Selalunya, pengajaran yang paling pedih dan yang terbaik untuk dipelajari adalah sejarah kita sendiri.

Penakluk Portugis, Alfonso de Albuquerque hanya mengambil 20 hari untuk merampak pelabuhan Melaka pada 15 Ogos 1511. Perkara ini berlaku walaupun Melaka mempunyai lebih banyak pahlawan, lebih banyak senjata dan lebih banyak meriam malah turut mempunyai negara jiran sebagai negara sekutu.

Jadi, di manakah silapnya?. Melaka menyangka bumi bertuah ini sebuah negara kebal serta dilimpahi dengan kemewahan. Melaka juga yakin China akan mendapatkan bantuan dari Siam dan dari Pahang.

Pada kurun ke-15 dan ke-16, Melaka ialah pusat dalam dunia Melayu, pelabuhan yang mengawal Selat Melaka, laluan air semulajadi dan saluran utama antara India dan China.

Namun, kekalahan Melaka dalam peperangan [menentang Feringghe] amat muktamad sehingga tidak dapat mengembalikan semula status asalnya.

Menurut Tome Pires yang menulis buku Suma Oriental dan beliau tiba di Melaka sejurus penaklukan, Melaka ialah bandar terkaya dalam cubaan Portugis untuk menakluk. Menurutnya lagi, walaupun Melaka mempunyai kekayaan, mempunyai kekuatan tentera seramai 20,000 dan mempunyai lebih daripada 8,000 buah meriam, Sultan Mahmud Shah ialah sultan yang tidak popular. Agama digunakan sebagai punca pembahagian juga sebab ketidak puasan dalam kalangan bangsawan dan kalangan pedagang asing.

Petikan daripada Sejarah Melayu menunjukkan bahawa general Portugis itu telah mengkaji serta telah menyusup masuk serta mempengaruhi pembesar dan saudagar di Melaka untuk mendapatkan maklumat serta melakukan risikan bagi membuat strategi kempen perangnya. Walaupun Melaka telah bersedia untuk menghadapi peperangan ini namun perpecahan dalam kalangan rakyat di Melaka yang kelihatan canggih ini adalah antara perkara yang menyumbang kepada kemenangan mutlak kepada Portugis. Di sebalik kekayaan Melaka yang tidak dapat ditandingi ini, Melaka sebenarnya sedang menderita dalam kalangan orang kaya – dengan sifat tamak dan iri hati.

SATU HALAMAN DARIPADA SEJARAH

Pada awal tahun 1600, adalah diketahui semua bahawa Vatican memiliki satu salinan manuskrip iaitu Undang-Undang Melaka dengan anggapan ingin memahami Melaka secara mendalam. Sehingga ke hari ini, Vatican City Library memiliki manuskrip Undang-Undang Melaka yang tertua di dunia.

Setelah sekian lama, mungkin benar bahawa penaklukan Melaka adalah sebahagian daripada agenda yang lebih besar. Selain daripada ingin mengawal perdagangan rempah, Raja Portugal, Manuel I merancang untuk menghalang dan menghapuskan perdagangan dengan menakluk Aden, Ormuz dan akhir sekali Melaka.

Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, dunia Melayu dan empayar Islam bekerjasama menentang penguasaan barat. Kerjasama ini boleh dinilai dalam buku bertajuk Ottoman Connections to the Malay World menerusi satu siri rencana yang diedit oleh Said Kayadibi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Buku ini membincangkan mengenai sejarah panjang antara dunia Melayu dengan Muslim termasuk Rumi-Turks, Hadramis dan Uthmaniyah. Buku ini turut menceritakan bagaimana perhubungan ini menggambarkan kerjasama dalam agama, dalam politik dan dalam undang-undang. Ia juga membincangkan peranan Sultan Abdulhamid II dalam memperbaiki hubungan dunia Melayu dengan cendiakawan, pemerintah dan warisan mereka dalam menentang kuasa koloni Barat.

MISI PENAKLUK

Pada April 1511, Alburquerque mula bertolak dari India ke Melaka dengan 18 buah kapal bersama-samanya. Beliau memberitahu orang-orangnya, “Saya amat pasti jika perdagangan Melaka dapat dirampas daripada mereka, Kaherah dan Mekah akan hilang punca (daripada The Commentaries of The Great Alfonso den Albuquerque).

Mungkin kurang tepat untuk menyatakan bahawa Albuquerque hanya mengambil masa 20 hari untuk mengalahkan Melaka. Sudah terdapat tanda-tanda kejatuhan Melaka sebelum ketibaan Albuquerque lagi dengan angkatan tenteranya. Dalam mana-mana peperangan adalah penting untuk mengetahui kelemahan musuh. Ini ialah kunci kejayaan. Beliau berjaya memujuk pedagang asing agar tidak mencampuri peperangan yang akan berlaku. General tentera laut Portugis berkata kepada mereka, ini bukan peperangan mereka dan mereka tidak perlu menderita seperti keluarga diraja Melaka atau rakyat Melaka.

MALAM MENJELANG PEPERANGAN

Malam sebelum pertempuran akhir. Raja Ahmad, putera kepada Sultan Mahmud berdiri di Balairong Seri, ruang utama untuk mengadap Sultan bersama-sama dengan orangnya. Pahlawan paling berani Melaka, kaum lelaki dan kaum wanita turut hadir dalam perjumpaan ini.

Sultan Ahmad bertitah kepada orang-orangnya yang tiba dengan senjata masing-masing. “Apakah harus kita lakukan – malam sebelum pertempuran. Adakah kita menanti fajar menyingsing dengan berdiam diri? Beta fikir tidak. Ayuh kita membaca legenda pertempuran kita yang terkenal agar para pahlawan kita akan bersemangat.”

Tun Indera Segera mengeluarkan manuskrip Hikayat Hanafiah Maohamed dan beliau berkata: “Jika kita membaca kisah Hikayat Hanafiah Muhammad, tiada siapa akan mempercayai bahawa mereka berupaya melakukan aksi sehebat ini. Ayuh kita baca Hikayat Amir Hamzah dengan kecantikan bahasanya serta keberanian Amir Hamzah akan memberi semangat kepada orang-orang kita sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa mereka.”

Mereka yang hadir dalam perjumpaan itu mendengar epik Hikayat Amir Hamzah dalam suasana penuh kesunyian dengan kata-kata dalam berkemandang memecah suasana malam. Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Tun Ali Hati, Seri Udani dan ramai lagi. Antara mereka ialah seorang pemuda yang dihormati. Beliau dikenali sebagai Enrique The Black of Malacca di dunia luar dan bagi kita beliau ialah Panglima Awang. Beliau menjadi teman rapat kepada Ferdinand Magellan, warga Portugis yang mengetuai Expedisi Spain untuk mengelilingi dunia.

PATAH TUMBUH KEMBALI

Sejarah mempunyai caranya tersendiri dalam mengejutkan kita. Kejadian yang berlaku 500 tahun lalu boleh menjadi dokongan kepada hasil yang tidak disangka. Setelah pertempuran berakhir di Melaka, Panglima Awang telah ditangkap oleh Portugis. Beliau telah dijadikan hamba dan beliau telah kehilangan kebebasan bersama-sama dengan ribuan penduduk Melaka. Seolah-olah ketentuan nasib, Albuquerque telah menyerahkan beliau kepada pegawai beliau yang bernama Magellan yang memerlukan penterjemah. Sejak itu, beliau dikenali sebagai Enrique of Malacca.

Kebanyakan kita sudah mengetahui kisah Enrique mengelilingi dunia bersama-sama Magellan sebagai hamba beliau yang paling dipercayai.

Lapan tahun setelah Melaka ditawan, Magellan meninggalkan Sepanyol bersama-sama dengan anak kapal seramai 270 termasuk Enrique untuk mencari jalan baharu ke pulau rempah. Menerusi jurnal perjalanan Antonio Pigafetta, kita dapat mempelajari bagaimana Enrique memainkan peranan utama dalam berkomunikasi dengan Raja Humabon apabila armada Portugis tiba di Nusantara. Pada mulanya, beliau mengalami kesukaran berkomunikasi dengan penduduk asli, maka, di Cebu, Enrique berbicara dengan Raja Humabon dalam bahasa Melayu – lingua franca di rantau ini. Ferdinand Magellan disambut baik oleh Raja Humabon, sebahagian disebabkan oleh perhubungan baik antara Magellan dan Enrique.

Malangnya, perbalahan dalaman dengan Datu Lapu Lapu berakhir dengan kematian Magellan. Tempat Magellan digantikan dengan abang ipar Magellan, Duarte Barbosa sebagai kapten baharu. Beliau enggan memberi kebebasan kepada Enrique seperti yang diwasiatkan oleh Magellan. Seterusnya, kejadian yang tidak diingini berlaku, kru kapal yang masih tinggal dibunuh oleh Raja Humabon dalam satu bankuet dan yang terselamat kembali semula ke Sepanyol.

Enrique dipercayai terselamat dan kembali semula ke Melaka. Hari ini, ramai ahli akademi mengakui bahawa kemungkinan Enrique ialah orang pertama mengelilingi dunia. Beberapa tahun lalu ketika bersarapan di sebuah bengkel antarabangsa yang dianjurkan oleh Isle, Singapore on Javanese and Malay Literature. Prof G L Koster of Universidade do Minho, Portugal berkongsi dengan saya fakta mengenai Enrique of Malacca yang diterima dalam dunia akademi.

James Duncan Phillips, Professor of History di Universiti Harvard mendedikasi buku tulisan Dr Joyce E. Chaplin dengan tajuk Round About The Earth – Circumnavigation from Magellan To Orbit yang pernah memenangi hadiah kepada pelayar yang mengelilingi dunia, Enrique d Malacca yang juga dikenali sebagai Henry The Black, dengan beliau berkata , “mencipta sejarah dengan tidak sangka”.
Walaupun kita telah kehilangan pelabuhan kosmopolitan kita pada tahun 1511, kejadian yang berlaku sejak hari itu membawa kepada banyak plot dan perjumpaan. Itulah sejarah.

Pada garis masa sekarang, Melaka berada di legasinya ditambah dengan pengiktirafan daripada Unesco sebagai Tapak Warisan Dunia.

Maka, keputusan Tunku untuk mengisytiharkan kemerdekaan di Melaka dahulu adalah satu keputusan yang mendalam dan signifikant. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman membawa delegasi kecil yang terdiri daripada gabungan Perikatan dan wakil Raja-raja ke London. Setelah beberapa minggu mengadakan rundingan, Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Malaysia pada 31 Ogos tahun berikutnya.

Peristiwa Tunku kembali dari London pada 20 Februari 1956, beliau mengumumkan berita yang dinanti-nantikan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka adalah satu peristiwa yang bersejarah.

Maka, kedaulatan negara kita yang pernah hilang telah dikembalikan kepada kita untuk dihargai dan mempelajari kepentingan sejarah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penulis kelahiran Australia ini dibesarkan di Kg Chenor, Temerloh, Pahang. ninotaziz binti Abdul Aziz bin Tok Muda Salehuddin dari Chenor bin Tok Awang Pekan bin Tok Nit bin Tok Tunggal Bukit Segumpal bin Tok Ghaffur bin Tok Aji bin Tok Sabur Kampung Duri ini telah menghasilkan lapan buah buku bertemakan Hikayat Melayu dalam Bahasa Inggeris dan bakal menghasilkan antologi pertama bahasa ibunda Bahasa Melayu tahun 2020.

Leave A Reply