Apabila melihat bendera Soviet Union, Parti Komunis Malaya (PKM) dan Chinese Communist Party (CCP) pasti terdapat tukul dan sabit. Hal ini telah memberikan sedikit kemusykilan kerana Karl Marx sendiri tidak pernah menjadikan tukul dan sabit sebagai lambang khusus komunis. Malah simbol ini langsung tidak pernah wujud ketika Karl Marx masih hidup.

Persoalannya sekarang kenapa komunis guna tukul dan sabit sebagai simbol?

Tukul pertama kali digunakan oleh Red Army sebagai simbol mereka ketika berlakunya revolusi Rusia. Setelah Soviet Union berjaya ditubuhkan, logo yang melambangkan komunis perlu segera dibentuk bagi menyatupadukan komunis seluruh dunia. Untuk itu beberapa jenis logo telah dikenal pasti antaranya adalah tukul dan sabit.

Setelah mengadakan beberapa perbincangan, seorang pelukis iaitu Yevgeny Kamzolkin telah menghasilkan logo yang bertunjangkan tukul dan sabit. Katanya, tukul dipilih kerana melambangkan pekerja kilang manakala sabit pula mewakili golongan petani di kawasan luar bandar.

Tunggu sekejap, nak tahu lebih banyak lagi tentang Soviet Union? Boleh baca buku SOVIET DIHUJUNG JARI dan kami yakin anda tidak akan rugi. Boleh beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Soviet-Di-Hujung-Jari-i.238336777.6768174598

Bagi komunis, pekerja kilang dan petani luar bandar adalah dua golongan yang membentuk masyarakat pada hari ini. Selepas itu barulah tukul dan sabit diterima sebagai lambang khas komunis dan turut digunakan dalam bendera Soviet Union. Selepas itu barulah tukul dan sabit tersebar ke seluruh dunia

Apa yang menjadi masalah adalah kenapa Yevgeny Kamzolkin menggunakan tukul dan sabit untuk melambangkan komunis. Ini kerana dia merupakan orang yang beragama dan berasal daripada keluarga begitu kaya. Jadi nampak macam agak begitu janggal orang kaya cuba berjuang untuk rakyat bawahan. Mungkin dia sekadar mengadaptasi sahaja tukul daripada logo Red Army.  

Sebenarnya imej tukul ini sudah wujud dalam pelbagai budaya sejak sekian lama sebagai lambang melawan kuasa jahat. Sebagai contoh, dewa petir iaitu Svarog dan Thor menjadikan tukul sebagai senjata utama mereka melawan anasir-anasir jahat. Ditambah pula sabit dianggap sebagai simbol kematian dalam pelbagai agama dan kepercayaan.

Antaranya adalah Morana iaitu dewa kematian dalam kepercayaan masyarakat Indo-Eropah dan Slavik memegang sabit di tangan kirinya. Di Asia pula terdapat Dewi Kali dalam tradisi hindu yang memegang sabit di tangan kiri sebagai dewa kematian. Jadi senang cerita, tukul dan sabit ini melambangkan satu kuasa yang mampu menghapuskan musuh sehingga titisan darah yang terakhir. Tapi menurut seorang ahli falsafah Rusia, melambangkan simbol perpaduan tanpa mengira kelas masyarakat.

Dewi Morana pegang sabit

Walau bagaimanapun menurut Yury Gauthier, simbol tukul dan sabit sebenarnya menyindir sistem komunis itu sendiri. Ini kerana kebanyakan negara komunis yang pernah dan sedang wujud mengamalkan pemerintahan secara kuku besi. Contoh paling dekat adalah Korea Utara yang mengadaptasi pemerintahan ala Soviet Union dengan pertambahan yang sangat unik.

Korea Utara mengamalkan sistem satu parti politik dan jawatan presiden akan diwarisi secara turun temurun. Bagi golongan rakyat pula mereka akan dikawal sepenuh oleh kerajaan dan jika ada yang melawan, hukuman berat bakal menanti. Inilah yang dimaksudkan oleh Yury Gauthier kerana tukul dan sabit jika dibaca secara terbalik dalam bahasa Rusia bermaksud “bersama takhta”. Bermakna tukul dan sabit yang dikatakan lambang golongan pekerja akan memberikan peluang untuk pemerintah untuk menguasai mereka. 

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Ditambah lagi dengan maksud tukul dan sabit dalam budaya seluruh dunia, sesiapa yang melawan pasti dibayangi hukuman ngeri. Mungkin inilah yang difikirkan oleh Yevgeny Kamzolkin bagi menemplak fahaman komunis yang cuba dinormalisasikan oleh Soviet Union.

Jadi kalau nampak lagi tukul dan sabit, anggaplah kita sebagai lambang untuk penguasa yang mahu buat rakyat sentiasa tunduk dan tidak bangkit melawan.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Johnson, G. (n.d). What does the hammer and sickle mean? Young Pioneer Tours. Dipetik daripada https://www.youngpioneertours.com/what-does-the-hammer-and-sickle-mean/

Hatherley, O. (2013, Februari 12). Has the communist hammer and sickle had its day? The Guardian. Dipetik daripada https://www.theguardian.com/commentisfree/2013/feb/12/hammer-and-sickle-french-communist-party

Khutarev, V. (2014, Julai 26). Mystical emblem: The secrets of the hammer and sickle. Russion Beyond. Dipetik daripada https://www.rbth.com/arts/2014/07/19/serp_i_molot_38327.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply