Kad merah dan kuning adalah elemen penting dalam permainan bolasepak.

Mari kita menyelusuri zaman untuk melihat sejarah penggunaan kad kuning dan merah dalam sukan bola sepak.

Kad merah dan kuning diperkenalkan pada Piala Dunia 1970 di Mexico. Namun begitu, inspirasi penggunaannya muncul ketika Piala Dunia 1962.

Ianya adalah ketika perlawanan menemukan pasukan tuan rumah, Chile dan Itali. Perlawanan tersebut direkod sebagai antara pergaduhan terburuk dalam sejarah Piala Dunia.

Pada masa itu, penggunaan kad sebagai amaran masih belum digunapakai. Amaran hanya sekadar arahan lisan dari pengadil. Betapa mudah atau sukar tugas pengadil pada masa itu, anda sendiri fikirkan!

Masalahnya timbul apabila perlawanan yang diadili oleh Ken Aston, pengadil berbangsa Inggeris. Beliau tidak tahu berbahasa Latin atau Itali.

Dalam perlawanan tersebut, Aston gagal mengarahkan pemain Italy, Giorgio Ferrini yang melakukan terjahan keras untuk dibuang padang.

Tiada satu pun pemain di atas padang yang faham Bahasa Inggeris dan faham akan arahan Aston pada masa itu.

Perlawanan tersebut memaksa campur tangan pihak polis untuk menenangkan keadaan.

Sesudah perlawanan, Ken Aston terfikir untuk menggunakan kaedah komunikasi yang lebih universal.

Ketika dalam perjalanan balik ke rumah, Aston tertarik dengan konsep lampu isyarat di persimpangan jalan.

Maka tercetuslah idea penggunaan kad kuning dan merah.

Maka warna kuning dan merah itu diambil daripada warna lampu isyarat. Kuning bermakna amaran kepad pemain untuk bertenang. Manakala kad merah membawa makna pemain harus keluar dari padang permainan.

Idea warna kuning dan merah itu diusulkan kepada FIFA dan FIFA dalam kongres sebelum dilaksanakan pada Piala Dunia 1970.

Menariknya, walaupun FIFA telah menerima usul tersebut, penggunaan kad kuning dan merah hanya digunapakai dalam bola sepak Inggeris pada tahun 1976.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply