Tidak semua kura-kura boleh mencederakan pemangsa dengan begitu kuat. Tetapi tidak kepada Common Snapping Turtle dan Alligator Snapping Turtle. Saya akan berkongsikan betapa kuat paruh kedua-duanya sehingga mampu mencederakan.

Gambar oleh Joel Sartore, National Geographic

Bentuk fizikal

Alligator Snapping Turtle kadang-kala lebih dikenali sebagai dinosaur kerana cengkerangnya yang seakan-akan berduri dan mukanya seolah-olah seperti pemangsa. Mereka mempunyai tiga tabung yang tajam di cengkerang mereka dari bahagian kepala sehingga ke ekor. Tidak seperti snapping turtle yang lain kerana spesies ini mempunya kedudukan mata seperti kita.

Ia juga mampu menyembunyikan diri mereka, mempunyai kepala yang besar dan paruh yang sangat kuat, di mana ianya tebal dan berkulit sisik, seakan-akan rupa kepada pemangsa. Ia hanya dijumpai di sekitar air tawar seperti tasik atau sungai.

Saiz dan berat

Ia hanya dijumpai di Selatan Amerika, alligator snapper mampu hidup selama 50 hingga 100 tahun. Bagi yang jantan, purata cengkerang mereka membesar sehingga 26 inci dan seberat 80kg, walaupun mereka mampu mencecah berat sehingga 100kg. Bagi yang betina pula, mereka lebih kecil dan hanya seberat 23kg.

Kelakuan

Mereka mempunyi ciri-ciri seperti yang unik untuk mencari mangsa. Mereka mempunyai lidah yang kecil, merah jambu dan seakan-akan seekor ulat. Kelakuan mereka lebih gemar tinggal di dalam air kecuali yang betina akan naik ke darat untuk bertelur. Mereka mampu menyelam selama 40 hingga 50 minit sebelum naik ke permukaan.

Gambar hiasan

Fakta menarik

Sesetengah mitos di Amerika Selatan menyatakan bahawa alligator snapper ini mampu menyerang manusia, tetapi sebenarnya tidak. Disebabkan kekuatan rahang dan paruh mereka yang mampu menghancurkan tulang dan mereka tidak digalakkan untuk dipegang ketika berada kawasan mereka.

Gambar sekadar hiasan.

Sekuat manakah Snapping Turtle ini?

Snapping turtle yang biasa, mereka akan mencengkam dengan kekuatan 147lbs daya yang dikenakan walapun kebiasaannya mereka hanya mampu mencengkam sekuat 47lbs daya yang dikenakan. Seangkatan dengan snapping turtle biasanya hanya 35lbs.

Walau bagaimanapun, kekuatan bukan segala-galanya, kekuatan rahang atau paruh mereka mampu menghancurkan tulang dengan seakan-akan kekuatan seperti seekor buaya. Jika kita letak 1 jari kita pada mulut alligator snapping turtle, ia mampu memotong jari kita dengan sekali suapan.

Saya besertakan video untuk tontonan kalian.


Rujukan:
  1. http://www.arkive.org/alligator-snapping-turtle/macrochelys-temminckii/
  2. http://www.nationalgeographic.com/animals/reptiles/a/alligator-snapping-turtle/
  3. https://www.nwf.org/Wildlife/Wildlife-Library/Amphibians-Reptiles-and-Fish/Alligator-Snapping-Turtle.aspx
  4. http://animaldiversity.org/accounts/Macrochelys_temminckii/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama penuh : Muhd Ammerul Faizal, Nama pena : MAF, Negeri kelahiran : Johor, Sedang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mengambil jurusan IT dalam bidang Pembangunan perisian, Minat ke arah Zoologist (Haiwan purba dan Haiwan Istimewa).

Leave A Reply