Perang Paling Pendek Dalam Sejarah

1
9858
views
(Istana Zanzibar selepas dibedil – kredit: historic-uk.com)

Zanzibar adalah sebuah negara pulau yang terletak di lautan hindi, sekarang ia sebahagian dari negara Tanzania. Pulau Zanzibar menjadi bawah kawalan nominal Kesultanan Oman sejak 1698 selepas mereka berjaya mengusir peneroka Portugis yang menuntut pulau tersebut pada tahun 1499.

Namun demikian, Kesultanan Oman berpecah, Zanzibar dan Oman telah dibahagikan kepada dua pemerintah berasingan, Sultan Majid bin Said memerintah Zanzibar, Dan abangnya Thuwaini bin Said al-Busaid memerintah Oman.

Sultan Majid bin Said membebaskan pulau Zanzibar dengan mendapat pengiktirafan Great Britain. Ini menjadikan Sultan Majid sebagai Sultan pertama Zanzibar.

Bargash bin Said, Sultan kedua Zanzibar telah dipaksa oleh tuntutan British dengan ancaman sekatan untuk menghapuskan perdagangan hamba pada 1873. Arahan dari London akan bertindak agresif jika tuntutan itu ditolak.

Britain mengiktiraf kedaulatan Zanzibar dan Kesultanannya pada tahun 1886, setelah lama menjalin hubungan akrab antara kedua-dua negara.

Walau bagaimanapun, Jerman juga berminat di Afrika Timur, dan kedua-dua kuasa bersaing untuk mengawal hak-hak perdagangan dan wilayah di kawasan itu.

Perang Inggeris-Zanzibar 1896

25 Ogos 1896 Konflik antara Empayar British dan Kesultanan Zanzibar di Afrika timur. Ia merupakan perang paling singkat dalam sejarah kerana konflik ini hanya berlangsung selama 38 minit.

Konflik berlaku apabila kematian pro-inggeris Sultan Hamad bin Thuwaini pada 1896 dan kemudian takhta Zanzibar dinaiki oleh Sultan Khalid bin Bargash dengan tanpa kebenaran British.

British lebih menyukai Hamud Bin Muhammad sebagai pengganti kerana ia dapat membantu kepentingan British di Afrika timur.

Sesuai dengan perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 1886 ini telah meletakan syarat pengantian sultan perlu mendapat persetujuan dari konsulat inggeris dan Sultan Khalid Bargash tidak memenuhi syarat ini.

Maka inggeris telah mengirim ultimatum(kata dua) kepada Khalid agar dia menyerah dan segera tinggalkan istana.

(Sultan Khalid bin Bargash – realhistoryww.com)

Namun, Sultan Khalid mengabaikan amaran tersebut sebaliknya mengumpul sebanyak 2,800 tentera di dalam istana untuk melindunginya.

Cukup mengejutkan, Bala tentera Khalid bersenjata lengkap, walaupun ada beberapa senjata api dan meriam yang dihadiahkan oleh british kepada sultan sebelumnya sempena hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Pada masa yang sama, British sudah mempunyai dua buah kapal perang berlabuh di perlabuhan, HMS Philomel dan HMS Rush, dan segera menghantar tentera untuk melindungi konsulat inggeris dan menjaga penduduk tempatan dari rusuhan.

Basli Cave konsul inggeris di Zanzibar memohon bantuan dari kapal perang British HMS Sparrow, yang memasuki pelabuhan pada waktu petang 25 ogos.

Walaupun Cave mempunyai senjata yang cukup di pelabuhan, Cave tahu bahawa dia tidak ada kuasa untuk membuka perseteruan tanpa kebenaran kerajaan british.

(Istana Zanzibar 1800s – Historic-UK.com)

Ultimatum(kata dua) terakhir kepada Khalid telah dikeluarkan pada 26 ogos, mendesak beliau keluar dari istana pada pukul 9pagi pada keesokan hari.

Pada pukul 8:00pagi keesokan harinya, satu jam sebelum tamat tempoh ultimatum, Khalid membalas kepada Basli Cave dengan mengatakan..

‘’ Kami tidak mempunyai niat untuk menurunkan bendera kami(menyerah), dan kami tidak percaya anda akan memulakan tembakan ke atas kami’’

Lalu Cave menjawab dengan menyatakan bahawa dia tidak  berhasrat untuk memulakan serangan ke atas istana jika Khalid melakukan apa yang diminta british.

 Konflik Bermula

Itu kali terakhir Cave mendengar daripada Khalid, dan pada pukul 9 pagi arahan diberikan kepada kapal british dipelabuhan bersedia untuk membedil istana.

Dengan hanya 2minit konflik berlangsung, hampir kesemua artileri milik Khalid dimusnahkan.

Struktur depan istana mula runtuh, pada masa yang sama selepas 2 minit pembedilan berlaku, Khalid melarikan diri melalui pintu belakang istana membiarkan hamba dan tenteranya mempertahankan istana.

Pukul 9:40 pagi, serangan terhenti, bendera sultan diturunkan dan peperangan yang paling singkat dalam sejarah secara rasminya berakhir selepas hanya 38 minit.

Peperangan singkat ini mengakibatkan 500 tentera Khalid terkorban dan cedera, terutamanya disebabkan oleh kesan letupan yang kuat dan meruntuhkan sebahagian struktur istana. Hanya seorang pegawai british cedera, yang kemudian sudah pulih di hospital.

Apabila Khalid sudah dikalahkan, UK bebas meletakkan pro-british Sultan Hamud di atas takhta Zanzibar. Beliau memerintah bagi pihak ‘Her majesty goverment’ bagi tempoh enam tahun.

Untuk Khalid, beliau berjaya melarikan diri bersama sekumpulan kecil pengikut setia ke konsulat jerman.

Meskipun sudah dibawa pulang oleh British untuk ekstradisi beliau, Khalid diseludup keluar dari negara pada 2 oktober oleh tentera laut jerman.

British telah menyerang afrika timur pada tahun 1916, dan akhirnya Khalid ditangkap dan kemudiannya dibawa ke Saint Helena dan hidup dalam buangan.

Selepas ‘menjalani hukuman’, beliau kemudiannya dibenarkan pulang ke Afrika Timur dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1927.

RUJUKAN:

Patience, Kevin (1994), Zanzibar and the Shortest War in History, Bahrain: Kevin Patience

A History of the Arab State of Zanzibar, London: Methuen Publishing

“The Exile of Sayyid Khalid bin Barghash Al-BuSa’idi”, British Journal of Middle Eastern Studies

Comments

comments

1 COMMENT

  1. Cómo perder peso con agua

    Beber mucha agua puede ser una herramienta muy útil en el arsenal p una persona a dieta
    cuando la pérdida de peso es una meta. Esta ayuda a aumentar el metabolismo, suprime el apetito y ayuda a perder peso del agua retenida.
    El conseguir beber delaware 8 a 10 vasos al día es manhattan project medida recomendada, failure embargo puede ser difícil, pero scam determinaciód, lo puedes lograr ymca pronto estarás durante el camino correcto de usar
    el agua a tu prefer en manhunter batalla delaware la pérdida delaware
    peso.

    Durante manhattan project temporada delaware calor
    es recomendable beber agua fresca para bajar un poco manhunter temperatura corporal y de esta manera el cuerpo trabaje un poco mas
    en typical la temperatura, b para eso es recomendable contar scam un enfriador de agua, puedes comprar
    despachadores p agua a un increíble precio durante la tienda durante línea delaware TodoCasa.mx manhattan project cual te hará el envió
    p los artículos hasta la puerta de tu casa, crime ningúdeborah costo, esto es todo un beneficio para tu salud.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here