Beberapa tahun sebelumnya, permainan Pokemon Go menjadi kegilaan ramai. Mana tidaknya, ia memberi peluang kepada pemain menjadi pelatih Pokemon seperti Ash Ketchum di dunia sebenar dengan menangkap Pokemon menerusi telefon pintar mereka. Tetapi bagi dua anggota Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) bernama Louis Lozano dan Eric Mitchell, kegilaan mereka memburu Pokemon mengakibatkan mereka dibuang kerja.

Ini selepas kedua-duanya memilih untuk tidak mengambil panggilan kecemasan berkenaan satu kes rompakan di Los Angeles. Selepas tidak mengendahkan panggilan radio, kedua-duanya berbincang tentang Pokemon sambil bergerak menuju ke lokasi lain. Ini bagi membolehkan Lozano dan Mitchell memburu satu Pokemon yang jarang diraih oleh pemain Pokemon Go iaitu Snorlax.

Kedua-duanya sedang bertugas pada 15 April 2017 apabila kedai pakaian dan aksesori Macy’s dirompak. Seorang pegawai LAPD lain bernama Kapten Davenport turut mendengar tentang laporan rompakan dan melihat sebuah kereta peronda berada di sebuah lorong berhampiran. Tetapi dua polis peronda tidak menyahut panggilan kecemasan dan memilih meninggalkan kawasan berdasarkan keterangan Davenport. Apabila mereka dihubungi oleh sarjan bertugas sebab mereka tidak mengambil panggilan kecemasan, Lozano dan Mitchell memberitahu mereka tidak mendengar panggilan radio.

Bagaimanapun, pembohongan dua pegawai peronda itu terbongkar apabila rakaman kereta peronda mereka mendedahkan apa yang berlaku. Selepas meninggalkan kawasan di mana laporan rompakan berlaku, Lozano dan Mitchell bermain Pokemon Go selama 20 minit sambil berbincang. Pada akhir perbincangan, Mitchell menambah, “Mereka (rakan-rakan pegawai peronda) pasti akan cemburu.”

Selepas perilaku mereka diketahui oleh pegawai pemerintah mereka, kedua-duanya ditahan kerja dan perlu melalui prosiding disiplin. Mitchell dan Lozano berdepan enam pertuduhan disipin termasuk berbohong kepada pegawai penyiasat dan bermain Pokemon Go semasa bertugas. Kedua-duanya mengakui mereka bermain permainan tersebut tetapi menganggapnya sebagai rondaan tambahan.

Mitchell dan Lozano turut berhujah rakaman video dalam kereta peronda tidak sepatutnya digunakan sebagai bukti atas alasan ia perbualan bersifat peribadi. Bagaimanapun, hujah tersebut ditolak dan kedua-duanya kemudiannya dibuang daripada LAPD. Mereka kemudian memfailkan rayuan di mahkamah rayuan California  baru-baru ini tetapi hakim menolak rayuan mereka.

RUJUKAN

AFP. (2022, 11 Januari). US police officers fired for hunting Pokemon instead of responding to robbery. The Straits Times.

BBC News. (2022, 12 Januari). Pokémon Go: Police fired for chasing Snorlax instead of robbers.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply