Baru-baru ini, pengkaji arkeologi dari University of Western Australia menemui rangkaian jalan perkuburan di wilayah-wilayah gurun sekitar Semenanjung Tanah Arab. Kesemua 18,000 kubur yang ditemui dikatakan wujud sejak Zaman Gangsa atau lebih tepat, 4,500 tahun.

Rangkaian jalan perkuburan ini menjangkau sehingga ribuan batu menerusi tinjauan pasukan pakar sekitar al-Ula dan Khaibar, Arab Saudi. Kubur-kubur ini terdiri daripada timbunan batu kecil sebagai penanda seseorang atau kumpulan kecil individu dikebumikan. Kubur-kubur ini turut dikenali sebagai kubur loket kerana bentuknya menyerupai barang kemas yang diikat pada rantai.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Selain berperanan sebagai laluan ke kawasan-kawasan perkuburan lama, ia turut berperanan sebagai koridor penyambung oasis dan padang rumput bagi pengembala kambing biri-biri dan unta. Daripada 18,000 buah kubur yang ditemui, hanya 80 sahaja yang diekskavasi atau diambil sampel. Ada yang percaya sesetengah kubur ini berperanan sebagai memorial bagi mengingati orang yang  telah tiada atau untuk tujuan ritual yang tidak diketahui.

Rangkaian jalan perkuburan ini dikesan menerusi imej-imej satelit, gambar udara yang diambil dari helikopter, tinjauan lapangan dan ekskavasi. Bagi penulis kajian Dr Matthew Dalton, beliau percaya kawasan ini diketahui oleh penduduk tempatan sejak ribuan tahun lalu. Tetapi skala sebenar rangkaian jalan ini hanya diketahui menerusi imej-imej yang diambil daripada satelit.

Tambah Dr Dalton lagi, rangkaian jalan perkuburan ini merupakan lebuh raya utama yang digunakan penduduk ketika itu. Kewujudan rangkaian laluan ini menunjukkan penduduk Semenanjung Tanah Arab mempunyai kesalinghubungan ekonomi dan sosial yang lebih erat pada era tersebut – satu perkara yang mengejutkan komuniti arkeologi.

Antara oasis-oasis utama yang menjadi tumpuan penduduk ketika itu ialah oasis sekitar Khaibar, Tayma dan al-Ula. Jalan-jalan yang tidak menonjol akan diserap kembali menjadi sebahagian daripada persekitaran. Ini menunjukkan laluan ini digunakan oleh pengembala haiwan domestik ke padang rumput berhampiran selepas hujan turun.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Tambah Dr Dalton, kawasan oasis sebegini merupakan kawasan di mana kepadatan kubur-kubur lama ini tertumpu. Dengan bilangan kubur Zaman Gangsa yang dibina sekitarnya, ini menunjukkan populasi ketika itu sudah mula menetap secara kekal di kawasan sebegini. Kesemua dapatan pasukan Dr Dalton diterbitkan dalam jurnal The Holocene.

RUJUKAN

Chadwick, J. (2022, 17 Januari). Vast 4,500-year-old highway network of ‘funerary avenues’ stretching for thousands of miles and lined with Bronze Age tombs is uncovered in Saudi Arabia. Daily Mail.

Sumber gambar: Suruhanjaya Diraja al-Ula.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply