Perdebatan Megalodon Yang Masih Tiada Pengakhiran!

0
3453
views

Nama : Megalodon atau nama penuhnya Carcharocles Megalodon.

Habitat : Megalodon tinggal yang di lautan panas pada zaman Miocene (sekitar 23.03 juta tahun dahulu) dan juga  Pliocene (5 juta tahun dahulu). Hanya di temui seluruh dunia kecuali Antartika.

Gigi dan Saiz Badan : Penemuan gigi Megalodon yang terbesar ialah bersaiz 7inci iaitu bersamaan dengan 18cm. Bagi Megalodon yang biasa hanya berukuran 3 hingga 5 inci.

Dari segi saiz pula, dianggarkan saiz Megalodon boleh mencecah 60 kaki iaitu hampir bersamaan dengan 19 meter. Ini bermakna saiz Megalodon paling terbesar adalah dua kali ganda dari The Great White Shark.

Fakta menarik

Ramai para pengkaji masih berdebat mengenai Megalodon. Antara perdebatan yang masih lagi menemui jalan buntu adalah saiz sebenar Megalodon dan juga genetik Megalodon berkait dengan The Great White Shark.

Antara penemuan fosil gigi Megalodon.

Saiz Megalodon pada awalnya ada sesetangah para pengkaji menemui sebatang gigi yang berukuran 7 inci. Walau bagaimanapun, tiada bukti mengenai wujudnya Megalodon itu sendiri. Disebabkan itu juga, para pengkaji masih lagi berdebat saiz sebenar Megalodon. Bertahun yang lalu, dianggarkan saiz Megalodon in boleh mencecah 100 kaki. Malangnya, ia telah disangkal oleh beberapa pihak. Hal ini kerana, pada zaman yang berteknologi canggih, penemuan fosil gigi dan juga rahang Megalodon telah di bentuk semula dan dikira jangkaan sebenar saiz Megalodon.

Genetik Megalodon sering diperkatakan sebagai baka kepada The Great White Shark. Bukti yang hamper sama dengan genetik Megalodon ini adalah saiznya. Jika dibandingkan Megalodon dan The Great White Shark, bentuk fosil gigi Megalodon seolah-olah sama seperti dengan gigi The Great White Shark.

Perbezaan fosil gigi Megalodon dan The Great White Shark.

Tetapi malangnya timbul fakta yang mengatakan genetik Megalodon dan The Great White Shark adalah berbeza. Antara bukti yang membezakan mereka berdua ini adalah rangkaian makanan. Rangkaian makanan untuk Megalodon lebih gemar kepada pemangsa yang besar seperti Blue Whale, Sperm Whale, dan malah The Great White Shark sendiri. Bagi The Great White Shark pula, rantaian makanan mereka lebih kepada anjing laut, ikan lumba-lumba dan pemangsa yang lebih kecil daripada diri mereka sendiri.

Konflik para pengkaji disini adalah pada rantaian makanan mereka. Oleh sebab Megalodon gemar memakan pemangsa yang lebih besar berbanding The Great White Shark, genetik mereka berdua masih lagi menemui jalan buntu.

Antara rahang Megalodon yang terbesar.

Mengapa Megalodon dikategorikan sebagai pupus?

Antara punca Megalodon pupus adalah pemangsa muda migrasi ke lautan sejuk. Disebabkan Megalodon habitatnya dilautan panas, Megalodon kekurangan makanan didalam rantaian makanan mereka. Para pengkaji juga mengesahkan kebarangkalian Megalodon pupus adalah disebabkan migrasi terhadap pemangsa-pemangsa yang besar dan menjadi punca Megalodon mula kelaparan sehingga menyebabkan mereka mati. Oleh sebab suhu air laut yang rendah menjadi pilihan pemangsa besar, Megalodon tidak dapat menahan dengan suhu air laut tersebut jika ingin turut bermigrasi dan akhirnya Megalodon membuat keputusan untuk terus hidup di suhu laut yang panas.

Dokumentari palsu yang dihasilkan oleh Discovery Channel

Pada tahun 2013, rancangan Discovery Channel telah menyiarkan segmen Shark Week yang megenengahkan mengenai Megalodon. Di dalam rancangan tersebut membuktikan bahawa Megalodon itu masih wujud. Dengan memaparkan sebuah foto sekitar tahun 1942 yang menunjuk sirip Megalodon kelihatan muncul bersebelahan dengan kapal selam jerman.

Gambar yang menunjukkan sirip jerung berdekatan dengan kapal selam milik Jerman. Gambar diambil dari Sharkzilla/Discovery Channel.

Ia dikatakan palsu kerana ombak yang dihasilkan oleh megalodon sepatutnya lebih besar dan dapat dirasaioleh kapal selam itu sendiri. Mustahil juga jerung yang digelar Megalodon tidak menyerang kapal selam tersebut. Jarak antara sirip tersebut boleh dikatakan tidak jauh dan dengan kehadiran kapal selam tersebut, Megalodon sudah semestinya dapat lihat di kawasan sekitarnya.

Ikan paus yang terdampar diperairan Brazil. Gambar diambil dari theguardian.com.

Dalam masa yang sama, rancangan Shark Week yang disiarkan oleh Discovery Channel membawa beberapa saksi mengatakan mereka terlihat sirip jerung dan berdasarkan gambar ikan paus yang terdampar, ia menampakkan seperti di ubah suai dengan melakukan CGI. Dengan itu, Discovery Channel terus capai kata putus yang mengatakan Megalodon masih wujud.

Ramai pengkaji telah menghantar rayuan kepada Discovery Channel untuk menarik balik rancangan yang membabitkan Megalodon atas dasar tiada bukti kukuh yang Megalodon ini masih wujud.

– MAF –

Comments

comments

Previous articleTsu Chu: Permainan Bola Sepak Zaman Purba
Next articleRaja-Raja Melayu Melaka Yang Agung Sepanjang Zaman

Nama penuh : Muhd Ammerul Faizal,
Nama pena : MAF,
Negeri kelahiran : Johor,

Sedang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mengambil jurusan IT dalam bidang Pembangunan perisian,
Minat ke arah Zoologist (Haiwan purba dan Haiwan Istimewa).

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here