Abad ke-21 menyaksikan cabaran baru yang dihadapi oleh vaksin. Konterversi yang hampir serupa melanda UK 25 tahun selepas konterversi DTP. Cuma kali ini bezanya ianya melibatkan vaksin Measles, Mumps, dan Rubella (MMR) pula. Konterversi ini merupakan antara penyebab terhadap dakwaan yang bahawa vaksin MMR boleh menyebabkan Autism oleh golongan anti vaksin pada peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1998 seorang doktor British bernama Andrew Wakefield telah mencadangkan agar siasatan lanjut dijalankan mengenai kaitan antara vaksin MMR dan Autism. Beberapa tahun kemudian, Wakefield membuat dakwaan bahawa vaksin tersebut tidak diuji dengan betul sebelum digunakan. Kegilaan media telah tercetus disebabkan perkara ini. Hasil dari liputan menggila dari pihak media, ketakutan dan kekeliruan orang awam mula bertapak mengenai keselamatan vaksin MMR. Lancet, iaitu jurnal yang telah menerbitkan kertas kerja Wakefield akhirnya mengakui pada tahun 2004 yang mereka sepatutnya tidak menerbitkan kertas kerja tersebut.

General Medical Council, sebuah badan pemantauan bebas di UK mendapati wujud konflik kepentingan dalam isu Wakefield. Adalah didapati bahawa Wakefield sebenarnya telah dibayar oleh sebuah agensi undang-undang untuk mencari dan mengaitkan vaksin dengan Austism agar agensi tersebut mampu memenangi sebuah kes yang melibatkan segelintir ibubapa yang mempercayai penyakit anak mereka berpunca dari vaksin. Menjelang tahun 2010 Lancet akhirnya menarik kertas kerja Wakefield secara rasmi selepas British General Medical Council menolak kertas Wakefield. Nama Wakefield akhirnya dipotong dari senarai perubatan UK dan tidak lagi dibenarkan mempraktikan perubatan di situ.

Pada Januari 2011, BMJ telah menerbitkan beberapa siri laporan yang menunjukkan bukti yang bahawa Wakefield telah melakukan penipuan saintifik dengan melakukan penipuan data dan juga bukti yang bahawa Wakefield sebenarnya berniat untuk mendapat keuntungan wang dari kajian beliau dengan sokongan pihak anti-vaksin. Beberapa siri kajian telah dijalankan namun untuk memeriksa keselematan vaksin MMR dan setakat ini tidak ada diantara kajian tersebut yang mendapati bahawa wujud hubungan diantara vaksin dan Autism.

Vaksin juga kini dipertikai dari segi bahan kandungannya oleh kempen Green Our Vaccines (GOV). Namun terlebih dahulu harus saya nyatakan. Kempen GOV bukanlah kempen yang menolak vaksin pada asasnya. Mereka rata-ratanya memperjuangkan bahawa vaksin perlu diubah kandungan bahan yang kurang berasaskan kimia dengan alasan mencipta alternatif lebih selamat. Dan sedikit sebanyak kempen ini telahpun berjaya. GOV secara dasarnya menyokong vaksin. Namun saya perlu menceritakan juga mengenai GOV kerana kempen GOV sering disalahkan ertikan oleh golongan anti-vaksin dan dijadikan hujah tambahan oleh mereka sedangkan rata-rata golongan anti-vaksin sendiri tidak memahami matalamat GOV.

Antara aspek yang sering menjadi perdebatan oleh GOV ialah kandungan thimerosal didalam vaksin. Thimerosal merupakan satu bahan pengawet yang mengandungi mekuri dan digunakan sebagai bahan pengawet oleh sesetengah pengeluar vaksin. Thimerosal sering dijadikan sebagai alasan mengapa vaksin kononnya menyebabkan Austism. Biarpun tidak ada bukti saintifik yang jelas yang bahawa kandungan kecil thimerosal boleh menyebabkan autism, pada Julai 1999, pertubuhan-pertubuhan kesihatan US dan juga pengeluar-pengeluar vaksin terbesar telah bersetuju bahawa sudah tiba masanya thimerosal dibuang dan dikurang dari vaksin. Walaubagaimanapun hasil kajian Institute of Medicine’s Immunization Safety Review Committee mendapati tidak ada bukti yang cukup sebenarnya untuk menyabitkan thimerosal dengan Austism. Namun hasilnya, pada hari ini thimerosal sudah tidak digunakan lagi dalam kebanyakkan vaksin. Namun sesetengah vaksin masih lagi memerlukan thimerosal untuk bertahan lebih lama terutamanya untuk vaksin bagi mencegah influenza.

Konklusi

Rata-rata hujah yang dikeluarkan oleh golongan antivaksin pada hari ini bukanlah perkara baru. Sebaliknya ianya merupakan perkara yang sudah dikitar semula pada kadar yang cukup kerap selama hampir 200 tahun lagi jika dikira dari abad ke 19. Rata-rata hujah yang sedia ada boleh dikatakan sudah didengari dalam tempoh yang amat lama. Boleh dikatakan sejak Edward Jenner memperkenalkan vaksinasi moden kritikan terhadap vaksin tidak pernah berhenti 200 tahun lamanya biarpun selama 200 tahun ini juga vaksin sudah dibukti menyelamatkan banyak nyawa. Seringkali juga alasan agama dijadikan hujah pada zaman kini sedangkan sudah dibuktikan yang bahawa Empayar Uthmaniyyah sendiri mempraktikan bentuk awal vaksinasi.

Namun masih ada yang sewenangnya menuduh vaksin merupakan agenda yahudi sedangkan mereka tidak tahu sejarah Islam dan vaksinasi. Hujah demi hujah juga sudah dibawa oleh agamawan-agamawan negara yang menegaskan vaksinasi penting demi menjaga kemaslahatan umum. Adalah lebih mengecewakan apabila ada segelintir mereka yang menggelar diri mereka agawan yang mempermainkan nyawa yang terkorban dek penyakit berjangkit yang boleh dicegah dan dikurangkan kesannya oleh vaksin.

Isu anti-vaksin ini mungkin tidak akan selesai dalam masa terdekat ataupun mungkin buat selama-lamanya. Saya menjangkakan akan ada kemelut dan isu lain melibatkan vaksin dan anti-vaksin timbul dimasa hadapan sepertimana ianya telah berlaku selama hampir 200 tahun. Adalah lebih menakutkan apabila saya mengatahui bahawa Donald Trump, salah seorang calon presiden US juga pernah menyatakan sokongan kepada golongan anti-vaksin. Ini boleh memberi kesan kepada perjuangan vaksinasi sedunia sekiranya Trump benar menjadi Presiden US.

Anda boleh membaca sendiri tweet sokongan trump terhadap anti-vaksin di link berikut:

https://twitter.com/realdonaldtrump/status/507158574670573568?lang=en

Jika Trump yang kita memang sedia maklum merupakan seseorang yang amat anti pada agama Islam dan menerima sokongan daripada pelobi yahudi pro-Israel iaitu AIPAC itu boleh menolak vaksin apa lagi alasan kita untuk menyatakan yang bahawa vaksin itu agenda yahudi? Benar sensansi teori konspirasi itu sedap dibaca. Namun bukan untuk dipercayai tanpa kajian sendiri sehingga boleh mengancam nyawa darah daging dan kemaslahatan masyarakat.

Sahabat-sahabat dan kenalan saya yang cuba membawa sinar pelita ilmu dalam isu anti-vaksin ini sudah berjuang cukup lama. Hampir 3 tahun lamanya mereka berjuang malah ada yang lebih lama dari itu kerana anti-vaksin ini ada yang dapat dikesan seawal dari 2014 lagi di Malaysia dari media sosial. Rata-rata dari kami sebenarnya sudah lali dengan gelaran balaci yahudi, anak dajal, proksi zionis, pengkhianat agama dan sebagainya dalam berdepan dengan golongan anti-vaksin baik dari kelompok penyokong sains pseudo, penunggang agama dan juga fanatik teori konspirasi. Membawa hujah pro-akademik pada mereka ini teramatlah sukar. Perkembangan semasa yang melibatkan seorang Imam Muda menakutkan kami pada awalnya. Namun ada hikmah disebalik perkara berikut. Hampir tumpah air mata kami melihat mata masyarakat tiba-tiba menjadi celik. Mata yang tertutup akhirnya terbuka.

Malah akhirnya ramai rakyat Malaysia menyedari kewujudan dan betapa bahayanya golongan anti-vaksin di Malaysia. Dapat dirasakan seolah perjuangan kami selama 3 tahun atau lebih ini menampakkan sinar akhirnya. Kami bertambah tersentuh apabila DS Najib dan Tuan Guru Haji Hadi sendiri menyatakan sokongan kepada pihak pro-vaksin dan cuba memberi penerangan berdasarkan kedudukan mereka sendiri sebagai pemimpin masyarakat di Malaysia. Dua insan yang berlainan ideologi politik ini sedikit sebanyak telah membantu perjuangan ini secara tidak langsung yang akhirnya merentasi sempadan politik. Moga perkara ini dapat dijadikan pedoman pada anak-anak kami pada masa hadapan.

—-

Link ke artikel sejarah golongan anti-vaksin pada abad ke-19 dan abad ke-20.

Abad ke-19: https://thepatriots.asia/archives/6052
Abad ke-20: https://thepatriots.asia/archives/6369

Kesemua Rujukan Untuk Ketiga-tiga Bahagian 

1) Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Ten great public health achievements — United States, 1900-1999. MMWR. Atlanta, GA: Centers for Disease Control and Prevention (CDC); 1999;48 (12):241-243

2) Wolfe RM, Sharpe LK. Anti-vaccinationists past and present. BMJ. 2002d;325:430-432.

3) Durbach N. They might as well brand us: Working class resistance to compulsory vaccination in Victorian England. The Society for the Social History of Medicine. 2000;13:45-62.

4) Porter D, Porter R. The politics of prevention: Anti-vaccination and public health in 19th century England. Medical History. 1988;32:231-252.

5) Williamson S. Anti-vaccination leagues. Archives of Diseases in Childhood. 1984;59:1195-1196.

6) Gostin L. Jacobson vs. Massachusetts at 100 years: Police powers and civil liberties in tension. AJPH. 2005;95:576-581.

7) Albert M, Ostheimer KG, Breman JG. The last smallpox epidemic in Boston and the vaccination controversy. N Engl J Med. 2001;344:

8) Kulenkampff M, Schwartzman JS, Wilson J. Neurological complications of pertussis inoculation. Arch Dis Child. 1974;49:46-49.

9) Baker J. The pertussis vaccine controversy in Great Britain, 1974-1986. Vaccine. 2003;21:4003-4011.

10) Miller DL, Ross EM. National childhood encephalopathy study: An interim report. Br Med J. 1978;2:992–993.

11) WRC-TV, (Washington, D.C.). DPT : Vaccine Roulette. [Film]; 1982.

12) Coulter H, Fisher BL. A Shot in the Dark. New York: Penguin Group; 1991

13) Gangarosa EJ, Galazka AM, Wolfe CR, Phillips, L. M. Gangarosa, R. E., Miller E, Chen RT. Impact of anti-vaccine movements on pertussis control: The untold story. The Lancet. 1998;351:356-361.

14) Wakefield A. Measles, mumps, and rubella vaccine: Through a dark glass, darkly. Adverse drug reactions and toxicological reviews. 2001;19:265-283.

15) Wakefield A, Murch SA, A., Linnell J, Casson D, Malik M. Ileal-lymphoid-nodular hyperplasia, non specific colitis, and pervasive developmental disorder in children. The Lancet. 1998;351:637-641.

16) Hackett AJ. Risk, its perception and the media: The MMR controversy. Community Practitioner. 2008;81:22-25

17) BBC News. Lead researcher defends MMR study. BBC News. Sunday, 22 February, 2004.

18) Deer B. How the case against the MMR vaccine was fixed. BMJ. 2011;342:c5347. Accessed 1/25/2016. Deer B. How the vaccine was meant to make money. BMJ. 2011;342:c5258. Accessed 1/25/2016. Godlee F, Smith J, Marcovitch H. Wakefield’s article linking MMR vaccine and autism was fraudulent. BMJ. 2011;342:c7452.

19) Stratton K, Gable A, Shetty P, McCormick M. Immunization safety review: Measles-mumps-rubella vaccine and autism. Washington, DC: Institute of Medicine, National Academies Press; 2001.

20) Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Information about Thimerosal.

21) Institute of Medicine (IOM). Immunization safety review: Thimerosal – containing vaccines and neurodevelopmental disorders. Washington, DC: National Academies Press; 2001.

22) Institute of Medicine (IOM). Immunization safety review: Vaccines and autism. Washington, DC: National Academies Press; 2004.

23) Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Vaccine Safety Datalink (VSD) Project Priority Studies.

24) Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Frequently Asked Questions about Thimerosal (Ethyl Mercury).

25) Kluger J. Jenny McCarthy on autism and vaccines. Time Magazine. 2009.

26) http://www.historyofvaccines.org/…/history-anti… (Website ini menyediakan timeline yang jelas dan cukup cantic mengenai sejarah anti-vaksin. Saya banyak menggunakan info dari website ini sama ada melalui rujukan, terjemahan dan mengembangkan sesetengah bahagian untuk kesesuaian bacaan berdasarkan isu semasa vaksin di Malaysia)

27) The vaccination dilemma: http://www.nst.com.my/…/2016/01/122580/vaccination-dilemma


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku tak kenal diri sindiri untuk tulis deskripsi diri sendiri. Sama ada ini tanda gejala kebencian pada diri sendiri, tak tahu tujuan hidup, atau tanda manusia yang masih belajar dan mencari makna hidup, Tuhan saja yang tahu. Kalau kamu boleh terangkan siapa aku pada diri aku sendiri sekurangnya maka kamu mungkin lebih cerdik dari aku

Leave A Reply