Sejak tahun lepas lagi ura-ura penggabungan antara dua pemain utama industri jalur lebar negara iaitu Celcom dan Digi bertiup kencang. Itu bukanlah sekadar khabar angin sahaja kerana kedua-dua pihak mengesahkan penggabungan tersebut. Pengesahan ini dapat reaksi bercampur baur daripada pelbagai pihak.

Bagi pihak pelanggan kedua-dua rangkaian jalur lebar itu, penggabungan ini adalah satu bala kerana kelembapan internet bakal menjadi barah. Bermakna gangguan rangkaian ataupun tiada line akan mengganggu kehidupan kita di masa hadapan. Namun pendapat berbeza pula dikongsikan oleh Celcom dan Digi.

Menurut kedua-dua syarikat, penggabungan itu melibatkan infrastruktur, teknologi dan kekuatan kewangan yang mampu berikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan. Ditambah lagi, Malaysia sudah mula beradaptasi dengan 5G yang menyediakan internet berkelajuan tinggi. Jadi dengan segala kelebihan yang dimiliki oleh Celcom dan Digi, gabungan ini akan mampu berikan akses kepada 5G di seluruh negara dengan kadar segera.

Walau bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) meminta penjelasan daripada Celcom dan Digi mengenai penggabungan ini, SKMM bimbang jika penggabungan bukanlah atas tujuan murni tetapi lebih kepada menguasai pasaran kerana syarikat baru nanti akan menjadi penyedia perkhidmatan jalur lebar terbesar di Malaysia.

Jika hanya satu syarikat sahaja menguasai pasaran, pasti mereka akan buat apa-apa sahaja yang dimahukan kerana tiada pesaing mampu menggugat. Kesannya pula terpaksa dihadam oleh pelanggan kerana itu sahaja perkhidmatan terbaik setakat. Hal inilah yang menjadi kebimbangan SKMM.

Pada akhirnya, SKMM tetap meluluskan penggabungan Celcom dan Digi setelah kedua-dua pihak bersetuju mengatasi masalah persaingan melalui satu aku janji. Selain itu, Celcom dan Digi telah diminta untuk menstrukturkan kembali MVNO yang bernaung di bawah kedua-dua syarikat. Beberapa MVNO seperti TuneTalk, RedOne dan XOX akan terus berada di bawah Celcom-Digi.

Manakala bagi Yoodo pula, SKMM meminta Celcom agar melepaskan semua pegangan. Yoodo perlu dijual dalam tempoh 18 bulan dan pemilik baru mestilah tidak miliki sebarang hubungan dengan gabungan Celcom-Digi. Jika gagal berbuat demikian, perkhidmatan Yoodo akan ditamatkan dalam masa 3 bulan.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kesannya adalah pengguna Yoodo perlu bertukar kepada telco lain kecuali Celcom dan Digi kerana dilarang menyerap pengguna Yoodo.

Adakah penggabungan ini sesuatu yang baik untuk kita semua sebagai pelanggan dan pengguna?

Dari satu sudut yang lain, penggabungan ini akan mengurangkan pilihan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan jalur lebar lebih baik. Ini kerana jika gabungan ini buat benda bukan-bukan, pengguna terpaksa bertahan dengan pilihan yang ada tidak mencapai tahap memuaskan. Situasi sebegini pernah terjadi dalam industri stesen televisyen berbayar apabila hanya satu pemain memonopoli.

Monopoli itu tamat setelah platform penstriman atas talian seperti Netflix dan Disney+ mula mendapat perhatian pelanggan. Jadi ramai berharap agar SKMM masuk campur dalam isu penggabungan Celcom dan Digi. Jika tiada jalan lain, SKMM perlu kenakan syarat yang agak ketat kepada gabungan dua syarikat tersebut.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kesimpulannya, penggabungan dua syarikat dalam perniagaan bukanlah perkara baru. Malah dalam industri automotif sendiri sudah wujud satu konsortium yang menggabungkan beberapa syarikat kereta di bawah satu bumbung. Cara ini bagus untuk syarikat tetapi bagi pelanggan, ini adalah seumpama bala kecil.

 RUJUKAN:

Berita RTM. (2022, Jun 29). MCMC tiada bantahan cadangan gabung Digi dan Celcom. Dipetik daripada https://berita.rtm.gov.my/index.php/ekonomi/42571-mcmc-tiada-bantahan-cadangan-gabung-digi-dan-celcom

Malaysia Gazette. (2022, Jun 29). SKMM lulus penggabungan Digi, Celcom. Dipetik daripada https://malaysiagazette.com/2022/06/29/skmm-lulus-penggabungan-digi-celcom/

Sinar Harian. (2021, April 9). Celcom, Digi bakal bergabung. Dipetik daripada https://www.sinarharian.com.my/article/132699/BISNES/Celcom-Digi-bakal-bergabung


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply