Kajian populasi genetik di India memberikan penjelasan ringkas terhadap sistem kasta yang diamalkan di India, iaitu sebuah sistem sosial berdasarkan hierarki kumpulan tertentu yang berleluasa dalam masyarakat Asia Selatan selama 2,000 tahun.

Keseluruhan gambaran sistem kasta adalah berdasarkan prinsip agama Hindu bagi menentukan peranan kumpulan manusia yang berbeza untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

1922 – Kanak-Kanak Hindu Kasta Atasan

Sistem sosial ini hanya membenarkan perkahwinan antara sesama tahap hierarki,  kasta seseorang telah ditetapkan sejak lahir berdasarkan keturunan selain dikaitkan dengan pekerjaan tradisional secara turun temurun. Sebagai contoh, jika seseorang dilahirkan dalam keluarga bangsawan maka dia berada dalam kasta kedua tertinggi dalam hierarki iaitu Kshatriyas dan dia layak merasai kelebihan yang tidak ada pada kasta bawahan.

Live Science melaporkan bahawa penyelidik menjalankan kajian analisis DNA terhadap 371 orang daripada 73 kumpulan tertentu dan melaporkan penemuan mereka dalam American Journal of Human Genetics.

Piramid Hierarki Sosial

Para penyelidik mendapati bahawa populasi yang berbeza dari pelbagai latarbelakang dan keturunan manusia telah hidup bersama dan bercampur(melalui perkahwinan) antara satu sama lain di India kira-kira 4,200 tahun yang lalu, namun pertembungan dan interaksi antara masyarakat disana kelamaan menunjukkan kesan merundum dan berhenti berinteraksi/bercampur dengan kumpulan masyarakat tertentu kira-kira 1,900 tahun yang lalu.

Keputusan ini disokong oleh petunjuk atau sumber yang terdapat dalam teks purba Hindu yang mula mencipta perbezaan kelas antara masyarakat sejak 3,000-3,500 tahun dahulu. Walaubagaimana pun sistem kelas sosial berdasarkan prinsip Hinduism menjadi semakin kuat sejak dua alaf yang lalu.

Secara asasnya, sistem ini dibahagi mengikut kelas sosial dan hierarki masing-masing berdasarkan pekerjaan dan tanggungjawab, iaitu terdiri daripada tiga kumpulan utama seperti:-

  1. Kasta Brahmin : Pendeta, Sami, Guru dan Para Intelektual
  2. Kasta Kshatriyas : Pemerintah, Pahlawan dan Bangsawan
  3. Kasta Vaishya : Pedagang/Saudagar dan pekerjaan rakyat biasa
  4. Kasta Shudra : Hamba

Sistem ini telah dikenal pasti dalam koleksi pujian Sanskrit berusia 3,500 tahun yang dikenali sebagai Rigveda. Sumber ini tidak menyebut pengasingan atau sekatan ke atas kawasan pekerjaan pada masa itu.

Vaishya misalnya masih dianggap kasta rendah walaupun kumpulan masyarakat ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi. tapi paling menyedihkan adalah kelas Shudra, kadangkala mereka tidak diletakkan dalam kelas sosial atau sengaja dikeluarkan dari sistem hierarki. kelas ini dianggap paling rendah dan hina diantara semua sistem varna.

Walau bagaimanapun pada 100 SM teks suci Manusmruti ada menyebut terhadap larangan perkahwinan berlainan kasta. Sekatan ini sebenarnya telah mencerminkan keputusan analisis genetik.

Priya Moorjani ahli genetik dari Universiti Harvard menjelaskan hubungan merentasi kasta suatu masa dahulu. transformasi sosial masyarakat yang diperkenalkan dahulu menunjukkan kesan bahawa kebanyakan kumpulan masyarakat dahulu mengamalkan endogami, di mana mereka berkahwin sesama kumpulan kasta mereka sendiri sejak 2000 tahun yang lalu.

Sistem kasta dikaitkan dengan kepercayaan Hindu melalui empat kedudukan varna iaitu dengan mengatur dan memberi kedudukan kepada manusia berdasarkan kesucian rohani.

Pada kedudukan tertinggi ialah Pendeta/Sami, Guru dan para Intelektual daripada Brahmin. Pahlawan, Pemerintah dan Bangsawan daripada Kshatriya. berikutnya adalah Vaishya iaitu para pedagang dan pekerjaan penting lain. Seterusnya kasta yang paling rendah adalah milik Shurdas (buruh, tukang, dan hamba yang melakukan kerja “najis” seperti yang dah diterangkan diatas.

Kasta Shudra pernah dikenali sebagai kasta yang tidak boleh disentuh atau untouchable. Golongan inilah ​​yang paling merasai keperitan hidup akibat didiskriminasi oleh sistem varna. Salah satu bentuk diskriminasi yang dihadapi golongan Shudra ialah mereka tidak dapat minum air dari telaga yang digunakan oleh kasta yang lebih tinggi, mereka tidak layak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan apatah lagi menyebarkannya, bahkan bayang-bayang mereka pun tak patut dilihat oleh kaum Brahmin.

Menjelang awal abad ke-20, India sedang berada dalam perjalanan menuju kemerdekaan daripada British dan sistem kasta ini menjadi sangat kontroversi.

Sistem ini banyak kali dikritik sebagai sistem yang tidak adil dan diskriminasi. India pada zaman moden melalui perlembagaan India telah melarang penggunaan “tidak boleh disentuh” ​​untuk menggambarkan golongan kasta Shudra atau diskriminasi berdasarkan kasta.

Mahatma Gandhi antara tokoh kemerdekaan India yang menentang keras sistem ini dan berpandangan bahawa sistem demokrasi berdasarkan perwakilan politik, kewarganegaraan dan hak asasi manusia akan membawa kepada pemansuhan sistem kasta.

Dengan perubahan zaman manusia mula tersedar akan hak mereka sebagai manusia dan individu yang bebas. sistem kasta telah kehilangan banyak kepentingan ekonominya.

Walaupun sudah banyak larangan dan pengharaman dibuat untuk mengelakkan penindasan berdasarkan kepercayaan dan amalan keagamaan.

Sehingga sekarang budaya ini masih mekar diamalkan di sesetengah tempat kerana, secara tradisinya budaya ini telah memecahbelahkan kehidupan di India hari ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply