Islam bukan satu-satunya agama yang mempunyai kitab suci dengan penerangan berdasarkan amalan seorang nabi. Beribu-ribu tahun sebelum lahirnya seorang insan bernama Abu al-Qasim Muhammad bin Abdullah SAW, ditakdirkan satu pergolakan besar di bumi Mesir apabila sepuluh bala bencana menggugurkan ego seorang penguasa. Sungguhpun keangkuhannya tertunduk dalam masa yang singkat sahaja, kesannya masih boleh dilihat sehingga hari ini. Keluarnya Bani Israil daripada cengkaman Firaun yang dicelakakan melambangkan permulaan sejarah Judaisme dibawah kepimpinan seorang nabi bernama Musa as.

Bala-bala yang ditimpa Mesir bukan sahaja dibuktikan agama. Terdapat kesahihan dari segi saintifik bahawasanya pernah berlaku perubahan iklim dan persekitaran yang memainkan peranan dalam setiap bala terhadap Firaun. Maka setelah Bani Israil keluar daripada Mesir, bermulanya episod demi episod dalam lebaran sejarah Timur Tengah. Antaranya adalah wahyu-wahyu yang dijadikan Taurat. Dan yang paling agung sekali adalah bagaimana sebuah gunung boleh lebur semasa Nabi Musa as memohon kemunculan Allah.

Walau bagaimanapun, tidak pula ramai tahu akan keperluan Talmud. Ada juga yang mengatakan bahawa kitab Talmud telah jauh menyimpang daripada Taurat. Satu persoalan besar dijadikan tanda tanya apabila Tanakh turut mula dibincangkan. Berdasarkan komen-komen di media sosial, ternyata mereka tidak faham agama Judaisme. Proses pengajian agama ini memang rumit. Kitab-kitab Yahudi seperti Tanakh dan Talmud perlu ditelusuri dengan teliti.

Tanakh merupakan sebuah kompilasi tiga kitab iaitu TAwrat (Taurat), NAvi’im (Kitab Para Nabi) dan KHetuvim (Kitab Penulisan). Abjad-abjad yang dibesarkan hurufnya membuatkan perkataan “Tanakh”. Kaum Yahudi amat menyanjung kompilasi ini sebagai sebahagian daripada agama mereka.

Namun satu lagi kitab yang diguna sebagai sumber utama. Talmud terbahagi kepada dua: Bavli (Babylon) dan Yerushalayim (Baitulmuqaddis). Talmud Bavli mempunyai kuasa lebih tinggi berbanding sumber Talmud Baitulmuqaddis. Kedua-duanya bukan sekadar undang-undang Israel. Sebaliknya, kitab Talmud merupakan batu asas kepada Yahudi, tidak kira apa mazhab dan pecahan mereka. Dan Talmud bukanlah kitab yang menyimpang dari Taurat.

Semasa Nabi Musa as berada di Gunung Sinai, Bani Israil telah dihadiahkan dengan Kitab Taurat. Namun kitab ini bukanlah senaskhah untuk diamalkan. Kitab ini bersifat bertulis, dan juga dijelaskan secara lisan. Ibaratkan al-Qur’an yang bertulis, dan Hadis yang menceritakannya cara Nabi Muhammad SAW mengamalkan al-Qur’an. Cuma perbezaan Islam dan Judaisme, Taurat Bertulis dan Taurat Lisan adalah bahagian kepada kitab yang sama.

Konsepnya sama. Al-Qur’an menetapkan hukum-hakam dari Allah. Hadis pula menerangkannya. Ini tidak sama sekali bermakna Allah perlukan Hadis untuk menegakkan syariat-Nya. Cuma masakan seorang raja mengajar rakyatnya abjad dan angka. Baginda mempunyai para guru yang diupah untuk didik rakyat dibawah naungannya. Bagi Allah pula, Dia mempunyai para rasul untuk menerangkan syariat-Nya kepada golongan yang tidak layak untuk mendapat apa pun dari-Nya melainkan ilham, rezeki, dan apa-apa hamba biasa boleh dapat.

Al-Qur’an menyeru kita bersolat, tetapi tidak menerangkan cara. Lalu, rukun-rukun solat diterangkan secara jelas melalui Hadis. Begitulah juga “Taurat Bertulis” dan “Taurat Lisan”. Taurat Bertulis menerangkan bahawa kaum Yahudi perlu sembelih korban haiwan atas arahan Tuhan, dan memelihara kesucian Hari Sabat. Taurat Lisan memainkan peranan dalam penerangan kaifiat-kaifiatnya.

Taurat Lisan pula diturunkan secara lisan daripada Nabi Musa as kepada Nabi Joshua, dan demikian turunlah Taurat Lisan kepada ahli-ahli Dewan Agung, yang diketuai oleh Uzair ketika pembinaan Kuil Kedua. Dan pelajar-pelajar Kuil Kedua ini mula menghafal Taurat Lisan daripada kod yang dikenali sebagai Mishnah.

Setelah runtuhnya Kuil Kedua pada 70AD, agamawan-agamawan Yahudi mula risau akan keselamatan Taurat Lisan. Maka Rabbi Yehudah memulakan proses suntingan edisi Mishnah terakhir, yang selesai lebih daripada 100 tahun selepas kejatuhan Yahudi. Prosesnya terdiri daripada persetujuan dan pengesahan daripada ahli-ahli agama, dan pendapat-pendapat yang ditolak pun turut dimasukkan.

Proses pengajian Taurat Lisan merangkumi kepada penghafalan asas-asasnya, yang dikenali sebagai Mishnah, dan penulisan ulasan-ulasan, yang dikenali sebagai Gemara. Dan Mishnah dan Gemara inilah Talmud.

Pada abad ketiga, penduduk Israel mengumpulkan semua skrip-skrip untuk membentuk Talmud Baitulmuqaddis, dan 200 tahun kemudiannya, Talmud Bavli pula dibukukan dan diterima sebagai versi paling agung.

Apa yang Talmud membincangkan adalah, kategori Halachah – definisi-definisi, sumber-sumber dan penerangan-penerangan untuk undang-undang Taurat, dan kategori Aggadata yang memberi keutamaan kepada akidah, falsafah dan etik, turut juga perniagaan dan kesihatan.

Tanakh, atau Bibel Ibrani (Hebrew Bible) pula mempunyai pengertian yang lebih meluas berbanding Talmud. Kalau Talmud merupakan gabungan Mishnah dan Gemara, Tanakh pula merupakan gabungan tiga kitab: Taurat, Nevi’im dan Ketuvim. Dan gaya hidup Yahudi dilukiskan berdasarkan Tanakh dan Talmud.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply