Sejarah Tamadun Manusia Mengenali Kewujudan-kewujudan Planet Di Alam Semesta

0
801
views

i. Yunani Kuno

Etimologi perkataan “planet” yang meniti di bibir kita adalah datang daripada perkataan Yunani Kuno iaitu planes aster yang membawa maksud “wandering star” yang dilaporkan merujuk kepada setiap objek di langit malam yang bergerak dan tidak pada bintang yang static sahaja. Sebenarnya, sekurang-kurangnya terdapat lima buah planet yang mampu dilihat menggunakan mata kasar pada waktu malam sekiranya anda berada dikawasan yang bebas dari pencemaran cahaya seperti di kota-kota dan kampung. Bahkan bukan sahaja planet-planet ini, tetapi juga galaksi bima sakti boleh disaksikan dengan mata kita.

Entah bagaimanalah pengganut kultus bumi leper boleh tidak mengetahuinya. Apakah mereka mengganut sebuah teori dengan sekadar cukup menonton melalui video youtube sahaja tetapi tidak pernah walau sekali mencerap langit di atas sana melalui teleskop? Kewujudan 5 planet inilah yang membawa impak yang mendalam kepada mitologi dan kosmologi agama.

Tamadun Yunani Kuno terkenal dengan penemnuan seperti para Pythagorean (pengikut ajaran Pythagoras) yang pada abad keenam dan kelima sebelum Masihi, telah mencipta teori planetary tersendiri di mana teorinya menggariskan bahawa bumi, matahari, bulan dan beberapa buah planet mengelilingi sebuah pusat alam semesta yang dipanggil sebagai “Central Fire”. Bahkan, bintang Kejora yang terkenal dalam tamadun Melayu turut mempunyai namanya sendiri. Cuma di Yunani, pada awalnya, bintang ini atau seperti mana yang kita ketahui, merujuk kepada Planet Zuhrah, terjadi sebuah kekeliruan dengan perwatakkan Planet Zuhrah pada waktu tertentu apabila dikenali sebagai Morning Star (Phosporos) dan juga Evening Star (Aphrodite) sehinggalah Pythagorean mendapati bahawa identitik yang berbeza itu sebenarnya merujuk kepada sebuah planet iaitu Zuhrah.

Bahkan berbeza dengan pegangan puak kultus bumi leper, sebenarnya Tamadun Yunani telah membangunkan formula matematik mereka tertentu untuk menganggarkan kedudukan planet-planet di alam semesta. Dalam senbuah buku yang berkaitan dengan ilmu astronomi Yunani iaitu Almagest. Di dalamnya, Ptolemy telah menggariskan, walaupun teorinya ketika itu berbaur geocentrist sebab tamadun manusia masih percaya bahawa bumi ialah pusat sistem solar kita, telah menggariskan planet-planet yang mengitari bumi berdasarkan kedudukan mengikut abjad nombor di bawah:

1. Bulan (ketika ini, orang Yunani tidak mengetahui bahawa bulan adalah sttelit semula jadi bumi)
2. Utarid
3. Zuhrah
4. Matahari
5. Marikh
6. Musytari
7. Zuhal

ii. Babylon

Sebenarnya, Tamadun Yunani bukanlah tamadun terawal yang mengenali akan kewujudan planet dalam sistem suria kita. Tamadun pertama yang dipercayai mempunyai teori mereka tentang planet ialah bangsa Babylon ketika sekitar kurun pertama dan kedua SM. Ini dapat dibuktikan berdasarkan penemuan prasasti bernama Enuma Anu Enill yang merupakan teks astronomi tertua yang masih survive sehingga ke hari ini, dipercayai datang kira-kira 700 SM yang merupakan salinan kepada manuskrip yang kemungkinan jauh lebih tua daripada tarikh 700 SM itu, kira-kira dalam kurun kedua SM.

Prasasti ini membincangkan tentang penggerakkan planet, matahari dan bumi dan perkaitannya dengan tragedy-tragedi buruk yang berlaku. Ianya adalah juga bentuk astrologi awal dalam tamadun manusia. Bahkan lebih menakjubkan, planet-planet seperti Marikh, Zuhal dan juga Musytari turut dikenali oleh para ahli falak Babylon Purba, beribu tahun sebelum dikenali oleh ahli falak moden melalui penciptaan teleskop moden!

iii. Tamadun India

Pada sekitar 499 SM, kita mengenali seorang ahli falak dari India bernama Aryabhata yang telah mencadangkan bahawa bumi sebenarnua berputar pada paksinya tersendiri setiap hari, yang kemudian menimbulkan ilusi seperti langit yang mengitari bumi. Aryabhata adalah orang yang pengganut geocentric kerana ketika itu, heliocentric masih belum memasuki tamadun India. Beliau percaya bahawa planet-planet seperti Bulan (pandangan bahawa bulan merupakan statelit semula jadi bumi masih belum wujud), Utarid, Zuhrah, Matahari, Marikh, Musytari, Zuhal dan setiap pattern bintang-bintang diangkasa mengelilingi bumi.

Previous articleRepublik Rakyat China Menggapai Angkasa Lepas
Next articleKerajaan Islam Dalam Sejarah China Yang Dilupakan
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.