Reptilia Paling Beracun Di Dunia

0
2461
views

Seperti yang kita tahu, Komodo Dragon atau nama saintifiknya, Varanus komodoensis, antara biawak yang paling besar. Komodo Dragon adalah spesies reptilia sama seperti seekor biawak biasa. Mari kenali mereka.

Di mana mereka boleh dijumpai?

Kebiasaannya mereka dijumpai di sekitar kepulauan Indonesia dan sudah tentunya populasi mereka lagi tinggi di kepulauan Komodo. Habitat mereka lebih gemar berada di kawasan hutan tropikal, tetapi mereka akan berlegar-legar di sekitar kawasan pantai.

Bentuk fizikal

Mereka dikenali sebagai salah satu spesies cicak yang besar dimana mereka mempunyai ekor yang panjang dan juga kuat, leher yang tangkas dan badan mereka juga sangat kuat. Bagi komodo dragon yang dewasa, warna kulit mereka lebih kepada warna seakan-akan batu dan kulit mereka yang bersisik. Komodo dragon jantan bersaiz lebih besar daripada betina.

Waqaf Saham

Saiz yang pernah direkodkan ialah hampir 4 meter panjang dan beratnya pula lebih 136kg. komodo dragon dikategori sebagai biawak paling berat di dunia. Walaupun mereka berat, mereka mempunyai keistimewaan yang luar biasa. Antaranya ialah pandangan mereka dan cara mereka memburu. Menurut Zoo Smithsonian, mereka mempunyai pandangan yang sangat baik kerana mereka mampu melihat sesuatu objek sejauh 300 meter. Jangan sangka mereka seberat itu tidak laju, kelajuan mereka mampu mencecah sehingga 20km/j tetapi cara mereka memburu, mereka lebih gemar memburu secara senyap.

Gambar oleh H. P. Hart

Permakanan

Haiwan yang terselamat daripada dimakan oleh Komodo sangat beruntung. Akan tetapi, air liur mereka yang terkena pada mangsa mereka akan menyebabkan mangsa mereka akan mati dalam masa 24 jam. Hal ini kerana, air liur Komodo mengandungi lebih 50 jenis bakteria dan ia punca kematian dalam masa 24 jam. Mereka akan makan sehingga 80% daripada berat badan mereka hanya dalam sekali makan.

Rujukan web

  1. https://a-z-animals.com/animals/komodo-dragon/
  2. https://www.livescience.com/27402-komodo-dragons.html
  3. http://www.nationalgeographic.com/animals/reptiles/k/komodo-dragon/
  4. https://nationalzoo.si.edu/animals/komodo-dragon

-MAF-

 

Previous articleSpektrum Emosi Dalam Komik Green Latern
Next articleLima Putera Bugis Bersaudara
Nama penuh : Muhd Ammerul Faizal, Nama pena : MAF, Negeri kelahiran : Johor, Sedang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mengambil jurusan IT dalam bidang Pembangunan perisian, Minat ke arah Zoologist (Haiwan purba dan Haiwan Istimewa).
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.