Peenemünde merupakan sebuah kawasan perbandaran terletak di daerah Vorpommern-Greifswald, Mecklenburg-Vorpommern, Jerman.

Pada tahun 1945, Nazi German sedang menghadapi kekalahan kepada kuasa berikat. Tentera Soviet dan Amerika sedang pantas mara ke Ibu Kota German. Wernher Von Braun, orang yang memajukan dan mencipta roket V1 dan V2 (Vengeance) sedang cuba menyelamatkan rekaan dan blueprint roket beliau di kemudahan penyelidikan yang terletak di Peenemünde.

Semasa detik peperangan sedang berlangsung,1942-1943 Von Braun adalah antara saintis roket yang paling berkaliber dalam memajukan teknologi roket dan sistem penjanaan roket. Beliau merupakan antara bintang ternama di German semasa peperangan kerana dengan kebijaksanaan dimiliki, beliau dapat mereka, membina dan seterusnya dapat mengawal pembakaran dan penerbangan roket tersebut. Pihak tentera Nazi melalui sayap SS juga amat teruja dalam membangunkan teknologi roket ini untuk tujuan peperangan. Nazi berharap roket-roket yang di bina oleh Von Braun dapat menghantar bom dan peledak ke England seterusnya menghancurkan empayar dan semangat orang England. Oleh yang demikian, Von Braun terpaksa mengikut arahan dari Hitler bagi memajukan roket untuk tujuan peperangan. Pihak Berikat disatu sudut amat terkejut dan terpesona dengan teknologi roket yang dimiliki oleh Nazi. Pada masa itu juga Amerika dan British tidak mempunyai sebarang pengetahuan malah saintis yang boleh membina roket sedemikian.

Pihak berikat masih optimistik bahawa peperangan tersebut akan dimenangi dengan cara yang konvensional. menggunakan pesawat udara dan altileri untuk menghancurkan German. Bagaimanapun dengan adanya roket V1 dan V2 telah sedikit sebanyak menggugat kemampuan kuasa Berikat dalam kemajuan teknologi ketenteraan. Von Braun dan Nazi German terpaksa menerima hakikat bahawa mereka sedang menghadapi kekalahan disetiap perbatasan. Bulan April 1945, tentera Soviet kini hanya berada 160 km ke kemudahan penyelidikan di Peenemünde, Von Braun diarahkan untuk berpindah ke Berlin dan meneruskan penyelidikanya. Namun pada bulan Mei 1945, German akhirnya menyerah kalah kepada Kuasa Berikat. Von Braun dan para pasukan saintis beliau yang ditahan oleh askar Nazi SS, tetapi telah berjaya melarikan diri daripada dibunuh oleh Askar SS.

Von Braun bimbang jika teknologi roket yang dimiliki oleh beliau akan jatuh ke tangan soviet. Beliau khuatir jika kumpulan mereka ditangkap oleh Soviet maka segala teknologi dan kemahiran yang dimiliki oleh kumpulan beliau akan digunakan olen Stalin bagi mencipta bom Nuklear yang amat dashyat, bahkan beliau juga bimbang Soviet akan menjadikan mereka hamba dan tahanan jika mereka menyerah kepada Soviet. Oleh itu, Amerika menjadi pilihan. Pada 02 Mei 1945, Von Braun dan kumpulan saintis beliau telah menyerah diri kepada pihak Amerika dan dengan ini, Amerika Syarikat telah mempunyai saintis terbaik German yang boleh membantu mereka dalam pembangunan teknologi roket dan angkasa lepas.

“Operation Paperclip”

Selepas sahaja ditangkap oleh tentera Amerika, Kumpulan Saintis Von Braun telah disoal siasat oleh bahagian perisikan tentera Amerika. Kerja-kerja penggumpulan data dan soal siasat telah dilakukan secara sulit rentetan Tentera Amerika bimbang jika pihak Soviet mengetahui mereka telah mempunyai Von Braun kerana pihak soviet juga amat berkehendakkan Von Braun. Pada 20 Jun 1945, Kumpulan Von Braun telah berjaya dibawa keluar daripada German untuk ke Amerika Syarikat. Detik tersebutlah yang menandakan bahawa Von Braun terlibat secara rasmi dengan perlumbaan ke angkasa lepas dan meletakkan manusia pertama dibulan pada 20 Julai 1969.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply