Joseph Stalin terduduk habis selepas mendengar apa yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki. Perasaan amarah menyelubungi hati beliau yang remuk dalam ketakutan, kerana Amerika Syarikat terbukti berjaya menundukkan keangkuhan Jepun tanpa perlu mendaratkan anggotanya. Lalu beliau mengerahkan saintis-saintis Soviet untuk kejar teknologi Amerika Syarikat.

Umumnya, bom atom telah meragut 226,000 nyawa di dua bandar tersebut. Soviet sangat perlu teknologi ini untuk menjadi pengimbang agar Amerika Syarikat takkan berani buat benda yang sama.

Namun pemerolehan senjata atom ini bukan mudah. Jauh Amerika Syarikat melangkah, dibantu pula dengan nasib apabila kerajaan Jerman bertindak menindas saintis sendiri. Pembelahan nuklear (nuclear fission) ditemui pada tahun 1938, hasil usaha Otto Hahn dan Fritz Strassman yang memperluas kajian dibuat saintis-saintis sebelum mereka. Jadi pihak Jerman mula digeruni Amerika Syarikat.

Strassman (kiri) dan Hahn (kanan)

Rata-ratanya percaya yang Jerman mampu membina senjata hasil daripada penemuan ini. Namun mereka tidak sedar, bahawa Jerman kehilangan ramai saintis fizik dan kimia yang lari keluar kerana ada kena-mengena dengan kaum Yahudi (sama ada mereka Yahudi, atau mereka berkahwin dengan Yahudi).

Pada Ogos 1939, dua saintis berkenaan menulis surat kepada pihak White House. Penulis Leo Szilard tahu beliau perlu tandatangan sokongan untuk menguatkan hujahnya. Bukan mudah untuk tembus birokrasi gila yang bersarang dalam Amerika Syarikat. Jadi beliau berusaha untuk mendapatkan Albert Einstein sendiri.

Albert Einstein dan Leo Szilard.

Selepas Einstein meletakkan tandatangannya, barulah surat tersebut sampai terus ke tangan Franklin D. Roosevelt. Szilard dan Einstein meminta White House bantu penyelidikan beberapa saintis, seperti Enrico Fermi misalnya (Barlow, 2019).

Surat Szilard-Einstein.

Pelan Tindakan White House

Pihak Amerika Syarikat bersetuju untuk menyediakan AS$6,000 yang dibelanja Enrico Fermi dan Leo Szilard untuk membeli graphite. Dana ini mengikut peringkat berkembang menjadi The Manhattan Project, yakni sebuah projek berskala besar dengan tujuan untuk menghasilkan senjata atom. Amerika Syarikat menjemput British masuk dalam projek ini – tetapi atas kepentingan, mereka tidak mempelawa Soviet meskipun sama sekutu dalam Perang Dunia Kedua.

Enrico Fermi

Jemputan ini mendedahkan bahawa British juga sedang mencuba nasib dalam pembinaan senjata sedemikian. Dan projek British didapati lebih besar… tetapi masih jauh untuk dibandingkan dengan Amerika Syarikat (Phelps, 2010). Lagi mendalam mereka mengkaji keupayaan uranium dan plutonium, lagi mereka sedar betapa berkuasanya bom ini.

Lalu pentadbiran Roosevelt membentuk sebuah jawatan kuasa kecil dalam kalangan orang-orang tertinggi negara seperti White House, Pentagon, dan saintis-saintis tertentu sahaja. Kerja mereka sekarang adalah untuk memuatkan teknologi ini dalam bentuk sebuah bom, iaitu Project Y sebelum mengujinya pada 16 Julai 1945 di New Mexico.

Ujian atom.

Bom ujian adalah bom yang sama dilepaskan di Nagasaki. Jadi mereka tahu kedahsyatan senjata yang dicipta ini – dengan letupan serta penghamburan tenaga luar biasa. Sampai hari ini lima daerah keliling zon ujian terdedah pada risiko pencemaran radiasi (Bouville, et al., 2020). Boleh kata Jerman bernasib baik, kerana sudah serah kalah pada masa ini. Jika Berlin masih bertahan asakan Tentera Merah, entah apa akan berlaku pada Jerman pada hari itu.

Walaupun Jerman sudah serah kalah, Perang Dunia Kedua masih berterusan… kerana Jepun masih enggan tunduk. Rata-ratanya dalam kalangan jeneral ingin berjuang sampai titisan darah terakhir. Kerana Jepun masih belum pernah kalah dalam peperangan… apatah lagi menjadi mangsa pencerobohan kuasa asing. Franklin D. Roosevelt pada masa ini pula sudah meninggal dunia. Kuasa Amerika Syarikat dipegang Harry S. Truman, yang sudah naik muak dengan keangkuhan Jepun.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Lalu Truman menandatangani persetujuan untuk melepaskan dua butir bom… untuk membuktikan pada Jepun yang Amerika Syarikat telah menemui metodologi perang serba baharu. Dan itulah yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki. Tidak perlu mendarat anggota perang. Hanya dua kapal dan dua bom untuk mengakhiri segala-galanya.

RUJUKAN:

Barlow, A. (2019). The Manhattan Project and the Dropping of the Atomic Bomb: The Essential Reference Guide. ABC-CLIO. Halaman 24.

Bouville, A., et al. (2020). The Methodology used to assess doses from the First Nuclear Weapons Test (Trinity) to the Populations of New Mexico. Health Physics. 119 (4): 400-427.

Phelps, S. (2010). The Tizard Mission: the Top-Secret Operation that Changed the Course of the World War II. Westholme. Halaman 282-283.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply