Selama ini kita telah tertipu dengan filem Jurassic Park dan Jurassic World. Velociraptor bukanlah seperti yang digambarkan di dalam filem tersebut. Jika dilihat filem itu semula, bentuk fizikal Velociraptor yang bersisik dan ketinggian hampir 2 meter tetapi malangnya ia bukanlah velociraptor. Bentuk fizikal mereka diambil daripada salah satu keluarga velociraptor tetapi berlainan genetik. Velociraptor yang saya maksudkan itu adalah Deinonychus atau dikenali sebagai Velociraptor antirrhopus.

Bagaimana rupa sebenar Velociraptor?

Velociraptor digambarkan sepanjang 1.8 meter panjang dan 1 meter tinggi. Kulit mereka pula bukan bersisik, malah berbulu seperti seekor burung. Akan tetapi, velociraptor tidak mampu terbang kerana bulu pelepah mereka yang tidak lebat seperti burung. Pelbagai gambar saintis telah dibuat oleh kerana filem tersebut telah menayangkan gambaran palsu.

Jika dirujuk pada beberapa para saintis, mereka mengatakan velociraptor ini hanya bersaiz seperti seekor ayam. Kali terakhir fosil velociraptor dijumpai di China yang mempunyai bukti kukuh menyatakan velociraptor tidak mempunyai kulit bersisik.

Kredit kepada Junchang Lu

Fakta Menarik Mengenai Velociraptor

Gambaran saintis
  1. Velociraptor tidak tinggi seperti dalam filem Jurassic. Ketinggiannya dianggarkan setinggi 1 meter dan sebesar 2 meter.
  2. Kuku velociraptor dalam filem Jurassic digunakan untuk membunuh atau mengoyakkan daging tetapi yang sebenarnya kuku mereka hanya digunakan hanya untuk menggenggam sesuatu seperti mangsa atau dahan.
  3. Kebarangkalian velociraptor mampu memanjat pokok dengan menggunakan lebihan kukunya.
  4. Suara velociraptor di dalam filem Jurassic sebenarnya adalah dari hasil bunyi kepada kura-kura yang sedang mengawan.
  5. Tiada bukti yang kukuh mengatakan velociraptor memburu secara berkumpulan.
  6. Jika ditonton semula Jurassic, mereka menunjukkan velociraptor ini sangat pintar sehingga mampu memburu dengan baik sekali. Malangnya itu semua tidak benar, IQ seekor velociraptor sangat liar contohnya seekor velociraptor menyondong pintu yang tertutup sehingga ia pengsan.
  7. Kebanyakan velociraptor ditemui sekitar China dan juga Mongolia. Walau bagaimanapun ia diklasifikasikan velociraptor hanya ditemui di kawasan Asia.
  8. Nama mereka velociraptor atau dalam bahasa greek adalah pencuri yang pantas, hakikatnya mereka tidaklah sepantas yang ditunjukan dalam filem Jurassic. Secara kasarnya, kelajuan mereka hanya boleh mencecah 60 km/j.

Rujukan web

Rujukan buku

  • Currie, P. J. 1987. Bird-like characteristics of the jaws and teeth of troodontid theropods (Dinosauria, Saurischia). Journal of Vertebrate Paleontology 7:72–81.
  • Bohlin, B. 1953. Fossil reptiles from Mongolia and Kansu.Sino-Swedish Expedition Publication 37:1–105.
  • Barsbold, R. and H. Osmólska. 1999. The skull of Velociraptor(Theropoda) from the Late Cretaceous of Mongolia. Acta Palaeontologica Polonica 44:189–219.

-MAF-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama penuh : Muhd Ammerul Faizal, Nama pena : MAF, Negeri kelahiran : Johor, Sedang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mengambil jurusan IT dalam bidang Pembangunan perisian, Minat ke arah Zoologist (Haiwan purba dan Haiwan Istimewa).

Leave A Reply