Malaysia merupakan salah satu negara yang mengalami masalah kenaikan hutang isi rumah. Statistik pada masa kini menunjukkan peratusan hutang sudahpun meningkat ke paras yang agak membimbangkan [1]. Statistik menandakan bahawa 60 rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap setiap hari dengan kenaikan hutang isi rumah sebanyak 22.5% dari tahun 2008.

Keadaan dunia pun tidak berubah. Negara-negara seperti Denmark, Iceland, Ireland, Belanda dan Norway telah mencatatkan kenaikan yang jauh lebih teruk. Memandangkan perkara serius ini masih berterusan, beberapa pihak telah mencadangkan sebuah jalan penyelesaian – pendidikan percuma.

Pendidikan percuma merupakan prinsip asas kepada berbilang negara berpendapatan tinggi seperti Liga Arab dan Kesatuan Eropah. Penyokong-penyokong pro-pendidikan percuma di Malaysia telah bergerak dengan perbandingan dengan negara seperti: Cuba, Argentina dan Finland.

Namun, mereka tidak faham dengan istilah “pendidikan percuma” yang sebenarnya merujuk kepada sistem pendidikan yang dibiayai melalui percukaian, atau apa-apa jua bayaran yang bukan dalam bentuk yuran pengajian.

Jelasnya bahawa negara-negara Arab dan Venezuela di Amerika Latin;mampu memberikan perkhidmatan ini oleh kerana kandungan rizab minyak mereka. Mudah dikata, sebarang perbandingan dengan negara-negara ini sememangnya tidak relevan. Kalau dihayati, perbandingan-perbandingan dengan negara-negara bukan-Arab pula mempunyai sebuah kepincangan yang besar.

Kebanyakan perbandingan tersebut telah menyentuh kepada pengeluaran kasar negara (KDNK), sedangkan perkara sebegini sepatutnya dianalisiskan berdasarkan perbelanjaan negara iaitu bajet.

Kalau kita ambil Cuba sebagai contoh, kita juga perlu fahami intipati-intipati dan tulang belakang ekonomi yang menyumbang kepada kebolehan mereka untuk membekalkan pendidikan percuma. Sejak penubuhan republik satu-parti ini, ekonomi Cuba telah dibawa dengan arus Marxisme-Leninisme; tetapi ada juga usaha-usaha untuk membentukkan “free market” kapitalisme dalam zarah ekonomi mereka.

Memang benar bahawa kerajaan Cuba membekalkan pendidikan percuma kepada rakyat. Fidel Castro telah melancarkan sebuah komitmen untuk membekalkan pendidikan asas kepada setiap warga Cuba. Pendidikan juga membabitkan aktiviti berkebun, tips-tips kesihatan dan kebersihan, dan sudah tentunya, Marxisme-Leninisme. Budaya pendidikan yang disemai telah menggerakkan para-para pelajar untuk saling membantu antara satu sama lain.

Perkara-perkara ini juga diiringi dengan pembekalan makanan dan pakaian secara percuma, pengehadan jumlah pelajar, keberkesanan dalam hubungan guru-pelajar-ibu bapa dan juga program-program “after-school care”, termasuk “mobile teachers”.

Jelas sekali sistem berteknologi tinggi ini merupakan contoh kepada seluruh dunia. Tetapi republik ini merupakan proksi kepada Kesatuan Republik-Republik Sosialis Soviet (KRSS), dan salah satu punca kenapa ekonomi KRSS berlegar dalam kelembapan ketika zaman Leonid Brezhnev sehinggalah Mikhail Gorbachev adalah kerana keamatan Perang Dingin dimana kerajaan Soviet sentiasa menghulurkan dana kepada republik-republik proksinya.

Perkara ini jelas terbukti apabila bubarnya struktur Soviet di Rusia, seluruh dunia menyaksikan keruntuhan komunisme dalam bentuk “domino theory”. Di Malaysia, perkara ini turut dirasai oleh Parti Komunis Malaya yang akhirnya telah menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selepas pembubaran KRSS, Fidel Castro telah mengenakan cukai yang tinggi untuk membiayai sistem-sistem seperti pendidikan percuma. Pada hari ini, dibawah pentadbiran Raul Castro, kadar percukaian Cuba telah diikat kepada 10%-50% (individu), 30% (korporat) dan 2.5%-20% (SST) [2]

Kesimpulan yang mudah adalah, percukaian 10 negara ini jauh lebih tinggi berbanding percukaian Malaysia.

Model yang digunakan untuk membentuk keberkesanan dalam pendidikan Cuba boleh dispekulasikan sebagai model pendidikan yang dibentuk oleh KRSS sendiri. Pada hari ini, negara utama KRSS, iaitu Persekutuan Rusia, telah memotong Canada dan Israel untuk mendapat tempat pertama sebagai negara yang paling berpendidikan di seluruh dunia.

Daripada sini, kita boleh berfikir bahawa sistem pendidikan percuma merupakan sebuah pendekatan yang sangat baik. Tetapi, hasil pendidikan sebenarnya terletak kepada kualiti pendidikan yang diberikan dan disiplin pelajar yang menerimanya.

Ketika dibawah perlembagaan monarki tsaris, Rusia telah berjaya membentuk ramai teknokrat-teknokrat ternama yang telah menyumbang titikpeluh mereka kepada perkembangan dunia. Nama-nama sepertiNikolai Lobachevsky, Konstantin Tsiolkovsky, Dmitry Mendeleev, Alexander Popov, Sergei Korolev dan Lev Landau masih lagi berkumandang dalam sejarah. Oleh itu, struktur kejayaan Rusia bukannya terletak kepada pendidikan percuma, tetapi mentaliti rakyat yang mahukan terbaik dalam hidup mereka.

Tetapi Rusia tidak dijadikan topik perbualan di Malaysia. Perdebatan Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli telah meletakkan Finland sebagai contoh struktur pendidikan percuma yang sesuai kepada Malaysia. Berdasarkan perkembangan semasa, Finland telah menemui jalan kebuntuan dengan pengecutan 0.1% [3], mungkin kerana perbelanjaan defisit dengan hutang negara menghampiri US$140bilion.

Dari sudut percukaian pula, kerajaan Jyrki Katainen telah mengikatkan rakyat dengan perkadaran 6.5%-30% bagi pendapatan individu dan 20% bagi korporat. Cukai yang paling menyakitkan adalah cukai VAT, yang telah mencecah angka 24% – peratusan bagi cukai makanan, restoran, pengangkutan dan perumahan telah dikurangkan, tetapi angkanya masih lagi berlegar pada perkadaran yang tinggi. Cukai-cukai eksais turut dikenakan kepada alkohol, tembakau, insuran dan bahan bakar.

Sistem percukaian turut memainkan peranan penting dalam tulang belakang ekonomi Denmark, yang mempunyai kadar percukaian tertinggi dunia sehinggakan barangan berlemak pun turut diaplikasikan dengan cukai.

Adakah ini model ekonomi yang sesuai digunakan atas kapasiti rakyat Malaysia?

Satu lagi perkara yang sukar difahami: perbandingan Malaysia dengan Argentina. Memang boleh dipersetujui bahawa kedua-dua negara ini mempunyai titik pertemuan dalam status “emerging market”. Tetapi, 12 tahun selepas kegagalan untuk melangsaikan hutang US$106bilion, ekonomi Argentina masih lagi berada dalam pertumbuhan yang perlahan.

Dari sudut sosioekonomi, rakyat Argentina sentiasa sesak dengan harga-harga pengguna yang tinggi dan kuasa beli yang rendah. Kadar inflasi dan jurang pendapatan turut membantu dalam masalah ekonomi rumahtangga di Argentina, selain daripada kadar percukaian yang tinggi [4]. Seperti yang ditunjukkan dalam rajah, cukai bagi pendapatan individu ditetapkan pada 9%-35% dan korporat sebanyak 35%, bersertakan cukai tambahan yang dipiawaikan sebanyak 21%.

Pendidikan percuma di Argentina juga sedikit berbeza berbanding piawaian asal istilah “pendidikan percuma”. Walaupun wujud tawaran sistem ini, namun kita boleh mendapati bahawa universiti-unversiti di sana sedang mengenakan caj-caj tersembunyi, seperti kos pengangkutan, bahan-bahan dan berbagai-bagai lagi kos tersembunyi.

Sistem ini juga telah membantutkan arus kesamarataan dalam penyampaian pendidikan kepada rakyat. Pemberian biasiswa telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi. 1 daripada 9 pelajar yang menjejaki universiti di Argentina merupakan golongan miskin, manakala selebihnya merupakan hasil penguasaan yang kaya terhadap yang miskin.

Begitu juga dengan Sri Lanka yang meminggirkan 90% rakyat mereka yang tidak dibenarkan untuk menjejaki universiti untuk menekankan sepenuh fokus kepada mereka yang benar-benar layak.

Apabila disebutkan dengan cukai, rakyat Malaysia begitu marah dengan keputusan kerajaan untuk memulakan program cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Dan pihak yang mencadangkan pendidikan percuma ini telah mengeluarkan kenyataan mereka akan berkempen menentang program ini [5].

Ini merupakan perkara yang sangat serius.

Adakah mereka mencadangkan pembentukan pendidikan percuma menggunakan keuntungan kerajaan? Jelas sekali cadangan sebegini akan menaikkan lagi hutang negara melalui defisit-defisit yang berterusan. Seperti yang dikatakan tadi, kejayaan akademik sebenarnya tidak terletak kepada pendidikan percuma, tetapi mentaliti dan disiplin pelajar yang dahagakan kejayaan.

Struktur kewangan negara akan runtuh apabila pelajar mula lihat pendidikan percuma ini sebagai “loophole” untuk mengelak bayaran hutang. Jika pendidikan percuma dilaksanakan melalui percukaian, perkara ini akan menaikkan kadar-kadar percukaian dalam ekonomi Malaysia.

Sistem pendidikan percuma berdasarkan perbelanjaan kerajaan pula boleh dikaitkan sebagai pelaburan yang sangat berisiko. Apakah waras akal seorang perdana menteri untuk meletakkan amanah berbilion ringgit di atas bahu budak-budak berusia 20+ tahun yang tidak boleh dipercayai dengan senjata “potato gun” pun?

Sistem pendidikan percuma kini berteraskan dua pilihan. Yang pertama, pendidikan percuma yang berdasarkan percukaian kepada semua rakyat. Yang kedua, sistem pendidikan Malaysia yang sediakala: anda akan dimasukkan ke mana-mana IPT, sama ada IPTA yang diberikan potongan subsidi sehingga 90 peratus, atau IPTS yang memerlukan anda melakukan pinjaman daripada tabung PTPTN:

Andai anda berjaya dengan keputusan cemerlang, sebagai contoh dekan, maka wang PTPTN itu akan bertukar menjadi biasiswa dan anda akan dapat menikmatinya secara percuma.

Pilihan di tangan anda…

SUMBER:

[1] http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/11/06/Comfortable-household-debt-level-It-wont-affect-banks-creditworthiness-measures-sufficient-to-preven.aspx

[2] http://www.vatlive.com/vat-rates/international-vat-and-gst-rates/

[3] http://yle.fi/uutiset/finnish_economy_in_third_quarter_doldrums/6970780

[4] http://www2.deloitte.com/content/dam/Deloitte/global/Documents/Tax/dttl-tax-argentinaguide-2013.pdf

[5] http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysia-s-opposition-to/927828.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply