Semasa Perang Musim Sejuk (1939 – 1940) antara Kesatuan Soviet dan Finland, Hayha berkhidmat sebagai seorang penembak tepat tentera Finland menentang tentera Tentera Merah dalam 6th Company of JR 34. Dalam Pertempuran Kollaa yang tercetus dalam suhu antara −40°C ke −20 ° C, berpakaian sepenuhnya dalam ‘selimut’ putih.

Pakar-pakar ketenteraan yang dibuang Stalin telah menyebabkan huru-hara, dan tentera Soviet tidak keluar bertempur dengan sut penyamaran putih dalam kebanyakan perang, membuat mereka dengan mudah dikesan oleh penembak tepat.

Sejarahwan Ketenteraan Finland, Robert Brantberg telah memberi kredit kepada Hayha kerana 542 orang tentera Soviet yang disahkan menjadi habuan Hayha, manakala dokumentari yang ditayangkan di Finland menyatakan 505 orang tentera Soviet yang menjadi mangsa Hayha. Sebuah papan carta harian mangsa sniper untuk Perang Kollaa telah dibuat untuk mengira jumlah mangsa penembak tepat Finland.

Semua mangsa bidikan Häyhä telah dicapai dalam masa kurang dari 100 hari. Secara purata sebanyak lima orang menjadi mangsa Hayha setiap hari. Perlu diingatkan, di Finland, waktu siang sangat pendek.

Häyhä menggunakan rifle M/28-30 dengan nombor siri 60974, sesuai dengan tubuh beliau yang bertinggian 1.6 meter bersamaan 5 kaki 3 inci. Kalau admin berdiri sebelah dia, dia duk bawak ketiak admin jea.. LoL.. Berbalik kepada tajuk, senapang itu adalah versi pendek “Pystykorva”, sejenis senapang dari variasi Mosin–Nagant berkatrij 7.62×54mmR yang digunakan oleh Finnish White Guard.

Dia lebih suka menggunakan pajera besi daripada menggunakan teleskopik untuk membidik sasaran yang lebih jauh. Ini kerana sniper mesti menaikkan kepalanya lebih tinggi bila menggunakan teleskopik yang mempunyai kaca berkilat, untuk meningkatkan ketepatan.Selain itu kaca teleskopik mudah menjadi kabur dalam cuaca sejuk.

Penggunaan pajera besi membantu penyembunyian Hayha (silau cahaya matahari yang terpantul dari kanta teleskopik boleh mendedahkan kedudukan sniper yang sedang bersembunyi). Selain taktik-taktik ini, beliau kerap membentuk benteng salji di hadapan beliau untuk menyembunyikan dirinya, selain manjadi pengalas untuk senapang Spitz beliau. Beliau juga dikenali kerana mengemam salji dalam mulutnya ketika menembak, untuk mengelakkan nafas berwap yang boleh mendedahkan posisinya dalam cuaca sejuk.

Tentera Soviet telah melaksanakan usaha-usaha untuk membunuh Hayha dengan cara menggunakan penembak tepat untuk memusnahkan penembak tepat dan mogok meriam (atau hujan peluru meriam) dan pada 6 Mac 1940, Hayha telah cedera rahang kiri akibat ditembak dengan peluru letupan oleh Tentera Soviet, menhancurkan pipi kiri beliau.

Rakan-rakan kompeni beliau telah menyelamatkan Hayha dan berkata “separuh mukanya telah hilang”, tetapi dia masih hidup, cuma tidak sedarkan diri. Beliau kembali sedar pada 13 Mac, di hari gencatan senjata diisytiharkan. Tidak lama selepas perang, Häyhä telah dinaikkan pangkat dari Alikersantti (setaraf Sarjan) ke pangkat Vänrikki (Leftenan 1) oleh Marsyal Carl Gustaf Emil Mannerheim.

Ia mengambil masa beberapa tahun untuk Häyhä pulih dari luka beliau. Peluru telah menhancurkan rahang dan menghilangkan pipi kirinya. Walau bagaimanapun, dia telah membuat pemulihan penuh dan menjadi seorang penternak anjing dan penembak rusa selepas Perang Dunia II, dan selalu turun memburu bersama Presiden Finland iaitu Urho Kekkonen.

Apabila ditanya bagaimana beliau menjadi penembak yang baik, Häyhä menjawab “Latihan.” Apabila ditanya sama ada beliau menyesal membunuh begitu ramai orang, dia berkata, “Saya hanya melakukan tugas saya, dan apa yang saya diberitahu untuk lakukan dan juga apa yang saya mampu buat.”

Simo Häyhä menghabiskan tahun terakhirnya di Ruokolahti, sebuah kawasan perbandaran kecil yang terletak di tenggara Finland, berhampiran sempadan Rusia. Simo Häyhä meninggal dunia dalam rumah jagaan veteran perang di Hamina pada tahun 2002 pada usia 96.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply