Setelah Melaka ditakluk oleh Portugis, kerabat di raja Melaka telah membuka kerajaan baru di sebelah selatan untuk menyambung legasi Melaka. Kawasannya yang strategi dan sangat sukar diserang musuh membuatkan Johor dapat bangkit dengan cepat. Bahkan ledakan perdagangan di sepanjang Kepulauan Riau dan Lingga bikin Johor terus berjaya sampai mereka seperti tidak perlukan Melaka.

Bukan setakat tu je, kegemilangan Johor terus konsisten bermula abad ke-16 sehingga abad ke-15. Pengaruh Johor tidak terhenti di situ sahaja. Sebab Johor banyak memberi sumbangan kepada pembentukan bahasa dan budaya Melayu. Antaranya adalah dialek Johor diangkat sebagai bahasa pertuturan di Malaysia

Tapi disebalik kegemilangan Johor ni, pernah tak korang terfikir tentang keadaan Johor semasa era pra Melaka? Ye lah kita semua tahu pulau sekecil Singapura pun sudah berpenghuni. Mustahil tanah sebesar Johor dibiarkan kosong begitu sahaja.

Persoalannya siapa yang tinggal di Johor semasa era pra Melaka?

Sebelum tu mari kita lihat rekod-rekod bertulis tentang Johor era pra Melaka. Dalam Sejarah Melayu ada diterangkan tentang sebuah kerajaan Klang Kio ataupun Genggayu. Katanya kerajaan ini terletak di hulu Sungai Johor. Nama beberapa tempat di Johor ada juga disebutkan dalam Sejarah Melayu.

Antaranya adalah Sayong yang terletak di Hulu Sungai Johor sebagai tempat kelahiran Badang. Selepas sahaja Singapura dilanggar Majapahit, Parameswara dan pengikutnya telah pergi ke Muar untuk membuka penempatan baru. Ketika Siam hendak menyerang Melaka, pokok bakau di Batu Pahat telah digunakan oleh Tun Perak untuk menakut-nakutkan tentera Siam. 

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Buku undang-undang Siam iaitu Kot Mont’ien Ban pulak ada menyebut tentang sebuah negeri bernama Wurawuri yang terletak di bahagian paling selatan. Siam siap cakap lagi Wurawuri tu berada di bawah kekuasaan mereka pada tahun 1358. 

Tapi masalahnya dalam Negarakertagama, berapa wilayah seperti Hujung Medini, Langkasuka dan Saiburi berada di bawah kekuasaan Majapahit pada 1365. Kedua-dua Wurawuri dan Hujung Medini dikatakan merujuk kepada negeri Johor. Sekarang ni Johor di bawah siapa tetapi secara teknikalnya Johor dah wujud dan pasti ada orang yang tinggal di sana.

Sekarang ni kita tengok pada bukti arkeologi sebab lebih tepat. Bukti arkeologi paling awal menunjukkan sebuah loceng Dong Son daripada zaman logam telah ditemui di Kampung Pencu, Muar. Bermakna masyarakat prasejarah telah wujud di Johor. 

Kebanyakan daripada mereka dikatakan tinggal di persisiran pantai. Sebab Muar merupakan pintu masuk laluan penarikan untuk ke Laut China Selatan. Masyarakat ini kemudiannya menjadi Orang Laut dan banyak berinteraksi dengan negara luar.

Hal ini dibuktikan lagi dengan penemuan beberapa porselin Dinasti Song dan tembikar daripada Kemboja yang berasal sekitar abad ke-13 masihi. Senang cerita masyarakat Johor sudah berdagang sebelum era kegemilangan Kesultanan Johor-Riau. Artifak lain juga ada ditemukan bermula seawal abad ke-11 sehingga abad ke-19. 

Berdasarkan dua bukti bertulis dan arkeologi, boleh dikatakan memang sudah ada masyarakat yang hidup di Johor sebelum era Melaka. Cuma mungkin mereka belum bekerajaan ataupun kerajaan yang ada agak primitif. Apa yang menjadi persoalan adalah kerajaan apa yang sedang memerintah Johor pada zaman pra Melaka. Sehingga ke hari ini, tiada jawapan yang konkrit.


Nak tahu lebih banyak tentang kehebatan Johor, sila baca buku TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG JOHOR. Boleh beli di sini bit.ly/3UPqdSD

 

Rujukan

Asyaari Muhamad. (2020). Sejarah Pra Empayar Johor: Bukti melalui sumber bertulis dan arkeologi. Asian Journal of Enviroment, History and Heritage, 4(1), 45-61.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply