Cuba bayangkan anda sedang duduk di bawah pepohonan yang rendah dan secara tiba-tiba seekor harimau hadir memberikan salam mesra. Pasti anda akan terkejut dan cuba untuk menyelamatkan diri.

Sekarang bayangkan pula harimau yang sama menghampiri anda tetapi dengan sedikit perbezaan iaitu miliki taring besar persis pontianak. Pasti anda hanya mampu berdoa kepada tuhan agar diselamatkan.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Tapi wujud ke harimau bertaring besar seperti pontianak?

Jawapannya wujud kerana harimau sedemikian rupa ataupun Smilodon dikesan pernah hidup di Benua Amerika pada 11,000 tahun yang lalu.

Buktinya fosil Smilodon telah berjaya ditemukan di seluruh Amerika Syarikat sehingga ke selatan Chile.

Fosil Smilodon

Smilodon dianggap sebagai mamalia bertopengkan t-rex kerana haiwan itu merupakan pemangsa yang sangat besar dan begitu menakutkan.

Mana-mana haiwan yang telah ditangkap oleh Smilodon pasti tidak akan mampu lagi melepaskan diri dan hanya berserah kepada takdir sahaja. Ditambah pula taring Smilodon yang besar dan tajam makin menyukar mangsa untuk lari.

Bagaimana pula taring boleh tubuh dan cara Smilodon menggunakannya?

Ketika anak Smilodon baru lahir, taring tersebut belum nampak dengan jelas lagi dan hanya akan membesar selepas 3 tahun.

Apabila taring sudah besar, anak Smilodon akan diajar untuk berburu dan membaham mangsa yang lebih besar dari mereka.

Caranya adalah anak Smilodon akan menerkam mangsa menggunakan kaki depan sebelum taring mengambil tugas merobek.

Senang cerita, ketika itu Smilodon berfungsi sebagai pemangsa teratas dalam rantaian makanan.

Selain itu, apa yang menarik mengenai Smilodon ini adalah mereka hidup secara berkumpulan. Hakikatnya tidak banyak spesies kucing suka hidup secara berkumpulan. Sebagai contoh harimau dan kucing domestik pun hanya mahu hidup berseorangan dan kesepian.

Macam mana Smilodon diketahui hidup secara berkumpulan?

Dalam lebih 5000 tulang Smilodon yang telah ditemui, terdapat begitu banyak kesan kecederaan seperti gigi rosak, kaki patah dan siku terkehel sebelum haiwan itu mati.

Kecederaan secara tidak langsung telah menghalang Smilodon untuk memburu dan mempertahan diri. Jika kecederaan berterusan tanpa cepat sembuh pasti Smilodon akan mati.

Namun kematian tidak berlaku kerana Smilodon yang cedera telah berjaya untuk bertahan hidup selama setahun.

Jadi Smilodon yang lain telah melindungi serta memberikan makanan kepada Smilodon tercedera bagi memastikan terus dapat bertahan.

Lama kelamaan, kecederaan yang melanda Smilodon semakin sembuh dan ini menjadi bukti terkuat bahawa haiwan tersebut hidup secara berkumpulan.

Biarpun Smilodon berfungsi sebagai pemangsa teratas dalam rantaian makanan, haiwan tersebut masih lagi tidak mampu mengelakkan diri daripada diancam kepupusan.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Smilodon dikatakan telah pupus kerana perubahan iklim bahkan manusia juga turut memainkan peranan. Ada yang menyatakan bahawa manusia telah tiba di Amerika sejak 15,000 tahun lalu.

Berkemungkinan besar pernah ada interaksi antara Smilodon dan manusia pada masa lalu. Manusia dikaitkan sebagai punca kerana memburu haiwan yang selama ini menjadi santapan Smilodon.

Jika mangsa sudah berkurangan, Smilodon menjadi begitu sukar untuk mendapatkan makanan dan hanya bergantung kepada sisa makanan dari manusia.

Tambahan pula, haiwan besar yang menjadi santapan Smilodon turut pupus. Hal ini membuatkan Smilodon perlu bergantung kepada mangsa yang lebih kecil tetapi tidak mengenyangkan.

Hari demi hari, Smilodon gagal berevolusi untuk beradaptasi dengan makanan yang sedikit.

Akhirnya Smilodon telah pupus sepenuhnya pada 10,000 tahun yang lalu angkara iklim, manusia dan gagal beradaptasi.


Kalau anda berminat dengan haiwan-haiwan spesis pra-sejarah seperti ini, kami nak cadangkan buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, mengisahkan survivor para penumpang pesawat yang terpaksa berhadapan dengan haiwan pra-sejarah seperti Smilodon untuk kekal hidup. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

RUJUKAN:

Pickrell, J. (2019, Mac 24). Saber-toothed cats were fierce and family-oriented. Science News. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply