Sejarah Sistem Takwim Hijrah Di Malaysia

0
1177
views
• Fasa-fasa bulan .
Kredit : moonconnection.com

Umum mengetahui bahawa kalendar Hijrah mempunyai kaitan yang rapat dengan anak bulan. Ini kerana penentuan bagi awal bulan berdasarkan kenampakan anak

bulan ( Hilal ) .

Walaupun pada asas nya awal bulan ditentukan berdasarkan kenampakan anak bulan ,

Secara praktikal nya ,

Kalendar Hijrah terbahagi kepada beberapa jenis bergantung kepada keadaan masa dan tujuan pemakaian .

..

Ketika ini ,

Dalam menentukan masuknya awal bulan baru ,

Malaysia menggunakan kaedah RUKYAH dan HISAB berdasarkan

kriteria imkanur rukyah

( kebolehnampakan hilal ) :-

 

  1. Ketika matahari terbenam , ketinggian bulan tidak

kurang daripada 2 darjah dan jarak lengkuk keduanya tidak kurang daripada 3 darjah.

Atau :

  1. Ketika bulan terbenam umurnya tidak kurang daripada 8 jam selepas waktu ijtimak berlaku.

..

 

Sebelum menggunakan kalendar hijrah berdasarkan kriteria imkanur rukyah ,

Terdapat beberapa jenis kalendar hijrah yang pernah digunapakai di Malaysia antaranya ialah ;

 

1) Kalendar Istilahi

( sebelum 1969 ~ 1986 ) :

 

Sebelum tahun 1969, penyusunan Kalendar Istilahi telah digunapakai di Malaysia. Secara umumnya, kalendar ini berdasarkan kepada hisab ‘urfi yang mempunyai bilangan hari sebanyak 29 hari dan 30 hari secara berselang seli setiap bulan.

Contoh :

Muharram – 30 hari

Safar – 29 hari

Rabiulawal – 30 hari

 

Namun begitu, Kalendar Istilahi tidak digunakan bagi penentuan awal Ramadan dan Syawal, sebaliknya tarikh tarikh tersebut ditentukan berdasarkan kepada kaedah hisab dan rukyah .

Kalendar istilahi

2) Kalendar Ijtimak Hakiki

( 1986 ~ 1991 ) :

 

pada tahun 1986 hingga tahun 1991, Malaysia telah menggunakan Kalendar Ijtimak Hakiki.

Kalendar ini berdasarkan kepada ;

 

sekiranya ijtimak berlaku sebelum matahari terbenam, maka sejak terbenam matahari dikira awal bulan Hijrah yang baru.

Namun sekiranya ijtimak berlaku selepas matahari terbenam, maka bermula pada terbenam matahari dikira 30 haribulan bagi bulan Hijrah yang berlangsung.

contoh :

 

Pada 29 muharram iaitu sebelum matahari terbenam telah berlakunya ijtimak ,

maka ,

Masuk nya waktu maghrib selepas matahari terbenam pada petang 29 muharram itu menandakan masuk nya 1 safar .

Jika ijtimak berlaku selepas matahari terbenam pada 29 muharram ,

Maka ,

Masuk nya waktu maghrib selepas matahari terbenam , bulan muharram akan digenapkan menjadi 30 hari .

 

Selain Kalendar istilahi , kalendar ini juga digunakan bagi menentukan semua awal bulan Hijrah kecuali 1 Ramadan dan 1 Syawal .

..

 

Waqaf Saham

 

3) Kalendar Ijtimak Wujudul Hilal

( 1992 ~ 1994 ) :

 

 

antara tahun 1992 hingga 1994 Kalendar Ijtimak Wujudul Hilal telah digunapakai di Malaysia .

Kalendar ini berdasarkan kepada masa berlaku ijtimak pada akhir bulan Hijrah beserta anak bulan wujud di atas ufuk selepas matahari terbenam .

 

kalendar ini digunakan untuk penentuan awal bulan selain 1 Ramadan, 1 Syawal dan 1 Zulhijjah. Penentuan bulan bulan tersebut mengunakan kalendar Imkanur rukyah.

Kalendar ijtimak wujudul hilal mempunya beberapa kriteria bagi menentukan masuknya awal bulan baru . Antaranya ialah :

 

– telah berlaku ijtimak

– ijtimak berlaku sebelum matahari terbenam ,

DAN

– ketika terbenamnya matahari ,

atas Bulan berada di atas ufuk .

Ketiga tiga kriteria ini perlu dipenuhi sekaligus bagi menentukan awal bulan baru tanpa mengambil kira sudut ketinggian bulan .

Contoh :

Jika berlakunya ijtimak pada 29 muharram , bulan terbenam setelah terbenamnya matahari

pada petang itu ,

maka ,

Masuk nya waktu maghrib selepas matahari terbenam pada petang 29 muharram itu menandakan masuk nya 1 safar tanpa mengambil kira sudut ketinggian bulan ketika matahari terbenam asalkan melebihi 0 darjah .

4) Kalendar Imkanur Rukyah

( 1995 ~ sekarang ) :

 

 

bermula pada tahun 1995 ,

Kalendar Imkanur rukyah telah digunakan dalam penyusunan kalendar Hijrah di Malaysia .

Kriteria imakur rukyah MABIMS

Nota Tambahan :-

 

 

 

Hilal :

 

Juga dikenali sebagai anak bulan merupakan fasa bulan yang pertama kali boleh dilihat selepas ijtimak. Ia merupakan sebahagian kecil dari permukaan bulan yang menerima cahaya matahari dan kelihatan seperti satu lengkuk cahaya halus seperti sabit.

*Hilal ( anak bulan ) dari Russian Ridge Open Space Preserve , California 

..

 

Ijtimak/konjungsi :

 

Semasa bulan mengelilingi bumi di dalam orbitnya, ia akan sampai kepada satu kedudukan di mana matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garis (meridian) ,

Ijtimak merupakan detik pemisahan fasa bulan lama dengan fasa bulan baru .

Ketika ijtimak terjadi ,

Bulan tidak dapat dilihat dari bumi

kerana permukaan bulan yang

Menghala ke bumi tidak mendapatkan sinar matahari dan dikenali dengan istilah Bulan Baru .

Rukyah :

 

aktiviti mengamatan hilal

( anak bulan ) yang pertama setelah berlaku nya ijtimak dengan menggunakan mata kasar atau alat bantu optik

Hisab :

 

Hitungan atau kiraan .

* contoh data hisab bagi kenampakan hilal

Kredit : http://www.falak.unisza.edu.my/calc/

 

..

Sekian .

Wallahu A’lam

 

“Majulah Falak Untuk Ummah”

Sumber rujukan :

 

SEJARAH KRITERIA KENAMPAKAN ANAK BULAN DI MALAYSIA

(History of the Criteria for Lunar Crescent Visibility in Malaysia)

Oleh :-

  1. Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi
  2. Saadan Man
  3. Mohd Zambri zainuddin
  4. Raihana Abdul Wahab
  5. Nurul huda Ahmad Zaki

 

-Dr. Azhari Mohamed (2015) :-

Cadangan Penetapan Awal Hijrah Di Malaysia Berdasarkan Umur Hilal. Muzakarah Falak 2015. Langkawi .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.