Kucing mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia, tetapi bagaimana ia bermula? Bagaimana seekor haiwan yang bangga diri seperti kucing hilang naluri-naluri liarnya? Fakta-fakta tentang penjinakan kucing sebenarnya masih lagi belum lengkap. Saintis-saintis masih belum mampu tentukan zaman mana dan bagaimana kucing dijinakkan, tetapi itu tidak bermakna kita ketandusan fakta.

Berdasarkan kajian di Cyprus, kucing-kucing telah mula dijinakkan seawal 10,000 tahun dahulu, tetapi buktinya masih lagi samar-samar atas dua kesukaran untuk menentukan dimana dan bagaimana kucing dijinakkan:

(1) Berbeza dengan spesis lain, kucing jinak akan membiak bersama saudara-saudara liar mereka – ‘lybica’, ‘silvestris’, ‘ornata’, ‘cafra’ dan ‘bieti’

(2) Sifat mereka yang suka bergaul.

Menurut Sarah Hartwell, kucing-kucing liar dijangka mula berkomunikasi bersama manusia menerusi rangkaian keperluan bersama, dimana manusia perlu menghapuskan haiwan-haiwan perosak dan kucing memberikan jalan penyelesaian buat masalah ini. Memang haiwan memainkan peranan yang penting dalam kemajuan manusia, seperti anjing yang membantu manusia berburu, kuda sebagai pengangkutan, dan lembu dan babi sebagai penyumbang makanan.

Tidak dinafikan ada banyak lagi peranan kucing dalam peradaban manusia, jika benar hubungan ini berlangsung selama 10,000 tahun. Kucing juga merupakan musuh kepada ular. Sebab itu kucing tidak akan melarikan diri daripada ular, sehinggakan kucing dengan beraninya (dan bodohnya) pergi menyerang ular-ular seperti boa dan anaconda yang akan membaham kucing itu ibaratkan pembuka selera sahaja. Tetapi, jangan terkejut – kucing boleh menewaskan ular. Patukan ular yang pantas boleh dielakkan kucing. Tanpa bisa dan saiz, apa yang ular ada? Ular hanya perlu satu pukulan yang kuat di bahagian kepala, dan jika kucing berjaya menggigitkannya, maka selesailah pertarungan itu.

Walaupun kucing mampu tewaskan ular, jangan pula pergi meletakkan kucing dan ular dalam sangkar yang sama. Itu zalim. Berhati-hati dengan kucing yang mempunyai naluri pemburu – mereka lebih berani daripada penyerang banzai, dan mereka akan bertarung dengan ular dan biawak sesuka hati.

Kucing saya sendiri berjaya tewaskan ular tedung dewasa sewaktu ia berusia 8 bulan – tewaskan dari segi siapa yang hidup, bukannya siapa yang mati. Ular tersebut lari kerana saya masuk campur, tetapi mesti dijelaskan anak kucing tersebut berjaya memukul kepala ular itu dan berlari bertentangan dengannya. Tidak lama kemudian, anak kucing ini membunuh mengkarung dan menewaskan seekor biawak. Ada video menunjukkan kucing menyerang buaya dan beruang sehinggakan beruang tersebut lari lintang pukang walaupun saiznya boleh menewaskan kucing tersebut dengan mudah.

(beruang) http://www.youtube.com/watch?v=hfgV9X1uLZ0
(buaya) http://www.youtube.com/watch?v=je_9QhJFSR0
(ular) http://www.youtube.com/watch?v=Ox2CvVHKukE

Jangan terkejut – kucing memang mampu buat semua ini. Naluri mereka masih terkandung dalam zarah tubuh badan mereka. Jangan pandang rendah atau remeh. Pertarungan dengan ular memang satu perkara yang tidak boleh dibiarkan. Risikonya terlalu tinggi.

Berbeza dengan anjing, kucing-kucing moden sebenarnya berkelakuan sama seperti moyang-moyang liar mereka – ‘lybica’, ‘silvestris’, ‘ornata’, ‘cafra’ dan ‘bieti’. Apa yang sudah pasti, tiada evolusi dalam biologi kucing yang mengubahsuaikan sistemnya daripada sistem harimau atau singa. Tetapi oleh kerana persamaan ketara kucing-kucing moden dan saudara-saudara liar mereka, saintis tidak dapat mengenalpasti masa bermulanya penjinakan berdasarkan DNA.

Spesis anjing (canis lupus) pula mempunyai hierarki sosial iaitu kawanan anjing akan menuruti perintah seekor ketua (alpha), dimana sistem ini tidak wujud dalam naluri kucing. Itu yang dikatakan dengan ‘bangga diri’, kerana kucing tidak akan turut perintah sesiapa kecuali diri mereka sendiri.

Banyak pendapat meletakkan kucing-kucing jinak berkembang pesat dari Mesir. Memang logik pendapat ini, kerana kucing mempunyai status yang tinggi dalam mitologi Mesir sehingga dewa-dewa seperti Mafdet, Mehit dan Bastet mempunyai ciri-cirinya dan kucing juga merupakan haiwan yang dimumiakan.

Bukti arkeologi tertua ditemui di Cyprus daripada zaman 7,500S.M. Seekor kucing ditemui ditanam bersebelahan dengan manusia, bersama dengan ukiran-ukiran kepala yang mirip kucing-manusia. Kebarangkalian penanaman bersama mereka berdua memang disengajakan untuk menjelaskan keakraban hubungan mereka.

Di Hacilar, Turkey pula, patung-patung wanita mendukung kucing mengelirukan saintis oleh kerana Hacilar merupakan lokasi yang terletak di luar taburan spesis lybica. Ini bermakna, manusia membawa kucing ke sana, mengukuhkan logik penjinakan kucing yang terawal.

Sejauh mana hubungan kucing manusia bermula dan berkembang memang sukar dibincangkan secara terus buat masa sekarang. Apa yang sudah pasti, kucing dan manusia mempunyai hubungan yang luar biasa, berangkai dengan ekonomi, emosi dan kasih sayang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply