Nama Khalifah Umar bin Abdul Aziz ini bukanlah suatu yang asing bagi mereka yang sering mengikuti siri tokoh-tokoh yang berpengaruh didalam Islam. Perwatakannya yang warak, zuhud dan bersederhana ketika memimpin daulah Umayyah selama dua tahun lima bulan telah meletakkan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang banyak jasanya dan diera pemerintahannya jugalah dikatakan diantara yang terbaik.

Beliau dilahirkan pada 56H 675M. Keperibadian yang luhur ditonjolkan beliau menyebabkan beliau diberi beberapa gelaran seperti Al-Imam, Al-Hafiz, Al-Mujtahid, Al-Zahid, Al-Abid, Al-Rasyid dan lain lagi. Menurut Al-Zahabi, segala gelaran yang menyertai sebutan namanya adalah menepati ciri-ciri yang melingkungi kehidupan peribadi dan kepimpinan yang dibawa oleh Abu Hafaz Al- Madani Al-Misri Umar Abdul Aziz.

Pengurusan Baitul Mal yang menjadi sumber dana utama pada ketika itu telah dimaksimumkan fungsinya sebaik mungkin di bawah pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz. Disana terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada pertumbuhan ekonomi yang positif dan berimpak.

Hal ini dapat dilihat apabila rakyat dibawah pemerintahan beliau dapat hidup denga naman malah beliau sendiri disayangi oleh rakyat jelata. Beberapa inisiatif telah digagaskan dalam usaha memastikan Baitul Mal dapat dimaksimumkan fungsinya. Langkah tersebut termasuklah penciptaan iklim sihat untuk pertumbuhan ekonomi.

Sikap khalifah-khalifah sebelum Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah banyak membebankan rakyat sehingga ia telah menjadikan rakyat yang kaya terus bertambah kaya dan rakyat yang miskin bertambah miskin. Antara perkara yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan melarang gabenor-gabenor dan kakitangan kerajaan melakukan monopoli terhadap kekayaan dan aset negara.

Selain itu, beliau juga melarang gabenor-gabenor dan kakitangan kerajaan merampas dan menyita kekayaan secara zalim.Malah barang yang dirampas dahulunya disuruh untuk dikembalikan semula dan kalau tidak jumpa pemiliknya dimasukkan kedalam bendahara negara.

Selain itu, Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga membina prasarana berbentuk  infrastruktur dan kemudahan  seperti jambatan, menyediakan pengangkutan awam, menggali beberapa perigi, membina jalan raya dan menggali tanah untuk membina sungai.

Semasa membina infrastruktur-infrastruktur ini Khalifah Umar bin Abdul Aziz menggarahkan ia dibina tanpa memungut peruntukan daripada sesiapapun. Arahan tersebut dikeluarkan oleh beliau supaya gabenor-gabenor dan kakitangan kerajaan tidak mengambil tindakan atau menggambil kesempatan kepada rakyat dengan memungut cukai dan sebagainya.

Tindakan Khalifah Umar bin Abdul Aziz ini secara tidak langsung telah membuatkan rakyatnya menceburi bidang perniagaan dan perdagangan. Peningkatan hasil perniagaan dan perdagangan ini.Hal ini secara tidak langsung telah mendorong kepada peningkatan jumlah pembayaran zakat dan usyur yang mana pada akhirnya meningkatkan dana di Baitul Mal.

Dalam usaha memantapkan Baitul Mal yang terdiri daripada 5 sumber utama iaitu zakat, ufti, kharaaj, ‘usyur dan seperlima daripada ghanimah dan fa’ie., sikap serta muamalah yang baik dari sang pemimpin iaitu Khalifah Umar telah mendorong ramai dari golongan kafir zimmi yang memeluk Islam.Situasi ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pembayaran zakat dan seterusnya dana dalam Baitul Mal.

Ramainya kafir zimmi yang memeluk Islam pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz menyebabkan berlakunya pertambahan pembayar-pembayar zakat. Hal ini berlaku kerana kafir zimmi terdiri daripada golongan yang kaya. Mereka juga mampu mengeluarkan zakat harta kerana mereka memiliki perusahaan yang melibatkan sektor perniagaan dan perdagangan.

Larangan penjualan tanah yang terikat dengan cukai tanah juga menyebabkan kharaaj meningkat. Larangan terhadap penjualan tanah tersebut juga merupakan perintah yang dikeluarkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz berdasarkan syariat. Selain daripada larangan tersebut, Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga telah membina sistem perparitan dan jalan untuk memudahkan para petani mengairi tanaman dan membawa keluar hasil tanaman untuk dieksport

Tidak hanya itu, Khalifah turut merangsang dan merancakkan sektor perniagaan dengan menghapuskan cukai yang diwajar dikenakan dan mendorong kepada permintaan hasil pertanian menurun.Menerusi penghapusan cukai telah membuatkan permintaan terhadap barang tersebut meningkat dan akhirnya membuatkan perniagaan semakin laris.

Malah dengan arahan supaya para pembesar membina kemudahan rumah tumpangan untuk para pedagang dan peniaga juga secara tidak langsung memberikan jaminan keselesaan dan keselamatan bagi mereka yang menceburi bidang perdagangan dan perniagaan.Disamping itu, dibawah pemerintahan beliau yang singkat itu juga turut dimanfaatkan dengan menguruskan dan menggalakkan agar tanah-tanah terbiar yang dikenali sebagai himaa dikerjakan dalam sektor pertanian.

Hal ini membolehkan sumber pertanian negara meningkat. Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga mengalakkan rakyatnya meneroka tanah baru yang tidak mempunyai pemilik. Selain itu, tanah yang diambil daripada gabenor sebelumnya yang telah ditinggalkan, tidak diketahui pemilik atau warisnya, diusahakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Hasil daripada tanaman tanah yang diusahakan tersebut diserahkan kepada Baitumal.

RUJUKAN:

1. Berahim@Ibrahim, A. Z. (2005). OMAR IBN ’ABDUL ’AZIZ, KHALIFAH PEMERINTAHAN BANI UMAIYAH YANG BERTARAF MUJADDID. Journal of Al-Tamaddun, 1(1), 91–136. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/7881

2. Mohd Nor, R. (2013). “Pengurusan Baitulmal Era Pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.” Journal of Al-Tamaddun 8: 81-88.

Mohamad Fikri Bin Mohd Bakri
Mahasiswa Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam UM


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply