Kalau korang suka mendaki bukit atau gunung, mesti korang terserempak dengan tumbuhan ini, kan? Ya, nama tumbuhan ini ialah periuk kera, antara tumbuhan eksotik yang tumbuh meliar di kawasan pergunungan. Uniknya periuk kera ini ialah ia jadikan serangga sebagai ‘makanannya’ demi dapatkan nutrien yang penting.
Korang tahu tak, kajian sekarang menunjukkan bahawa periuk kera tidak lagi ‘memakan’ serangga? Periuk kera sekarang menjadi tandas untuk haiwan ‘melabur’! Hah, canggih gila haiwan sekarang ni, sanggup jadikan periuk kera sebagai tandas! Jadi, betulkah kajian terbaru saintis ini?
Ahli biologi dari Royal Botanic Gardens Victoria di Australia yang bernama Alastair Robinson bersama kumpulan penyelidikannya mengkaji ke atas 6 spesis tumbuhan periuk kera dari Sabah dan Sarawak (Gambar 2).
Ada antara dua spesis tumbuhan ini di mulutnya terdapat najis haiwan. Mereka kemudian mengambil sampel dari kesemua enam spesis, dan mendapati bahawa dua spesis periuk kera ini mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi!
Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Saya fahamkan lebih jelas dulu. Periuk kera biasanya tumbuh dari tanah yang kekurangan nitrogen. Jadi, air dan sinaran mentari tidak cukup untuk pastikan periuk kera hidup lama. Di sinilah tumbuhan ini menjadi perangkap serangga untuk menyerap banyak kandungan nitrogen dari serangga.
Lama-kelamaan, populasi serangga berkurang. Periuk kera harus mencari jalan untuk dapatkan nitorgen lebih, Maka, tumbuhan ini sanggup menjadi tandas untuk haiwan ‘melabur’. Kajian tahun 2009 menunjukkan bahawa sesetengah spesis periuk kera berhubung rapai dengan tupai gunung, di mana tupai ini mendapat sumber karbohidrat dari tumbuhan tersebut, tapi tupai gunung kena berikan najis yang kaya dengan kandungan nitrogen.
Mengikut Robinson, keupayaan periuk kera menjadi tandas haiwan adalah suatu bentuk evolusi yang penting supaya banyak spesis-spesis periuk kera yang mengalami kepupusan boleh diselamatkan selain mengharapkan seranggan saja.
______
Alam kehidupan ni sangat menarik untuk diteroka untuk memahami betapa indahnya ciptaan Tuhan. Sebab tu kami terbitkan BIOLOGIA yang bercerita macam-macam pasal haiwan. Jom beli di Shopee: https://bit.ly/biologiashopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply