Pertempuran Di Sungai Salsu : Keajaiban 10 Ribu Tentera Korea Menewaskan Bala 305 Ribu Askar China

0
1936
views
Sumber Gambar: The Asian

Antara pertempuran dalam sejarah dunia yang diingati kerana kebijaksanaan memenangkan askar yang hanya mempunyai skala yang kecil, tetapi berjaya menewaskan sebuah bala askar yang berjumlah 300 kali ganda lebih banyak ialah Pertempuran Sungai Salsu di Korea yang berlaku antara tentera China dinasti Sui dan tentera kerajaan Goguryeo.

Pada tahun 612, ekpedisi maharaja Sui meluaskan empayar barunya selepas menyatukan seluruh China di bawah pemerintahannya, Maharaja Yangdi kemudiannya telah menyerang sebuah kerajaan yang bernama Goguryeo, sebuah kerajaan milik bangsa Korea.

Selepas tewas di Pertempuran Linyuguan, maka Maharaja Yangdi tidak mahu terus duduk diam memerhatikan musuh azali China itu terus berkuasa di semenanjung Korea. Maka dikerahkan 305 000 orang askar lagi untuk menawan kerajaan Goguryeo. Diceritakan bahawa Eulji Mundeok, seorang panglima tentera Korea yang bertindak sebagai mastermind dalam kekalahan paling teruk China dalam sejarah pertempuran China dan antara perang paling berdarah dalam dunia.

Pada asalnya, Tentera Sui memenangi beberapa pertempuran kecil manakala tentera Korea terpaksa berundur jauh ke dalam wilayah Goguryeo sehinggakan apabila mereka dikejar tiba di Sungai Chongcon atau ketika itu dikenali sebagai Sungai Salsu, segala yang direncakana oleh Eulji semakin menjadi kenyataan.

Tentera Sui tidak mengetahui bahawa berdekatan dengan sungai itu terdapat sebuah empangan yang telah dibina oleh tentera Korea Tenteranya diarahkan untuk menahan aliran air Sungai Salsu, sehinggakan apabila semua askar Sui berada di dalam air sungai, maka aliran sungai itu dilepaskan ke arah askar Sui. Air bah yang sangat besar menghempas askar-askar Sui. Kemudian bala askar berkuda Korea pun menyerbu ke arah bala askar Sui yang masih bersisa, tetapi dalam keadaan basah dan berat dengan air sungai, mereka tidak dapat berbuat apa.

Pertempuran ini menyaksikan bagaimana 302,300 daripada 305 000 askar Sui mati dalam pertempuran ini di tangan hanya 10 000 orang askar Korea atau Goguryeo. Hanya 2,700 askar Sui sahaja yang selamat.

Previous articleHierarki Dalam Kapal Lanun
Next articleParameswara Bukan Asal Kedah, Dan Bilakah Nama Tanah Melayu Muncul Dalam Sejarah?
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here