Peranan USA Dalam Membentuk Negara Haram Israel

0
1071
views

Ucapan President Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap Jerusalem sebagai ibu negara Israel merupakan suatu yang tidak dapat diterima oleh penulis dan juga umat Islam di seluruh dunia. Namun, ini bukan kali pertama ahli politik dari Amerika menyatakan sokongan terhadap negara haram bernama Israel. Penulis ingin memberi perspektif baru dari sudut sokongan Amerika dari awal pembentukan negara haram tersebut.

Permulaan “Sokongan” dari Amerika

Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua, orang-orang Yahudi ketika itu masih menjadi pelarian akibat peperangan dan juga penghapusan sistematik oleh Nazi Jerman. Britain enggan membenarkan orang Yahudi untuk berpindah ke Palestin yang ketika itu masih dibawah kuasa penuh Britain. Mereka kemudian mencari bantuan dari Amerika Syarikat dalam usaha untuk berpindah ke tanah Palestin. Keadaan ini menyemarakkan semangat “Political Zionism”. Arthur Goldschmidt Jr, seorang profesor dalam isu-isu Timur Tengah mendefinasikannya sebagai kepercayaan bahawa hanya orang Yahudi sahaja yang sepatutnya mendirikan dan menjaga tanah tersebut.

Pada 1942, golongan Zionist dari Amerika melancarkan satu program iaitu Biltmore Porgram yang merupakan asas polisi-polisi Zionist. Ini dilihat sebagai satu pengstrukturan semula organisasi dalam Zionist apabila pimpinan mereka yang dianggap sederhana digantikan dengan mereka yang ekstrem dan aggresif. Selain itu, Zionist turut menggesa Britain untuk meminda semula Kertas Putih atau “White Paper” yang bertarikh 1939. White Paper merupakan polisi yang dikenakan terhadap tanah Palestin yang dikuasai oleh Britain dan hasil perbincangan yang tidak menjadi diantara pemerintah-pemerintah Arab dan wakil-wakil Zionist. Secara ringkas, kertas ini memberi cadangan penubuhan negara Yahudi dalam masa 10 tahun, menghadkan perpindahan orang Yahudi ke Palestin dan menyekat orang Yahudi dari membeli tanah di sana. Persatuan Zionist Sedunia atau World Zionist Organisation seterusnya menyokong tindakan ini.

Jadi Mengapa Orang Yahudi Ingin Berpindah?

Mereka tidak ada tempat tinggal yang tetap. Pada 1930, hubungan Arab dan Yahudi begitu tegang. Pengaruh Adolf Hitler dan parti Nazinya di Jerman menyebabkan orang Yahudi rasa gelisah. Kebanyakan mereka yang tinggal di Jerman didiskriminasikan dengan peraturan yang berat sebelah dan ancaman dari golongan anarki Jerman yang terpengaruh dengan ucapan Hitler yang membenci golongan Yahudi. Mereka perlu berpindah. Di mana?

Kebanyakan negara di Eropah telah penuh dengan penduduknya dan mengalami masalah pengangguran akibat masalah “Great Depression” dimana ekonomi dunia menjunam dari segi stok dan pengeluaran barangan. Ketika itu, pada 1924, Amerika juga mengenakan sekatan terhadap kemasukan pendatang asing ke negara mereka. Di mata orang Yahudi, hanya tinggal Palestin.

Sikap Ahli Politik Amerika Syarikat

Bagi seorang ahli politik ketika itu dan sekarang, pengekalan kuasa mereka terletak di suara rakyat yang menyokong mereka. Ahli politik Amerika Syarikat tidak terkecuali. Mereka bersemangat dengan cadangan penubuhan negara Yahudi kerana undi. Mereka hanya mengetahui perasaan pengundi mereka di Amerika dan bukan penduduk majoriti Arab di Palestin. Ini untuk mengambil kira “Jewish Vote”. Undian dari orang Yahudi tidak banyak yang disangka. Namun, kebanyakan orang Kristian di Amerika berharap dengan pembentukan negara Yahudi, mereka dapat memberi suatu konsesi terhadap orang yahudi yang dibunuh dengan kejam oleh kerajaan Nazi Jerman dibawah pimpinan Hilter. Ini merupakan kemenangan yang dinanti-nantikan oleh pelobi-pelobi Zionist.

Sumber
A Concise History of the Middle East, Arthur Goldschmidt, Jr.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.