Bila mendengar nama William Shakespeare, teringat sajak Macbeth dalam buku sastera Bahasa Inggeris semasa di sekolah menengah. Shakespeare seperti sedia maklum, seorang sasterawan yang berbakat dan dikenali pada zamannya. Terlalu banyak karyanya diadaptasi sama ada ke layar perak seperti Macbeth (2015) dan Romeo + Juliet (1996) atau diolah dalam versi baru. Bagaimanapun, Shakespeare bukan seorang sejarawan walaupun menggunakan orang sebenar dan peristiwa dunia dalam drama dan sajak beliau. Tetapi disebabkan drama dan sajaknya yang popular, ramai beranggapan apa yang diadaptasi Shakespeare daripada peristiwa-peristiwa ini ialah versi sebenar kejadian tersebut. Dalam artikel berkenaan berita palsu, saya menyebut secara umum peranan Shakespeare dalam kempen berita palsu ke atas musuh-musuh Dinasti Tudor. Kali ini, saya akan bercerita lebih terperinci kempen berita palsu Shakespeare pada zamannya.

1. Merosakkan perwatakan individu.

Selepas Henry VII menewaskan Richard III dalam Perang Bosworth, para penulis biografi Tudor mengecam dan memperlekeh Richard III terutama Shakespeare. Beliau menggambarkan Richard III sebagai jahat, penipu dan penuh dengan kebencian berdasarkan skrip awal dramanya dan buku The History of King Richard The Third oleh Sir Thomas More. Selain membina perwatakan negatif baginda, Shakespeare turut menuduh Richard III seorang bongkok (palsu), pembunuh dua putera raja di Tower of London (tiada kepastian) dan pengecut di medan perang (palsu). Walaupun ramai mengakui drama Shakespeare begitu mengagumkan jika mahu diberi rating berkenaan fakta sejarah, Shakespeare hanya layak dapat telur saja.

Figure 1: Richard III menjadi mangsa fitnah penulis-penulis era Tudor termasuk Shakespeare.

2. Mudah terpengaruh dengan bahan yang ada.

Shakespeare seperti kita sedia maklum menjadi tempoh pemerintahan raja-raja Inggeris, lebih spesifik 6 pemerintah England di mana raja terakhir yang dipilih beliau dalam karyanya, Henry VIII mati 17 tahun sebelum Shakespeare lahir lagi. Kebanyakan plot drama Shakespeare diambil dari buku Chronicles of England, Scotlande and Irelande (1577) oleh Raphael Hollinshed. Hollinshed ialah seorang sejarawan yang menekankan nilai-nilai yang dibawa pemerintah-pemerintah Tudor dengan menyatakan dan adakalanya mencipta kelemahan atau kecacatan pemerintah sebelumnya.

3. Kualiti penceritaan drama lebih utama daripada fakta sejarah.

Seperti mana kita sedia maklum, Macbeth ialah kisah tragedi yang sangat menyayat hati dan mengukuhkan reputasi Shakespeare sebagai penulis dan sasterawan. Tetapi tahukah anda, kisah ini dicedok dari sebuah buku abad ke-13 dalam bahasa Latin oleh seorang penulis Denmark bernama Saxo. Saxo tidak menyatakan dalam buku tersebut yang mana satu fakta, yang mana satu mitos. Bagi penulis seperti Shakespeare, ia satu plot yang bagus walaupun tiada kepastian tentang kewujudan Putera Denmark dalam buku tersebut. Beliau mengembangkan plot sedia ada berkaitan dendam dan pengkhianatan serta menambah elemen ciptaan beliau sendiri. Dua watak yang dicipta Shakespeare dalam drama tersebut ialah Rosencrantz dan Guildenstern. Kedua-duanya dikatakan belajar di University of Wittenberg tetapi rekod sejarah menyatakan Wittenberg hanya wujud pada abad ke-16 Masihi.

3. Memanipulasi fakta.

i. Shakespeare mengatakan Bohemia sebagai sebuah negara padang pasir berhampiran dengan laut dalam drama The Winter’s Tale. Bagaimanapun Bohemia sebenar, sebuah bandar di Republik Czech langsung tidak berdekatan dengan laut.

ii. Dalam drama Henry V, baginda menerima hadiah bola tenis daripada French Dauphin, satu sindiran kepada umur dan keupayaan baginda di medan perang. Hakikatnya, peristiwa tersebut langsung tidak berlaku dan ia sebenarnya dicipta oleh Shakespeare.

iii. Dalam drama Julius Caesar, satu frasa berbunyi, ‘Bunyi jam berbunyi.’ Drama ini berlaku pada 44 Tahun Sebelum Masihi, lebih seribu tahun sebelum sebarang peralatan jam dicipta.

4. Memanipulasi perbuatan sihir.

Plot Macbeth dikembangkan bagi memuaskan penaung syarikat teater Shakespeare, James I. James menulis sebuah buku bertajuk Daemonologie dan dialog-dialog ahli sihir dalam drama tersebut dicedok bulat-bulat dari buku tersebut. James I suka memikirkan dirinya sebahagian daripada keturunan bangsawan Scotland dipanggil Banquo. Namun, rekod sejarah menyatakan Banquo hanyalah ciptaan kerabat diraja Stuarts bagi mengesahkan keturunan mereka mempunyai darah raja, di mana beliau sebahagian daripadanya. Kerabat diraja Stuart sebenarnya berasal dari keturunan seorang Norman bernama Walter FitzAllan, pembantu biasa kepada Raja Scotland, David I. Shakespeare menjadikan Banquo sebagai watak sebenar dalam sejarah, dibunuh oleh Macbeth kerana ahli sihir ini meramalkan keturunan Banquo (termasuk James) akan datang untuk menduduki takhta Scotland.

Figure 2: Macbeth bimbang keturunan Banquo merampas takhta Scotland dan harus dibunuh.

Sumber:

The Truth About History, The Reader’s Digest Association Limited, 2003.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply