Siapakah Snouck Hurgronje Dalam Buku Teks Sejarah?

0
5249
views

Sepertimana dalam buku teks Sejarah tingkatan 4, bab 7, sub-topik Teori Kedatangan Islam ke Nusantara, muka surat 178, (lihat gambar yang dikepilkan) Snouck Hurgronje memberi teori bahawa kedatangan Islam ke Nusantara adalah dari India pada abad ke-13. Fakta ini ditentang keras oleh pelbagai pengkaji sejarah yang lain kerana terdapat bukti bahawa Islam telah sampai ke Nusantara sejak abad ke-9. Malah, Profesor Syed Naquib al-Attas berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara adalah dari bumi Arab sendiri.

Isu yang menjadi titik fokus oleh Ibn Jawi pada kali ini adalah berkaitan siapa itu Snouck Hurgronje yang sebenar.

Christiaan Snouck Hurgronje lahir pada 1857 di Belanda yang merupakan seorang Paderi Kristian Protestan. Dia belajar di Universiti Leiden dalam bidang ilmu Teologi & Kesusasteraan Arab sekitar tahun 1875. Dia melakukan kajian mendalam tentang umat Islam sehingga menyiapkan tesis berkaitan suasana semasa Islam di Mekah sekitar tahun 1880.

Setelah itu, kerajaan Belanda menghantarnya ke Mekah sebagai orientalis pada tahun 1884 bagi mendalami Tamadun Islam untuk tujuan politik Belanda yang bakal kita bincangkan kemudian. Dia berpura-pura memeluk Islam di Mekah bagi membolehkan dirinya mendekati para ulama. Dia bertukar nama kepada Syeikh Abdul Ghaffar. Ketika ini, Khilafah Uthmaniyyah dan para ulama di Mekah sedang sibuk melawan gerakan pemberontakan yang berpusat di Najd.

Tujuan dia dihantar ke Mekah adalah untuk mengambil kesempatan bagi mempelajari ilmu Islam dan mencari titik kelemahan umat Islam ketika kesibukan Khilafah dan Ulama mempertahankan Daulah Islamiyyah dari gerakan pemberontak Najd. Maklumat-maklumat ini adalah penting untuk diaplikasikan oleh Belanda bagi tujuan politik yang ketika ini mereka masih lagi tidak dapat menguasai kerajaan Acheh. Acheh yang dikenali sebagai Serambi Mekah ini memiliki ramai ulama yang mengajar dan belajar di Mekah. Bahkan, Acheh juga merupakan wakil Khilafah Uthmaniyyah di Nusantara sejak kejatuhan kerajaan Melaka. Hubungan erat inilah yang menjadi rahsia kekuatan Acheh.

Waqaf Saham

Setelah mendapat maklumat ini, Snouck Hurgronje meletakkan jawatannya di Universiti Leiden lalu menuju ke Acheh bagi menjalankan misi penting. Pada 1892, dia siap merangka strategi berdasarkan maklumat yang diperoleh di Mekah agar Acheh dapat dipecah-belahkan.

Di Acheh, dia menyamar sebagai seorang ulama dan dianggap sebagai seorang Ulama besar yang amat alim sehingga berjaya mengahwini anak seorang ulama tempatan. Ini kerana kepetahannya berceramah dan memutar-belitkan isu. Dia meraih populariti masyarakat dengan memainkan isu khilafiyyah furu’ agama dengan merojak-rojakkan pandangan mazhab Islam.

Dia juga memadam sejarah kedatangan Islam yang sebenar lalu digantikan dengan teori dangkalnya itu bagi memisahkan hubungan masyarakat dari ulama silam dan khilafah uthmaniyyah. Masyarakat Acheh yang selama ini teguh berpegang kepada sanad pengajian silam menjadi pecah belah kerana kekeliruan yang dibawa “ulama pembaharuan” ini.

Kemuncaknya, pada tahun 1903, Acheh berjaya dijajah oleh Belanda. Setelah selesai misinya ini, dia pulang ke Belanda lalu berkahwin lagi dengan seorang anak Paderi. Kemudian dia dilantik menjadi “Mahaguru” di Universiti Leiden kerana jasanya yang besar ini. Kini, Universiti Leiden menyimpan banyak manuskrip dari tamadun Islam nusantara yang dikawal ketat oleh kerajaan Belanda.

Kefasadan (kerosakan) nilai Islam dalam masyarakat Acheh berterusan sehingga berlakunya peristiwa Tsunami yang menyebabkan mereka kembali insaf. Kini, masyarakat Acheh mula mendekatkan diri kepada para ulama (Kiyai) yang berdakwah dibawah naungan Nahdlatul Ulama dan Pesantren ulama setempat. Ibn Jawi sendiri pernah ke Acheh iaitu tempat kelahiran ulama Sufi terkenal Acheh yang bernama Syeikh Abdul Rauf Singkel ini bagi mencari maklumat dari ulama tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.