Sejak kelahiran Nabi Isa A.S sebagai utusan tuhan, sebelum baginda dinaikkan ke langit apabila Empayar Rom mahu membunuh baginda, siapa sangka bahawa beberapa ratus tahun kemudian, empayar ini jugalah yang mengambil ajaran baginda lalu menjadi agama rasmi. Ya, mungkin untuk kita umat Islam, kita berpendapat bahawa ajaran Kristian yang ada ketika itu sudah lari daripada ajaran asal yang dibawa oleh Nabi Isa Al-Masih, tetapi mereka masih bergelar ahli kitab ketika itu.

Lagipun Rasulullah S.A.W belum lagi lahir untuk memurnikan semula ajaran nabi Isa, tetapi kalau Rasulullah S.A.W dan umat Islam sendiri pernah bergembira kerana kemenangan Maharaja Heraclius yang mempin tentera Byzantine/Rom Timur melawan Parsi kerana mereka ialah ahli kitab, maka kata saya perlunya kita mempelajari bagaimana perang saudara berlaku dalam sebuah empayar kerana perbezaan agama. Kisah bagaimana Empayar Rom terpisah kepada dua paksi, di mana paksi yang cuba membangunkan kembali kepercayaan pagan Rom serta usaha untuk mempertahankan agama Kristian sebagai agama rasmi Empayar Rom dicerita lebih lanjut dalam artikel ini.

Semuanya bermula pada tahun 313 Masihi apabila Maharaja Constantine telah menghalalkan kepada penduduknya untuk mengamalkan agama Kristian disekitar empayar melalui Dekri Milan. Lalu kemudian pada 380 Masihi, kita dapat melihat bagaimana Maharaja Theodosius telah menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Empayar Rom. Tindakan Theodosius ini membuatkan para senat Empayar Rom tidak senang duduk dan berusaha untuk mengembalikan semula kepercayaan pagan yang menjadi pegangan Empayar Rom. Pada asalnya, konflik yang terjadi akibat pertabalan agama rasmi Rom hanyalah berkisar tentang perdebatan akademik sahaja tanpa melibatkan sebarang pemberontakan bersenjata atau pertumpahan darah.

Namun, ketika 15 May 392 Masihi, kita melihat bagaimana Maharaja Rom Barat, Valentinian II ditemui mati di kediamannya. Pemerintah de facto Rom ketika itu, Arbogast telah memaklumkan kepada Maharaja Theodosious I bahawa Valentinian II telah membunuh diri. Namun, Theodosious merasa sangsi dengan kematian Valentinian II sebab dasar yang diterapkan oleh Valentinian yang pro kepada pengganut agama Kristian telah menyebabkannya terbunuh. Perasaan syak wasangka mula timbul dalam hati Theodosious sendiri. Kemuncaknya apabila Arbogast tiba-tiba menabalkan Flavius Euginius sebagai Maharaja baru Rom Barat.

Sepanjang pemerintahan Euginus, usaha untuk mengembalikan semula kepercayaan pagan mula mekar semula. Antaranya ialah pembinaan semula rumah ibadah seperti Altar of Victory dan Kuil Venus dan Rome. Ini telah membawa kritikan Uskup Ambrose yang bersemayam di Milan. Theodosius tidak senang dengan apa yang berlaku di Rom Barat, telah menyebabkan Theodosius menabalkan anaknya Honorius yang berusia 8 tahun sebagai Maharaja Rom Barat pada January 393 Masihi. Secara tidak langsung, Theodosius telah mengisyytiharkan perang ke atas Eugenius dan Arbogast.

Tentera Rom Timur dianggotai 50, 000 orang tentera yang mengandungi tentera Rom sendiri dan juga tentera Visigoth. Kita dapat melihat yang Theodosius sendiri memimpin tentera Rom Timur. Manakala tentera Rom Barat pula dipimpin oleh Euginues dan Arbogast sendiri dengan ketumbukan askar sekitar 35, 000 – 50, 000 orang tentera. Pada bulan May 394 Masihi, tentera Rom Timur telah mara dari Constantinople lalu melalui beberapa bahagian di Eropah yang tidak dijaga langsung oleh Rom Barat kerana Arbogast berpendapat bahawa satu-satunya cara untuk menentang Rom Timur ialah dengan menetapkan seluruh tenteranya di Itali dan berperang di sana. Ini menyebabkan tentera Rom Timur mampu mara meredah Eropah termasuklah banjaran Alps lalu turun ke lembah Sungai Frigidus tanpa sebarang halangan.

Dalam pertempuran ini juga, kita dapat melihat bagaimana Eugenius dan Arbogast telah meletakkan berhala Jupiter di satu sudut medan perang sambil meletakkan imej Hercules di panji pasukannya. Mereka mengharapkan agar mampu mengulangi kemenangana wal tentera Rom yang kononnya disokong oleh dewa-dewi pagan ini semua. Pertempuran pun bermula dengan Theodosius telah mengarahkan pasukan askar yang terdiri daripada tentera Visigothnya menyerang tentera Rom Barat, namun serangan tidak berhasil dan menyebabkan tentera Rom Timur mengalami kehilangan nyawa yang banyak. Pada penghujungnya, tentera Rom Timur terpaksa berundur kerana keletihan dan dicatatkan 1/3 pasukan Visigoth telah terkorban.

Sejarah menceritakan kepada kita betapa pada petang pertempuran itu, Theodosius telah berdoa kepada tuhan agar mendatangkan bantuan menentang puak-puak pagan ini. Keajaiban berlaku pada malam itu apabila kononnya, dua orang lelaki berkuda dalam pakaian serba putih telah muncul dan mendatangi maharaja Theodosius. Keajaiban kedua berlaku selepas doa Theodosius ialah apabila Arbito, seorang pegawal tentera yang diarahkan untuk menyerang rusuk tentera Rom Timur, menutup laluan keluar, serta menyerang tentera Rom Timur dari belakang telah berpaling tadah lalu menyertai tentera Rom Timur.

Keajaiban ketiga yang datang selepas doa Theodosius yang membantunya dalam pertempuran ini apabila keesokan harinya, ketika pertempuran bersambung, sejenis angin yang dipanggil sebagai bora telah turun daripada puncak gunung yang mengapit medan perang lalu mengancurkan bala askar Rom Barat.

Dikatakan juga bahawa angin Bora ini sangatlah kuat sehinggakan semua lontaran lembing dan tombak serta hujan anak panah yang disasarkan pada tentera Rom Timur berpatah balik dan menghujani tentera Rom Barat sendiri. Apabila angin Bora sudah reda, tentera Rom Timur terus memacu serangan menggempur barisan Rom Barat yang sudah kucar-kacir itu, sekaligus mendatangkan serangan total yang berjaya melenyapkan hampir seluruh pasukan tentera Rom Barat.

Euginus telah ditangkap oleh Theodosius lalu dihukum mati dengan dipancung kepalanya manakala Arbogast berjaya melarikan diri ke kawasan pergunungan berdekatan, sebelum menyedari bahawa dia tidak mampu melarikan diri daripada bala tentera Rom Barat lalu membunuh dirinya. Pertempuran ini juga memperlihatkan bagaimana Theodosius berjaya mendapatkan penguasaan semula ke atas Rom Barat sebelum mati pada 17 Januari 395 Masihi.

-HE-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply