiada pelanggan’.

Tanpa pelanggan, Rusia boleh ditarik tolak untuk jual gas asli guna harga diskaun. Itu yang China sedang buat sekarang. Mereka minta diskaun bukan main banyak, potong harga sumber alam sampai kering jadinya (Tan, 2022). Lama Rusia bergantung pada pasaran Eropah sampai bila saluran-saluran gas melalui Ukraine, Belarus, Poland, Turki dan Laut-Laut Baltik dan Hitam. Namun Rusia masih belum ada saluran ke China, dijangka mula dibina bermula tahun 2024. Ikut rancangan, siap tahun 2030 – tetapi mesti melalui Mongolia (The Moscow Times, 2022). Memandangkan banyak syarikat gas dan minyak angkat kaki keluar Rusia, projek ini dijangka akan ambil masa lebih lama.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Jadi saluran ini takkan boleh diharap buat masa sekarang. Masih jauh lagi. Saban tahun, Eropah dijangka akan keluar terus daripada pasaran Rusia… kerana teknologi cecair gas asli (LNG) sekarang semakin lancar. Banyak gas asli Amerika Syarikat sampai di Eropah adalah dalam bentuk LNG. Isipadu gas cecair pula akan mengecut 600 kali ganda lagi kecil jika disejukkan betul-betul. Untuk memudahkan bayangan, kalian fikir begini saja :

Tiga hari saluran gas ke Rusia = sebuah kapal gas asli LNG Amerika.

Itu persaingan Rusia sekarang. Amerika Syarikat sekarang menguasai pasaran LNG di China (Francis, 2022). Dan mereka dijangka sangat mampu memenuhi keperluan Eropah. Dari sini semua boleh nampak – perang bukan mudah 1 + 2 + 3 saja.


Saban waktu, kita berdepan dengan cabaran baru dalam dunia politik. Macam-macam terjadi sejak kebelakangan ini. Maka kami cadangkan kalian beli juga buku POLITIK UNTUK PEMULA untuk faham perbezaan antara rekabentuk kerajaan dan juga sistem-sistem serta institusi digunakan. Dalam buku ini, kalian boleh kenal erti demokrasi berpresiden, berparlimen, sistem autokrasi dan sebagainya. Link pembelian: https://bit.ly/3vK4xw5

RUJUKAN :

BBC. (2022, Mac 25). EU signs US gas deal to curb reliance on Russia.

Carbonaro, G. (2022, Ogos 9). U.S. sending Ukraine HIMARS missiles ‘equivalent of an airstrike’. Newsweek.

Francis, D. (2022, Ogos 9). Putin’s war is economic suicide. The Hill.

Hernandez, A. (2022, Ogos 5). Gas wars : How Putin sent EU energy prices skyrocketing. Politico.

Marsh, S., & Chambers, M. (2022, Februari 23). Germany freezes Nord Stream 2 gas project as Ukraine crisis deepens. Reuters.

Tan, S. (2022, Jun 29). China continues to snap up Russian coal at steep discounts. CNBC.

The Moscow Times. (2022, Julai 18). Russia, China to break ground on gas pipeline via Mongolia in 2024 – PM.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply