Big Bang dianggap sebagai model penciptaan alam yang diterima ramai, malah dalam kalangan orang awam pun.

Selain Big Bang, banyak juga model-model kosmologi yang lain. Antara yang menarik perhatian aku adalah model ‘Creatio Ex Nihilo’ (CEN).

Creation out of nothing!

Big Bang banyak kelemahan. Antaranya, ia tak dapat jelaskan kenapa masa alam kecik-kecik (Skala Planck) dulu, ia berada dalam keadaan sangat panas dan ketumpatannya tinggi.

Kemudian, Big Bang cuma berani letakkan kita pada tahap ‘Prinsip Kejahilan’ apabila sebelum ia ‘meletup’, ia berada dalam bentuk ketunggalan (singularity).

Ketunggalan bermaksud tiada maklumat yang dapat kita ketahui sebelum Big Bang. Hukum matematik dan fizik berkecai untuk mengetahui ketunggalan.

Kemudian, Big Bang juga tak dapat jelaskan kenapa tiba-tiba jumlah jirim dan anti-jirim tak seimbang.

Tak seimbang ini yang membentuk hampir segala-galanya termasuk planet kita.

CEN dapat jelaskan benda-benda ini dengan prinsip alam terdiri daripada blok-blok maklumat (information) yang kita kenali sebagai ‘bit’.

Maklumat-maklumat ini yang membentuk tenaga, daya dan realiti alam.

Perkataan ‘nihilo‘ daripada CEN merujuk pada maklumat kewujudan dan tak-kewujudan saling ‘cancel‘ antara satu sama lain.

Maknanya di sini, alam berada dalam keadaan ‘null‘ dan tak bergerak. Ini yang menjelaskan apa yang berlaku sebelum ‘Big Bang’.

Alam mula ‘bergerak’ dan ‘hidup’, apabila susunan maklumat matrik-nya diubah. Perubahan berlaku apabila berlakunya keadaan turun-naik (fluctuation) secara rawak.

Susanan matrik alam pada masa ini memang selalu berubah. Perubahan berkala ini membuatkan alam ada potensi untuk mengalami ke-tidak-seimbangan.

Inilah yang menjelaskan keadaan tak seimbang dalam model Big Bang yang Big Bang tak dapat jelaskan.

Maklumat ini ada ‘aspirasi’ nak capai keseimbangan masa dia orang jadi tak seimbang. ‘Aspirasi’ ini yang membentuk hukum alam.

Maka, pergerakan mereka yang membentuk kedinamikan, yang kemudiannya membentuk hukum alam.

Kemudian elemen-elemen bit ini semua transfom menjadi tenaga, daya dan realiti.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply