Rasulullah s.a.w takkan pernah sama sekali berbohong dalam setiap sabda baginda. Ini termasuk tanda-tanda hari kiamat. Salah satu tanda kiamat yang dinyatakan baginda ialah bumi Semenanjung Tanah Arab akan kembali menghijau.

Salah satu hadis Rasulullah s.a.w yang menyebut tentang perihal ini ialah satu hadis yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a. Sabda baginda ini dibuat semasa ekspedisi Negara Islam Madinah (NIM) ke Tabuk pada tahun kesembilan Hijrah (630 Masihi). Ekspedisi ini dilancarkan selepas NIM menerima khabar angin pihak Rom Timur/Byzantine merancang untuk menyerang Madinah.

Walaupun sekadar khabar angin, Rasulullah s.a.w tidak mahu mengambil risiko. Lantas, 30,000 orang tentera dikumpulkan di Madinah sebelum angkatan perang NIM ini mara ke Tabuk. Walaupun ekspedisi ini berakhir tanpa sebarang pertempuran, ia merupakan satu amaran kepada kuasa-kuasa asing agar tidak cuba menggugat NIM di Semenanjung Tanah Arab.

Sebelum kita sambung, kami cadangkan korang dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Barat sentiasa momokkan Islam tiada sumbangan kepada ketamadunan dunia. Itu auta di mana kebanyakan asas ketamadunan moden hari ini berpunca daripada Zaman Keemasan Islam. Nak tau lagi, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Islam.-i.238336777.5538250581

Muaz meriwayatkan, para sahabat telah keluar bersama Rasulullah s.a.w pada tahun ekspedisi Tabuk. Kemudian beliau mendengar baginda bersabda, “Sesungguhnya, esok kamu akan singgah di mata air Tabuk, Insya-Allah. Kamu juga akan sampai ke situ pada waktu Dhuha. Maka sesiapa dalam kalangan kamu yang telah sampai di situ, jangan sesekali  menyentuh airnya sehingga aku sampai.”

Lalu para sahabat pun sampai di mata air tersebut dan menunggu kehadiran baginda. Setelah Rasulullah s.a.w sampai, para sahabat mengambil air dari mata air berkenaan menggunakan tangan sedikit demi sedikit sehingga terkumpul dalam sebuah bekas. Selepas berpuas hati melihat jumlah air di dalamnya, Rasulullah s.a.w membasuh kedua-dua tangan dan muka dengan air tersebut sebelum ia dicurahkan kembali ke dalam mata air berkenaan.

Dengan izin Allah s.w.t, mata air tersebut melimpah sehingga semua ahli ekspedisi Tabuk dapat minum. Setelah itu, baginda bersabda kepada Muaz, “Wahai Muaz, jika panjang umur kamu, lambat laun kamu pasti melihat kawasan ini dipenuhi tanaman.” (Riwayat Muslim)

Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada berlakunya kiamat sehingga harta melimpah-ruah, sehingga seseorang keluar dengan membawa zakat hartanya namun tidak menjumpai orang yang layak menerimanya. Tidak berlakunya kiamat sehingga tanah Semenanjung Tanah Arab kembali hijau dipenuhi sungai.” (Riwayat Muslim)

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Hadis-hadis ini turut disokong oleh satu kajian arkeologi yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi sekitar tahun 70-an. Ini disusuli oleh satu lagi kajian saintifik yang dibiaya Raja Abdullah pada 2012. Bagi memastikan kajian tersebut tidak mudah dibangkang oleh mana-mana pihak, komposisi kumpulan saintis terdiri daripada saintis Islam dan bukan Islam termasuk beberapa saintis Arab Saudi.

Selepas beberapa tahun membuat pemerhatian dan kajian di lapangan, kumpulan saintis ini membuat satu kesimpulan: bumi Semenanjung Tanah Arab pernah hijau satu ketika dahulu. Disebabkan kehijauan bumi ciptaan Ilahi ini, ia memudahkan manusia pergi sana sini daripada Afrika ke benua lain. Selain itu, ia juga pernah dihuni oleh haiwan-haiwan yang sinonim dengan kehijauan alam seperti harimau, gajah dan badak air. Pendek kata, bumi Afrika hari ini merupakan gambaran apa yang berlaku di tanah Arab satu ketika dahulu.

Siapa sangka gurun Arab Saudi ini menyimpan rahsia kehadiran manusia kira-kira 400,000 tahun lalu. Sumber: AFP

Tetapi kitaran masa menukar tanah wilayah tersebut menjadi gersang dan tandus. Namun begitu, perubahan masa selama ribuan dan jutaan tahun yang sama ditambah dengan perubahan iklim menjadikan tanah Arab kembali menghijau. Ini sekaligus membuktikan sabda-sabda Rasulullah s.a.w 1,400 tahun dahulu benar!

Selain itu, dapatan-dapatan arkeologi turut mengukuhkan kesimpulan yang dibuat. Salah satunya ialah aktiviti manusia prasejarah yang dikatakan berlaku 400,000 tahun lalu. Terlampau banyak artifak yang ditemui dengan kebanyakannya ditemui di pinggir padang pasir yang berwarna putih kelabu.

Putih kelabu? Apa kena-mengenanya dengan dua hadis Rasulullah s.a.w ini? Untuk pengetahuan semua, kawasan yang ada tompok putih kelabu sebenarnya merujuk kepada kawasan yang pernah digenangi air satu ketika dahulu – lebih tepat sebuah tasik yang besar. Tasik ini pastinya mampu menampung hidupan yang wujud di situ termasuk haiwan, tumbuhan dan manusia prasejarah. Itu jelas menunjukkan bumi Arab pernah menghijau dan akan kembali menghijau mengikut kitaran masa-Nya.

Jadi, dengan semua ini, apa yang dinyatakan Rasulullah s.a.w itu bukan auta tetapi fakta! Jadi, kalau masih nak tolak hadis-hadis ini, apa halnya kehijauan di Tanah Haram? Masih nak nafikan lagi?

RUJUKAN

Associated Press. (2021, September 2). Middle East deserts were once home to rivers, lush green grassland with hippos: Study. Al Arabiya.

Gornall, J. (2015, Mei 13). When Arabia was green: lush grasslands helped early man make leap out of Africa. The National News.

Mohd Nathir, K. A. (2020, 28 September). Gurun gersang mula menghijau. Harian Metro.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply