Pada tahun 2009, NASA mengumumkan telah menemui molekul air di permukaan kawah bulan. Tetapi disebabkan imej yang ditangkap kamera mempunyai resolusi rendah, agak sukar mengetahui di mana air boleh ditemui di bulan. Semua itu terjawab menerusi satu kajian yang diketuai penyelidik Akademi Sains China (CAS) yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances baru-baru ini.

Kajian ini berdasarkan kajian sampel debu dan batu yang dikumpul oleh prob penjelajah China, Chang’E-5. Prob penjelajah ini mendarat di satu lembah gelap bulan yang dipanggil Oceanus Procellarum – ‘laut’ basalt termuda di bulan dengan usia dua bilion tahun. Pada Disember 2020, ia kembali ke bumi dengan sampel batu dan debu seberat 1.7 kilogram.

Chang’E-5 turut dilengkapkan dengan Spektrometer Mineralogi Bulan yang mengukur panjang gelombang yang ada kaitan dengan molekul air atau hidrosil yang bergabung dengan molekul lain. Pada akhir kajian, mereka mendapati wujud garis penyerapan air sekitar 2.85 mikrometer. Dengan kadar air yang rendah, ia memerlukan lebih banyak batu dipecahkan bagi menghasilkan air untuk diminum.

Tetapi itu tidak bermakna kemungkinan koloni di bulan tidak dapat direalisasikan. Ini kerana terdapat sejenis batu gunung berapi yang wujud di bulan yang dikenali sebagai CE5. Batu ini mempunyai garisan penyerapan yang kuat. Sekiranya komuniti astronomi dapat menemui lokasi yang tepat, maka lebih banyak air boleh dijumpai.

Advertisements

Satu lokasi yang dijangka mempunyai simpanan air yang banyak di bulan ialah kawasan perangkap sejuk sekitar kawasan kutub di bulan. Tidak seperti Oceanus Procellarum yang terdedah kepada cahaya matahari, kawasan kutub bulan tetap gelap. Ini sekaligus meningkatkan peluang penemuan air di bulan dan kemungkinan koloni manusia di situ.

RUJUKAN

Luntz, S. (2022, 11 Januari). First-Ever On-Site Detection Of Water On Moon Made By Chinese Lander. IFLScience.

The Byte. (2022, 11 Januari). CHINA SAYS ITS LANDER HAS DETECTED WATER ON THE MOON. Futurism.

Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply