Sejak kebelakangan ini makin ramai buat kesimpulan selepas baca tajuk. Jadi saja letak tajuk begini. Mungkin ada yang fikir pembedahan ini dibuat seekor beruk yang mendapat ijazah MB BCH BAO.

Bagi yang rajin membaca, jom kita tengok macam mana Universiti Johns Hopkins buat pembedahan tanpa doktor. Dunia pembedahan sememangnya luas mengikut fungsi.

Hari ini merupakan hari terakhir tempahan buku terbaru kami. Dapatkan segera di: http://bit.ly/PraTempah

Tetapi kebanyakan fungsi ini dijalankan dengan dua cara sahaja: pembedahan terbuka (open surgery) atau pembedahan berkamera (laparoscopic surgery).

Pembedahan laparoskopik.
Bayangan digital.

Walaupun bunyi macam maju, pembedahan berkamera bukanlah suatu perkara baru.

Saintis sentiasa menilai dan selalu mengesahkan yang pembedahan berkamera adalah lebih baik jika tujuannya untuk merawat saluran makanan (esophagus), hempedu dan limpa (Velanovich, 2000).

Selama ini kamera laparoskopik masih memerlukan seorang doktor yang pakar.

Seorang pakar memasukkan kamera dalam mulut pesakit. Kamera ini mempunyai segala kelengkapan untuk buat pembedahan. Sesudahnya, pesakit hanya perlu pulih daripada pembedahan… bukan apa-apa torehan yang lain (torehan yang perlu dibuat dalam pembedahan terbuka).

Walau bagaimanapun, pembedahan jenis ini ada potensi kecuaian (human error). 75 peratus komplikasi pasca-pembedahan terjadi kerana kecuaian doktor (Fabri & Zayas-Castro, 2008).

Jadi saintis mempertimbang penggunaan robot dalam usaha untuk mengurangkan kecuaian doktor. Tetapi bukan senang untuk bangunkan teknologi sebegini.

Setiap pembedahan walaupun sama jenis tidak semestinya di tempat sama. Maka teknologi robot perlu betul-betul maju dan diuji secara agresif terlebih dahulu.

Kejayaan Universiti Johns Hopkins

Pihak universiti membuat sebuah kumpulan untuk projek Robot Autonomi Tisu Pintar (Smart Tissue Autonomous Robot).

Projek STAR adalah untuk menjayakan sebuah pembedahan tanpa doktor. Setiap langkah dalam operasi ini bergantung seratus peratus pada kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang mengimbas dan melaksanakan pembedahan. Jujur cakap, projek ini masih jauh untuk digunakan pada manusia.

Jadi dalam peringkat ujian sebegini, saintis universiti menggunakan STAR untuk bedah seekor babi.

Bukan babi yang jenis tidak pandai beri isyarat semasa membelok. Ini memang babi berkaki empat yang haram dimakan melainkan jika dalam situasi darurat.

Dapatan awal (preliminary finding) mereka memang memberangsangkan. Kerana teknologi STAR  dilaksanakan secara automasi sampai boleh menghubungkan semula bahagian usus seekor babi.

Setelah siap membedah, saintis universiti membandingkan kualiti kerja dengan pembedahan seorang pakar haiwan.

Mereka mendapati teknologi STAR jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan kualiti doktor haiwan (Saeidi, et al., 2022).

Pisau pembedahan ini katanya bersaiz kunci sahaja.

Satu ujian saja mungkin kebetulan. Jadi saintis uji lagi kepada tiga ekor babi yang lain. Dan dapatan mereka kekal sama: laparoskopi STAR lebih konsisten dan tepat berbanding laparoskopi doktor haiwan.

Padahal menggabungkan bahagian usus adalah pembedahan gastrointestinal yang sangat sukar. Doktor yang buat mesti pakar dalam bab ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan pasca-pembedahan.

Dari segi hala tuju, mungkin ada yang tertanya-tanya: jika doktor boleh cuai, mesin mesti boleh ralat. Betul. Pertama sekali, mesin ini masih dalam peringkat awal. Suatu hari nanti, mesin ini mesti digunakan.

Tetapi ia takkan dibiarkan membedah tanpa sebarang pengawasan. Penggunaan mesin pintar dengan doktor yang pakar akan mengurangkan potensi kecuaian dan keralatan sampai dalam lingkungan 0 hingga 1 peratus sahaja. Silap-silap tiada kecuaian atau keralatan langsung.

Hari ini merupakan hari terakhir tempahan buku terbaru kami. Dapatkan segera di: http://bit.ly/PraTempah

Bermakna seorang doktor mengawasi tiga mesin yang beroperasi pada masa sama. Gambarannya, pesakit tidak perlu tunggu giliran pembedahan terlalu lama.

RUJUKAN:

Fabri, P., & Zayas-Castro, J. (2008). Human error, not communication and systems, underlies surgical complications. Surgery. 144 (4): 557-563.

Saeidi, H., et al. (2022). Autonomous robotic laparoscopic surgery for intestinal anastomosis. Science Robotics. 7 (62).

Velanovich, V. (2000). Laparoscopic vs open surgery: a preliminary comparison of quality-of-life outcomes. Surgery Endoscopy. 14 (1): 16-21.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply