Bidadari bermata kristal dengan kulit semulus sutera. Urat hijau dan nadi merah indah tersingkap dari tubuh putihnya. Bukan satu, bukan dua, bahkan ribuan bidadari berebut-berebut membahagiakan anda seorang. Di mana agaknya nikmat sesedap ini? Anda tepat, tidak lain kecuali di syurga! Selain bidadari, syurga juga dibina dari batuan emas dan perak yang mengalir di bawahnya air sungai-sungai. Tahu tak, ada satu tempat kat dunia ni yang dikatakan macam syurga!

Istana Al-Hambra, Granada. Ada sorang Non-Muslim yang meneroka Al-Hambra dan mengakui seni binanya sempurna umpama syurga! Tinggalan orang Moor Andalusia ini masih memukau mata yang memandang meskipun sudah lebih 500 tahun ia dikosongkan. Terletak di atas Bukit Sabika, mustahil tiada yang terpegun memandang dari bawah akan binaannya yang gah. Architecture tampak harmoni bergabung dengan agama, falsafah dan budaya.

Namanya aˈlambɾa dalam Bahasa Sepanyol. Dalam Bahasa Arab pula, sebutannya الْحَمْرَاء bermaksud ‘yang merah’. Sekilas pandang, fahamlah kita memang sesuai nama dengan pemakainya. Istana Al-Hambra tampak megah dengan batuan berwarna kemerah-merahan di bawah limpahan cahaya matahari. Kompleks ini dibina pada 1238 oleh Muhammad I Ibn al-Ahmar, pemimpin pertama Kerajaan Nasrid, Granada. Setelah ditawan oleh Ferdinand dan Isabella dalam Reconquista pada Januari 1492, penduduk negeri Granada dikristiankan manakala Masjid ditukarkan kepada Gereja.

Untuk melihat apa kaitan pulak Al-Hambra dengan mahligai syurga, jom kita buka mushaf Al-Quran dan teks Bible. Kenapa? Pasal Al-Hambra dibina oleh Muslim Moor sebelum diduduki oleh Kristian Roman Katolik.

Al-Quran. Surah Ar-Rahman 46-61:

“orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua surga. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?, kedua surga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Di dalam kedua surga itu ada dua buah mata air yang mengalir. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Di dalam kedua surga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua surga itu dapat (dipetik) dari dekat. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Bible (New International Version) 2:8-15:

“Now the Lord God had planted a garden in the east, in Eden; and there he put the man he had formed. The Lord God made all kinds of trees grow out of the ground—trees that were pleasing to the eye and good for food. In the middle of the garden were the tree of life and the tree of the knowledge of good and evil. A river watering the garden flowed from Eden; from there it was separated into four headwaters. The name of the first is the Pishon; it winds through the entire land of Havilah, where there is gold. (The gold of that land is good; aromatic resin[a] and onyx are also there.) The name of the second river is the Gihon; it winds through the entire land of Cush.The name of the third river is the Tigris; it runs along the east side of Ashur. And the fourth river is the Euphrates. The Lord God took the man and put him in the Garden of Eden to work it and take care of it.”

Satu persamaan di sini, syurga yang dijanjikan tersebut sejuk dengan aliran sungai dan subur dengan pepohonan menghijau. Buah-buahan pula masak ranum dan mudah dipetik kerana berdekatan. Sesuailah ia dipanggil Taman Syurga atau Garden of Eden. Terdapat sebuah kolam air yang dipanggil Court of Myrtles dan terletak di tengah-tengah kompleks Al-Hambra. Ia mengalirkan air yang berpecah kepada empat laluan kecil bagi mengairi sekitar bagian istana, bagaikan syurga yang di bawahnya ada air sungai-sungai yang sentiasa mengalir.

Binaan kubahnya juga memukau dengan lengkungan yang mengagumkan. Bagai mengambil misal Arasy yang memayungi syurga-syurga di bawahnya. Arasy, adalah ciptaan Allah yang paling besar. Sebagaimana gambaran syurga dalam Al-Quran dan Bible, Al-Hambra turut berdamai dan bercinta dengan alam. Pepohonan tumbuh bebas tanpa merosakkan binaan, bahkan menambah kecantikannya. Seumpama taman syurga, Al-Hambra menggambarkan secara sempurna sejauh mana alam patut dilibatkan dalam pembinaan.

Seumpama batuan mineral berharga. Luarannya tampak kasar dan keras, namun bila dibuka dalamnya, tampak berseni dan berkilau. Begitulah jua Istana Al-Hambra yang berfungsi sama sebagai kubu pertahanan. Ia dilihat kukuh dan tahan dari jauh, sementara dalamnya penuh dengan ukiran, hiasan dan senibina yang tiada tandingan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply