Siapakah Mulan Dalam Sejarah China?

0
2311
views

Peminat kartun Disney tentu pernah mengenali watak Mulan, sekaligus menimbulkan tanda tanya kepada mereka, apakah benar watak ini wujud dalam sejarah?

Untuk rekod setakat ini, tidak ada sumber sejarah yang sahih yang memberikan kepastian bahawa watak Mulan memang wujud dalam sejarah, dimana kisahnya dikenali dalam sebuah puisi purba Cina yang bertajuk Balada Seorang Mulan (Ballad of Mulan). Mulan dipercayai tinggal di Dinasti Utara Wei di mana dinasti ini berdiri antara 386-534 Masihi, pada zaman Dinasti Utara dan Selatan China.

Versi yang asal kisah Mulan yang menjadi legenda inilah kononnya ketika itu, China menjadi mangsa serangan puak gasar dari utara China, memaksa Maharaja mengerahkan setiap keluarga di China menyerahkan seorang anggota lelaki dalam keluarga mereka untuk beprperang mempertahankan China. Ayahnya Mulan pula sakit manakala adik lelakinya masih lagi kanak-kanak.

Mulan yang ketika itu digambarkan sebagai seseorang yang sangat hebat bermain senjata dan mempunyai ilmu bela diri yang tinggi menawarkan dirinya untuk berperang, menggantikan tempat ayah dan adiknya. Kononnya selepas 12 tahun berperang untuk negara, akhirnya China berjaya dipertahankan dan setiap tentera yang berkhidmat diberi ganjaran. Namun Mulan tidak minta lebih, sekadar sebuah kuda untuknya kembali ke tanah halamannya.

Kepulangan Mulan disambut dengan gembira oleh keluarga Mulan. Mulan juga sempat berjumpa dengan sahabat seperjuangan yang berperang bersamanya, mendedahkan identitinya sebagai seorang perempuan. Betapa sahabatnya yang lain terkejut dengan pendedahan itu, dan mengatakan bahawa selama mereka tidak sedar jantina sebenar Mulan.

 

Patung yang menggambarkan Mulan bertemu ayahnya.

Versi lainnya pula mengatakan bahawa selepas 10 tahun bertempur, kehebatan Mulan membawa dirinya menjadi seorang jeneral perang untuk China. Dalam 10 tahun itu juga, Mulan dikatakan jatuh cinta pada seorang pegawal tentera bernama Jin Yong. Lebih manisnya, Jin Yong akhirnay mengetahui jantina sebenar Mulan lalu dua merpati ini saling jatuh cinta, bahkan merancang untuk berkahwin apabila perang tamat.

Dalam satu pertempuran yang agak sukar untuk pasukan Mulan, dia dikatakan telah mengambil keputusan untuk memakai pakaian wanita ketika berperang, sekaligus mengejutkan seluruh pasukannya. Namun, mereka dikatakan terinspirasi dengan keberanian seorang wanita seperti Mulan, lantas berperang mati-matian.

Selepas kejayaan itu, sang maharaja mahu memberikan ganjaran kepada Mulan. Namun, Mulan hanya meminta seekor kuda sahaja untuk ditungang sehingga kembali ke kampung halamannya. Terdapat juga kisah ketika kembali ke kampung halaman, Mulan mendapati bahawa ayahnya telah meninggal dunia, membuatkan Mulan mencabut nyawanya sendiri.

Arca Hua Mulan sendiri.

Namun, ketika 1675, terdapat seorang penulis Cina bernama Chu Renhuo yang mengarang Hikayat Sui-Tang membuat tokok tambah pada sejarah Mulan. Selain dari kisah maharaja yang mengerahkans etiap keluarga di China menghantar anggota lelaki yang mahu berperang, melawan musuh, dan Mulan menyamar menjadi lelaki dan berperang melawan musuh, ia turut mengandungi nilai tragik yang melanda hidup Mulan.

Mulan dikatakan telah bersumpah sebagai adik-beradik perempuan tidak sedarah dengan anak seorang raja kerajaan musuh apabila pasukannya dicantas. Tidak lama kemudian, kononnya ayah kepada Mulan ditangkap kerana menyebelahi musuh Dinasti Tang, sekaligus ditangkap oleh maharaja. Mulan dan adik beradik perempuan tidak sedarahnya itu bersama-sama menyerah kepada maharaja, dengan harapan untuk menggantikan tempat ayah Mulan.

Si maharaja menjadi kagum dengan keberanian Mulan, lantas melepaskan Mulan dengan syarat Mulan berkahwin dengan salah seorang jeneral perangnya. Bahkan perkahwinan Mulan ditaja lagi oleh maharaja. Ketika Mulan dalam perjalanan pulang, khabar buruk menyapanya konon si ayah sudah lama pergi dan ibunya berkahwin lagi. Dalam masa yang sama, Khan yang merupakan musuh Dinasti Tang telah menyerunya pulang untuk dijadikan gundik. Terkesan dengan apa yang berlaku, lantas Mulan membunuh dirinya.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here